AGAKNYA musim ini musim orang memadu kasih sebab ramai betul Joyah dengar nak berkahwin. Aziz M. Osman pun dah mengakui sedang mengenali seseorang.
Pilihan hatinya seorang ustazah muda berusia 20-an yang mengajar di Terengganu. Joyah difahamkan Aziz mengenalinya sewaktu mengerjakan umrah awal bulan lalu.
Seorang lagi yang Joyah dengar nak ke jenjang pelamin ialah penyampai radio Suria fm, Zafrina Abd. Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Zaf.
Zafrina khabarnya bakal bertunang tak lama lagi. Joyah dengar bulan depan. Zaf yang juga penari Erra Fazira itu memilih 2 Ogos ini untuk mengikat tali pertunangan dengan jejaka idaman bernama Suffian Harris Mustapa atau panggilan manjanya Opie.
Wah! Seronoknya. Joyah ucapkan tahniah dan semoga berbahagia selalu hendaknya kepada Zafrina dengan tunangnya itu.
Khabarnya mereka memilih melangsungkan pernikahan sempena hari Maal Hijrah pada 29 Disember ini. Baguslah kerana kehidupan berumahtangga juga merupakan antara hijrah paling besar dalam diri dan kehidupan seseorang. Majlis resepsinya pula pada tahun baru, 1 Januari 2009.
* dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_14.htm&arc=hive
No comments:
Post a Comment