Friday, May 29, 2009

Taufik Batisah - Suria Hatiku


latest dalam my cd collection.. baru je dapat from kak lin (our publicist).. ni mesti seed (PR SRC) yg bagi kan? hehehehe.. sekarang peminat Taufik Batisah confirm happy sebab album dia dah diedarkan oleh SRC.. same company yg bawak masuk artis-artis Indonesia yg best-best mcm Rossa, Ungu, Kotak dll.. saye ni jenis tak suka dengar cd unless compilation yg lagunya semua best-best.. so, tgh mencari kekuatan utk dengar cd ni.. hehehehe.. sape dah dengar cd ni? apa komen?

jom jom jom!


Roadtour Lelong Amal Suria FM

Tarikh : 30 Mei - Dataran Pahlawan Melaka Megamall - 3 petang
Tarikh : 31 Mei - Dataran Teluk Kemang Port Dickson - 3 petang
Artis : Dayang Nurfaizah, Stacy, Nubhan, Farah Asyikin & The Divine Masters

boleh berhibur & beramal dgn membeli barangan peribadi artis yg akan dilelong oleh penyampai-penyampai Suria FM..
semua sumbangan akan disalurkan ke Pusat Perlindungan Pernim.

jom ke sana beramai-ramai!!!! :D


Wednesday, May 27, 2009

kenangan di Amman, Jordan


tgh takde keje, & kat umah pulak ada scanner yang dipinjam dari umah parents mertuaku, rajinla tangan ni dok scan gambar-gambar lama.. hehehehe.. so, kat sini nak la saye share dgn u all tempat-tempat yang penah saye pegi dulu-dulu. saje je nak mengimbau nostalgia! huhu..

first, saye dapat offer buat show kebudayaan kat Amman, Jordan. masa tu tahun 1998 kot & masa tu saye still sekolah lagi form 5. rezeki datang bergolek, saye terima je la offer tu, nak-nak semuanya ditanggung, in fact saye dibayar lagi utk servis menariku! hehehehehe..

2 minggu kat sana, show dalam 6 hari & selebihnya kitorg berjalan je ke sana sini. ditemani oleh geng-geng kedutaan & student di sana. kat sana, kitorg tak stay kat hotel, tapi stay kat rumah staf kedutaan Malaysia di sana. lelaki satu rumah, pompuan satu rumah. and to tell u, rumah diorg pun dah macam hotel! rumah banglo, besar, ada banyak bilik & furniture mewah gile! untung sape yg keje dgn kedutaan kan?

antara tempat yang saye ingat, kitorg ke Petra, Laut Mati, Cave of the Seven Sleepers & Makam Nabi Shuib. Petra tu dia padang pasir actually.. so masuk ke situ kena jalan tengah-tengah padang pasir yg berdebu & panas.. sebenarnya zaman dulu kala, Petra ialah satu penempatan yg mana ada rumah-rumah & istana yg ditebuk di gunung-gunung, ada teater
(yg mcm Colloseum) dan macam-macam la.. kalau sanggup meredah panas & debu, memang boleh jumpa macam-macam monumen zaman dulu kala.. betul-betul mengasyikkan! sambil dok jalan-jalan saye terbayang je macam mana org zaman tu hidup dalam gua-gua tu.. :) tp yg kelakarnya, kitorg ke sana menyamar tau. bayaran nak masuk ke Petra tu mahal, tapi kalau student blh masuk murah, so kitorg menyamar la jadi student siap ada ID card lagi tau! pakai long sleeves & tudung lagi! tu semua idea org sana! hahahaha.. kelakar gile! nak tau lebih lanjut tentang Petra, klik je sini.


rumah mereka zaman dulu kala, ditebuk di gunung



teater yg ala-ala Colloseum

Petra.. penah jadi lokasi utk filem Indiana Jones & the Last Crusade

Laut Mati lak, kitorg pegi dah nak senja, tapi sempatla berendam kejap sambil salut lumpur kat badan & muka. untuk u all yg tak tau, lumpur Laut Mati ni elok untuk kulit & dah ada produk kulit yg berasaskan lumpur Laut Mati. kalau pegi sana pagi, biar lumpur kering kat badan sampai ke petang, kulit memang rasa best je.. saye ni yg salut lumpur sekejap je pun memang rasa lembut kulit tu! lagi satu, semua tau kan yg Laut Mati tu kandungan garam dia tinggi kan? so kalau berendam kat tempat dalam mana pun, gerenti tak tenggelam, saye dah try.. tapi kalau badan ada luka-luka, kena air Laut Mati tu pedih gilela, nak-nak lak masuk mata, mengelupur! hahahaha.. seberang Laut Mati tu boleh nampak negara Israel. student yg bawak kitorg tu ckp, kalau kite ada masa blh seludup masuk Israel (kan rakyat Malaysia tak dibenarkan masuk negara tu?)... tapi kalau boleh masuk, seram gak, buatnye kena serang dgn askar Yahudi, tak ke naya?




