Wednesday, February 25, 2015

Aman Rimba - part 2

second day di Aman Rimba, breakfast pukul 8.30 pagi. serius tak nak bangun tidur sebab best sangat bunyi-bunyi hutan keliling resort tu, nyaman je. breakfast lontong, cereal & roti bakar provided by the resort. lepas breakfast, aktiviti bebas tapi still ada games yang nak dibuat sebab malam tadi dah lambat, tak sempat buat. sebelum games, kitorg sempat naik basikal keliling resort, tapi tak keluar pun sebab tak confident nak naik basikal kat jalan raya. then pegi game room main foosball & wii plus Rizqy & Opie sempat lagi main trampoline & basketball. disebabkan tak ke mana-mana, rasa panjang sangat masa pagi tu. pukul 11 pagi, acara games pun bermula di mana Bob lah ketuanya. hahaha. dia buat game kotak beracun. semua duduk dalam bulatan & pass-pass kotak. bila muzik stop, siapa yang pegang kotak tu, dia kena buat sesuatu ikut arahan dalam kotak tu. hahahahaha kelakar! macam-macam style denda kitorg kena. arahan tu pulak, kitorg jugak yang tulis. my turn, ku kena lompat masuk sungai, then patah balik ke resort. hahahahaha. nasib sungai depan resort tu tak dalam, cuba kalau kena lompat masuk tasik kat resort tu? memang taklah kan nak buat? hahahaha. ada yang kena menari, ada yang kena lompat sambil tepuk kaki, ada yang kena bagi duit kat budak-budak, ada yang kena nyanyi. serius seronok!

next game, yang ni lagi gile. 5 lelaki - Haffiz, Naim, Lutfi, Riyal & Faliq kena dimekap oleh kitorg yang perempuan ni. pastu dah kena mekap, kena pulak pakai tudung & kaftan, lepas tu catwalk! hahahahahahahahahahahaha. tapi semua sporting, ku dengan Lutfi yang menang game ni. pendek kata hari tu semua dapat hadiah. thanks to Bob yang sediakan hadiah-hadiah tu. sungguh seronok!
























semua dapat hadiah. yeay!

sebeum game kotak  beracun. semua taknak pegang kotak tu lama-lama sebab taknak kena denda sampai terpelanting kotak Bob dikerjakan oleh Naim Hashim, pecah! hahahahaha

the best game ever!


yang kaftan pink tu anak ikanku. ku yang mekapkan dia. kitorg menang! hahahahahahaha

pilih mana yang berkenan. ada video catwalk, tapi takyahla upload kat sini. hahahaha



ada hadiah game, ada hadiah lucky draw, pendek kata semua orang dapat hadiah, bila dikumpul, banyak lak hadiah yang kitorg dapat! habis game, kitorg sempat swimming kat pool & sungai depan resort, then pukul 2pm check-out. we really had fun. sedih lak masa nak check-out. next trip mana guys? jommmmmmmmm



p/s: rate untuk resort ni ialah RM4500 pernight on weekdays & RM10,000 on weekends. tapi bukan 1 villa, tapi untuk whole resort. ada 6 villa, can accomodate up to 35 pax



Sunday, February 22, 2015

Trip Aman Rimba

Cuti CNY haritu, kitorg pergi ke Aman Rimba Private Estate di Janda Baik dengan officemates ku. idea nak ke sana tercetus last 3 weeks time ku, Bob & Haffiz tengah breakfast. masing-masing takde idea nak pergi mana masa cuti long weekend tu. ntah macam mana salah sorang (definitely not me) dari kitorg keluarkan idea tu sebab anak owner private estate tu (our officemate also) pernah offer ajak kitorg ke situ. so, Haffiz terus ajak Riena breakfast sekali & keluarkan cadangan. after 4/5 hari kalau tak silap, Riena get back to us, dia kata her father ok and it's confirm! yeay! terus create whatsapp group "Trip Aman Rimba". hehehehe

total yang join trip tu 16 orang termasuk  my family, wife Bob & Naim & anak masing-masing. so selama 2 minggu tu macam-macam plan kat whatsapp group & semua actually tak sabar nak ke sana. almost everyday bila jumpa time breakfast mesti ada je plan yang dibincangkan. excited! tapi, 2 hari sebelum nak pergi, terkantoi pulak dengan orang ofis (kitorg memang tak cerita kat sape-sape pasal trip ni), dah Riena kena ajak semua programming staff yang lain, but unfortunately semua tak boleh join. too bad. huhu.

so, kitorg janji jumpa for lunch kat r&r Genting Sempah pukul 11.30 pagi, then check-in at 1pm. sebelum tu Bob ditugaskan untuk plan games kat sana & semua diwajibkan bawak hadiah harga RM10 untuk sesi gift exchange.

tiba hari yang dinantikan, first day of CNY, dalam 10.15am Bob whatsapp bagitau highway Karak jem dari tol Gombak ke Genting Sempah. alamak.. plan nak keluar 10.30am, sempat ke sampai Genting Sempah 11.30am? ah redah jelah! so ikut waze, dia bawak kitorg ke KL ke Jalan Pahang, ikut Jalan Gombak terus ke UIA & ikut jalan lama ke Genting Sempah. i tell you tak jem langsung, tapi jalan dia macam nak pergi Cameron Highlands, bengkang bengkok & berbukit sampai Rizqy mabuk. ikut jalan lama pun agak lambat, kitorg sampai Genting Sempah pukul 12.30pm, delay sejam. nak masuk r&r pun jem gile. Naim & family pun dah sampai, yang lain tak sampai lagi, semua delay & kereta Riena pulak batery problem. so semua sampai pukul 2pm. kesian pulak kat budak-budak sebab lama sangat menunggu kat r&r, semua dah restless, so kitorg gerak dulu ke Aman Rimba. 

dari Genting Sempah ke Aman Rimba Janda baik dalam 20 minit, pukul 3pm kitorg selamat sampai. bestnya tempat dia!

the gate

Welcoming drink - cucumber juice & hot towel

view from lobby






our villa, for 4 pax actually. serius sangat cantik!







open shower



after check-in terus nak swim


after swimming, kitorg lepak-lepak tepi tasik

my 2 police swats in front of our villa, Halia

abang-abang sangat Rizqy dengan Ian, anak Naim

serius rasa tak nak balik


everywhere is beautiful



tha's the largest villa, Kantan 1 & 2, boleh masuk ramai tapi katil untuk 8 orang. Kalau lebih boleh tidur atas sofa. Hahaha





view from cafe

kelambu-kelambu dalam villa kitorg

bbq dinner is provided by the resort, sangat sedap! ada blackpepper lamb, ikan siakap, sosej, chicken wings, sotong, udang, spaghetti bolognaise, salad, sago gula melaka. semua sedap


after dinner, karaoke & gift exchange until 12.30am

toilet under the tree



we had a good sembang session. lepak kat cafe until 10pm then sambung karaoke. these are my officemates - from left, me, Naim Hashim, Naim Tahak, Haffiz, Bob, Riena & Riyal. ada lagi 3 orang budak Suria Wheels tak sampai lagi masa ni. diorang kerja dulu, after 8.50 cross baru diorang datang. disebabkan dah lambat, games tak boleh buat malam tu, so akan dibuat esok pagi selepas breakfast. karaoke berlangsung sehingga 12.30am, then kitorg bertukar hadiah, cabut ikut nombor.