Cave of the Seven Sleepers atau Ashabul Kahfi.. cerita yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi, kisah benar tentang 7 pemuda yang melarikan diri drpd kezaliman raja, tertido dalam gua & bangun selepas beratus-ratus kemudiannya.. tapi kalau ikut sejarah, ada banyak tempat yg dipercayai menjadi lokasi kisah tu, & salah satunya di Jordan la, tempat yg kitorg pegi tu.. kat situ kite boleh nampak lagi tapak masjid & mihrab, tapak pokok kurma & tengkorak & tulang anjing mereka.. Nauzubillah..

kubur pemuda-pemuda dalam kisah Ashabul Kahfi. sebelah kanan saye tu ada lubang yg kite blh tgk tengkorak & tulang anjing


makam Nabi Shuib


Monday, May 25, 2009

Tahniah Suria FM!

NAMPAKNYA stesen radio Suria Fm sudah mula menunjukkan taringnya. Dalam satu kajian yang dilakukan, peningkatan pendengarnya ketara.

Dikatakan pendengar Suria Fm yang diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi, Engku Emran Engku Zainal Abidin meningkat hampir 200,000 pendengar.

Kalau ikutkan rating radio, memang sukar untuk mendapatkan peningkatan sebegitu. Malah Joyah dikhabarkan ia peningkatan peratusan yang terbanyak antara semua radio Melayu untuk tahun ini.

Syabas dan tahniah kepada Engku Emran serta warga kerjanya yang sentiasa bertungkus lumus menjadikan stesen radio itu antara yang digemari sekarang ini.

Joyah dengar ramai yang sudah mula beralih kepada stesen ini kerana mereka sentiasa menyajikan variasi terutama dalam pemilihan lagu-lagu yang disiarkan.

Tak macam sesetengah stesen tu, asyik-asyik, setiap jam, lagu yang sama. Jemulah! Tahulah kalau yang dipasang itu lagu popular tapi takkan tak beri peluang kepada lagu lain kan.

Dan di kesempatan ini Joyah juga mahu ucapkan tahniah kepada pasangan Tuah dan Zizi yang mengendalikan Breakfast @ Suria kerana menjadi segmen paling popular.

Bukan senang tau mengendalikan segmen pagi. Kena cerdik. Kalau lawak merapu, orang tak gelak tapi penyampai gelak lebih, silap haribulan, pendengar boleh lari!

Program Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin pada setiap malam Ahad pun Joyah dengar bukan main banyak penyokong dan mendapat peningkatan pendengar yang amat ketara.

Sampaikan Joyah dengar ada cadangan untuk memberikan laluan kepada program itu disiarkan setiap malam.

Mesti ramai yang senyum lebar. Mana taknya, ramai benar yang suka bercinta dan meluahkan rasa hati di corong radio. Pula tu, lagu yang disajikan indah-indah belaka.

Apapun, Joyah kagum dengan Radio Era yang masih berjaya mengekalkan kedudukan pendengar paling tinggi.

Begitu juga dengan stesen retro popular, Sinar Fm terus meningkat dan kini berjaya menduduki tangga kedua. Apa sudah jadi dengan Hot Fm. Dah tak panas ke?


* dipetik daripada Utusan Online

Saturday, May 23, 2009

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul









rabu lepas, saye dapat sms, personal invitation from my MAK AY iaitu Erra Fazira ke majlis cukur jambul baby dia.. then, khamis lak dpt sms from abg suby cakap boss jemput jugak.. so dgn bangganya, saye reply balik, "dah tau.. i got sms from erra yesterday.." hehehehe.. mcm mana nak buat, dua-dua boss ku!

siang tadi pada pukul 2 petang berlangsung la majlis tu kat Restoran Puteri, TTDI.. level bawah, perniagaan berlangsung macam biasa, majlis cukur jambul tu pulak berlangsung kat tingkat satu restoran tu.. sampai je orang dah ramai, tapi jemputan tak ramai sebenarnya. hanya untuk family, rakan terdekat & wartawan.

so, untuk korang yang selama ni menahan sabar nak tengok baby Aleesya, enjoy the photos!





theme colour - white & pink








aleesya yang tembam sangat!!!



marah ayah dia tarik puting, dia usha je ayah dia..







Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

antara kenangan masa sekolah.. saye tak penah buat persembahan kat mana-mana acara macam penyampaian hadiah ke, masa hari sukan ke, hari kantin ke, apa-apa la.. walaupun terer menari dari kecik (cewah!), tapi saye ni jenis tak suka nak tonjol diri kat sekolah. tak tau la kenapa, segan kot???

tapi jangan ingat tak langsung sertai ape-ape aktiviti ye.. ada sebenarnya, tu pun setelah dipujuk oleh cikgu (betul, tak tipu!).. hehehehehe... masa sekolah rendah 2 kali, masa sekolah menengah pun dua kali. masa sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Taman Segar (SKTS), ada 2 peristiwa yang saye ingat sampai arini. kalau tengok gambar boleh tergelak tak ingat punye! first masa hari penyampaian hadiah. time tu saye berdikir barat.. hahahaha.. costume lak idea saye, pakai baju kurung/baju melayu sekolah, seluar hitam & samping guna kain batik/pelikat. hahahaha... mcm tak percaya je cikgu boleh terima idea saye!

kedua, masa hari sukan, biasala mesti ada perarakan kan? nak menang punye pasal, saye jadi antara orang terpenting masa perbarisan, duduk depan skali tu! saye sewa ke pinjam (tak ingat dah) costume tarian kawan-kawan saye (saye kan dari kecik dah selalu buat show, menari?), so pakaila masa perbarisan tu.. tengah panas pakai baju tradisional, berpeluh ketiak! hahahha.. masa tu saye rumah biru. ingat lagi kitorg hias khemah rumah biru, ada 2, 3 orang kawan lelaki bersilat, terus menang you! juara perbarisan!!! hahahaha..

masa sekolah menengah kat Sekolah Menengah Taman Connaught (SMTC), pun masa hari sukan, saye dipujuk oleh cikgu untuk ajar budak-budak lain menari untuk persembahan pelajar. mula-mula tak nak, tapi sebab kesian kat cikgu & nak tunjuk yg student melayu kat sekolah tu participate jugak dalam acara sukan (sekolah saye 80% chinese, melayu golongan minoriti, setiap tingkatan ada 1 kelas je yg ada budak melayu), kugagahkan jua diri ini! saye ajar budak-budak melayu (dalam 10 org kot, ke lebih??) menari tarian canggung (tarian negeri Perlis).. Tuhan je tau betapa seksanye ajar diorg! kayu lagi lembut tau! hahahaha... tapi berjaya jugak akhirnya show tu...

second, masa penyampaian hadiah masa saye tingkatan 5. saye tak ingat cikgu mana yg pujuk saye, tapi saye buat sebab saye ckp kat cikgu saye tak nak org lain menari, saye just nak 3 org je - saye, my sister (Angah) & kawan group tarian saye yg kebetulan satu sekolah, Ayu.. masa tu kitorg menari tarian zapin (tak ingat lagu ape, lagu Noraniza Idris kot).. dalam semua persembahan pelajar, show kitorg paling best sebab kitorg semua penari professional! hehehehehe.. untuk yg tak tau, saye ni dulu memang penari professional & belajar menari sejak umur 10 tahun. adik saye, angah ikut jejak saye masa umur dia 11 tahun & Ayu lak satu group dgn saye masa kitorg join Suaramas Kuala Lumpur (dah pg buat show kat Australia masa umur 12 tahun tau!), Fantasii Dancers (Syed Ekzan, anak seniwati Normadiah yg jadi koreografer) & Bat Latiff (arwah) Dancers.. lepas show, terus kena puji dgn pengetua.. antara kata-kata dia yg saye ingat sampai sekarang, "wah... saya tak tau you pandai menari ya!" hehehehe.. mesti dia rasa bersalah pukul tapak tangan saye sebelum tu! (saye penah kena rotan kat tapak tangan dengan pengetua sebab masuk sekolah lambat! rotan dia, besar tebal tu!) hahahaha..

p/s: Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah ku.. antara yang saye ingat, Cikgu Zul (SKTS), Cikgu Roslinda (SKTS), Cikgu Raden (SMTC), Cikgu Faridah (SMTC), Pengetua Tang (SMTC), Cikgu Chen (SMTC), Cikgu Rafidah (SMTC), Puan Amelia (UiTM), Dr. Darus (UiTM), Dr. Baha (UiTM)... juga untuk cikgu tarian saye - Cikgu Syed, Cikgu Yun & arwah Uncle Bat.. kepada yang lain, walaupun saye tak ingat anda, jasamu tetap dikenang. terima kasih cikgu!

Friday, May 15, 2009

Prof. Robert Langdon



malam tadi, walaupun sakit perut sebab period pain & walaupun siang tu saye dapat MC, kugagahkan jua diri ini menghadiri Malam Gala filem Angels & Demons di GSC One Utama. mula-mula tak nak pegi, tapi mengenangkan harga tiket tu & also mengenang my best friend, Aziz yg bagi saye tiket tu, saye pegi jugakla, telan la pain killer.. kata Aziz, tiket tu berharga RM100 untuk charity & special untuk selebriti-selebriti. so, katanya selebriti yg paling rapat dia, saye lah! selain saye & opie, ada selebriti lain seperti Zhana, Myra, Ezlynn, Yasmin Hani & Dayang Nurfaizah..

premier/screening tu dianjurkan oleh Rotary Club untuk disalurkan ke rumah-rumah kebajikan. malam tu siap ada lucky draw di mana first prize, return ticket to London from Air Asia X, penganjur bersama screening malam tu. takde rezeki kitorg dapat lucky draw tu walaupun ada nombor yg disebut 0578.. tiket saye 0378!!! uwwwaaa!!!... satu nombor je tak sama!!! kalau tak boleh pegi kat udin.. hehehehe..

tentang filem tu lak, pada saye ok-okla.. untuk yg tak tak tau, filem ni prequel filem Da Vinci Code.. tentang Prof. Robert Langdon (Tom Hanks) yang terer baca & rungkaikan code untuk menyelesaikan siri pembunuhan kardinal-kardinal (yang bakal jadi Pope/Paus) di Vatican City dan untuk mengelakkan Vatican City dibom oleh Illuminati. agak pening, tapi saye suka sebab boleh tau pasal sejarah (saye ni suka sejarah!) .. pegila tonton ye! untuk Klik Suria yg dapat tiket ni dalam contest aritu, enjoy!!

myra, zaff & zhana



Tuesday, May 12, 2009

kalau minat Wolverine pun...


last week saye & opie pegi menonton filem ni kat Sunway Pyramid.. filem ni boleh saye kata memang best la, since saye pun memang tengok X-Men dari yang first lagi.. filem ni menceritakan bagaimana Hugh Jackman sebagai James Howlet bertukar jadi Logan/Wolverine kemudiannya.. kiranya movie ni prequel filem-filem X-Men la sebelum ni..

tapi sebenarnya ape yg saye nak share ialah.. lepas movie tu abis, tgh berjalan nak keluar dari cinema (kitorg antara yg terawal keluar), tiba-tiba ternampak ada sorg mamat ni berjalan dgn girlfriend dia. kalau dia pakai baju biasa mestila saye tak amik pot, tapi dia tu pakai singlet putih & seluar jeans!! betul-betul macam Wolverine dalam filem yg baru kitorg tgk tadi!! hahahahaha... masa tu saye control-control lagi gelak sebab opie dok remindkan saye jangan gelakkan org tu.. tapi bila saye tgk ada sorg lagi mamat depan kitorg pun dok mengata lelaki tu, saye dah tak boleh tahan dah gelak. bila dia perasan saye pun mengata benda yang sama, terus kitorg sama-sama gelakkan dia. yang mamat wolverine tu lak mcm takde perasaan, malah macam bangga gile pakai macam tu... kot ye pun minat gile kat wolverine kan? janganla pegi shopping complex pakai singlet je! baju tu org pakai kat dalam je la! yg peliknye, gf dia tak malu ke jalan dgn dia? mungkin cinta itu BUTA!!! hahahaha.. opie ckp, "nasib baik dia tak letak straw kat jari dia mcm iklan kat tv tu!" hahahahaha... manusia oh manusia.. :P

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia. sesungguhnya jasa anda tidak dapat kami balas dengan kata-kata & harta benda.. ucaplah kata sayang kepada ibu anda selagi mereka masih ada.. saye cukup sedih bila dengar cerita kawan-kawan yg dah takde ibu.. kesian diorg kan? :(

sempena hari ibu, kalau tahun lepas kitorg celebrated kat rumah maksu, tahun ni kitorg celebrate kat Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang. mula-mula planned nak ke Kg. Baru, tapi disebabkan cuaca yang panas sgt, lokasi bertukar. tu pun berpeluh jugak la makan kat Pelita tu!

semua sampai dalam pukul 12 tengah hari.. semua family belah mama yg ada kat KL joined the lunch, kecuali my own husband... jadi meriah sangat restoran tu! dah la memang ramai makan kat situ... agendanya takde ape-ape, just makan sama-sama, bersembang, potong kek, pemberian bunga dan hadiah kepada semua mothers oleh Amanda & then kitorg pun bersurai... :)








sodapnye white chocolate cake from Secret Recipe! my favourite!



barisan ibu-ibu dalam family saye.. tp yg baju pink tu belum lagi ye.. still single & available! hahahaha..




penerima bunga pertama, mamaku!


makmi penerima kedua

Amanda's mother, maksuku..


penerima keempat, my cousin's wife, Aliya


mummy-to-be pun dapat!


Amanda's nanny, ibu kepada paksu, Tok Pah


Maktok & Tok Pah dapat tudung sorg satu


last-last saye pun dapat?! eh, belum lagi jadi mummyla! takpela, org bagi, amik jela.. :P


mama dengan hanies yg dah pandai kiss & salam orang. comel!