Sunday, June 29, 2008

ermmmm....

Cuba tido tapi tak boleh... It's already 2.00 am... ingat nak tido awal sebab esok nak pegi melaka... since dah tak boleh tido, saye bangun balik & mengadap laptop ni... Jiwa rasa kosong… rasa kehilangan, rasa tak best sgt hati ni… rasa berdebar-debar, rasa sebak, rasa nak nangis… semua ada... tak tau nape… nak cite kat org tak sanggup rasanya, just blh luahkan sikit kat sini je… walaupun siang tadi saye ada show ngan erra kat flamingo hotel, jumpa kawan2 yg dah lama tak show sama2, seronok… tapi seronok kejap je… bila balik umah, duduk dalam bilik, tak tau buat ape… yg saye tau saye dengar lagu ni berulang kali…


Tercipta Untukku – Ungu feat. Rossa
(OST Ayat-ayat Cinta)


Menatap indahnya senyuman di wajah mu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu…

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin ku selalu milikmu
Yang mencintaimu sepanjang hidupku

Sungguh hanyalah dirimu yang aku cintai
Dan sungguh ku ‘kan di sisimu hingga ku mati

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu

Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu sepanjang hidupku…

Saturday, June 28, 2008

3 movies

dalam masa 2 minggu, 3 movies saye & opie sempat tonton... the first was Apa Kata Hati... kitorg tgk movie ni sebab dpt tiket free... :) filem ni arahan Saw Teong Hin (also directed PGL), lakonan Raja Farah (Elly), Farid Kamil (Aidil), Dynas (Linda), Awie (Sophie), Awal Ashaari (Riezman), Kartina Aziz, Ogy Ahmad Daud. Harun Salim Bachik & AC Mizal. walaupun ada kwn2 & family members ckp filem ni tak best, but me myself suke gak la... okla utk movie yg dpt tiket free... tapi lawak2 dalam filem ni kira menjadila. saye ni lak agak jenis susah nak gelak kalau tgk lawak dlm movie or tv, tapi bile tonton movie ni saye blh gelak... dgn gelagat penonton lain dlm wayang masa tgh tgk cite ni pun blh buat saye gelak... kira movie ni citer komedi & romantik ringan... bleh layanla... lagi best tgk lakonan AC & Awie... memang superb! :)



second movie was Incredible Hulk. Filem arahan Louis Leterrier dan dilakonkan oleh Edward Norton sebagai Dr. Bruce Banner / Hulk, Liv Tyler (Betty Ross), William Hurt (General Thaddeus "Thunderbolt" Ross) & Tim Roth (Emil Blonsky). Saye tak leh nak komen byk sebab citer ni sama mcm citer2 superhero yg lain, yg diadaptasi daripada komik… but it was fun! Lagi best daripada citer Hulk yg dulu tu… this time memang improve byk…



last week on Wednesday (25/06/08), me & opie pegi pavilion tengok citer Ayat-ayat Cinta… citer ni memang saye tunggu sgt2 nak tgk & akhirnye dapat gak tengok! daripada review yg didengar, semua ckp citer ni best gile & filem ni telah pun menggegarkan pawagam di Indonesia… belum tgk filem, baru je dgr soundtrack dia dah tergoda, tu yg nak sgt tengok filem ni… tapi bile pegi tonton, org tak bape ramai tgk filem ni… maybe org Malaysia tak suka tgk citer2 yg religious mcm Ayat-ayat Cinta ni kot… pawagam pun diorg tayang kat hall kecik je… takpe, it won’t stop me to watch this movie…

sepanjang filem tu, saye memang hayati setiap saat & minit… ape yg boleh saye cakap, filem ni memang superb! 5 bintang saye bagi… lakonan semua pelakon mantap, location cantik, cinematografi pun cantik… best gile & menyentuh perasaan… for lovers or husband & wife, u should watch this movie… ia akan buat u lagi sayang kat pasangan anda… tapi utk anda yg sensitif, mcm saye… hehehehe… bawak tisu byk2 ye… anda pasti akan mengalirkan air mata… ;D



Menari rutin harian

Selain menari, deejay radio Suria FM ini turut aktif menyertai sukan yang semakin digilai ramai. Apakah sukan tersebut?


PERNAH belajar menari di kelab Bat Latiff Junior.


WAJAHNYA sentiasa dilihat menghiasi rancangan kelab Kanak-kanak Angkasapuri RTM sekitar tahun 1992 dan kemudian menjadi penari iringan kepada selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira.

Kini, suaranya pula berkumandang di corong radio Suria FM. Bertahi lalat di bibir kiri, Zafrina Abd Rahman atau popular dengan nama deejaynya, Zaff merupakan penyampai radio Suria FM yang semakin meningkat naik.

Bergandingan bersama penyampai radio, Tuah Zulqarnain menerusi program Drive-in, dia sememangnya menghiburkan. Keletah dan ragamnya tampak begitu serasi bersama Tuah.

Menerusi segmennya, para pendengar berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Antaranya, Trivia Rancak, Trivia Sukan, Carta Meluat, Tuah vs Zaff, teka-teki dan banyak lagi.

"Bagi saya, tugas sebagai penyampai radio begitu menyeronokkan kerana dapat menenangkan fikiran dan bersantai bersama pendengar," ujar graduan lulusan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam ini.

Boleh dikatakan Zaff sentiasa sibuk dengan tugasan hariannya di konti. Bagaimana pula waktu senggangnya? Apa yang dilakukannya?

Ikuti temu bual Santai bersama Zaff kali ini.

Setiap individu menantikan masa lapang dan hari cuti untuk berehat dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Apakah aktiviti pilihan anda?

Zaff: Waktu lapang adalah saat yang paling indah. Ini kerana saya berpeluang menonton wayang, membeli-belah, mengemas rumah dan paling utama berlatih menari. Menari adalah rutin wajib dilakukan pada setiap hari.




Bercakap soal menari, setiap kali menyaksikan persembahan Erra Fazira pasti kelibat Zaff muncul sebagai penari iringan. Selain itu, Zaff juga menari untuk Anugerah Juara Lagu, Zoom In, dan AIM. Sejak bila aktif menari?

Kalau dihitung, saya lebih banyak menari untuk persembahan Erra Fazira. Sudah 10 tahun saya bersamanya. Namun begitu, saya aktif menari ketika berusia 11 tahun. Segala-galanya bermula sejak menyertai Kelab Kanak-kanak Angkasapuri RTM pada tahun 1992.

Ini bermakna Zaff memang memiliki bakat menari sejak kecil lagi?

Tidak sama sekali (tergelak). Pada mulanya, tarian saya terlalu kaku dan keras. Selepas aktif dalam program Kelab Kanak-kanak Angkasapuri dan menyertai Suara Emas KL selama dua tahun, gerak tari mula dibentuk dan dilatih. Barulah nampak halusnya.

Kemudian pada tahun 1995, saya dididik pula oleh Allahyarham Bat Latiff di bawah kelab Bat Latiff Junior.

Selain aktif menari, apakah aktiviti sukan kegemaran anda?

Saya meminati sukan futsal sejak Suria FM menganjurkan program Futsal Selebriti. Sebelum ini, saya selalu berfikir tentang apakah keistimewaan sukan ini, sehingga membuatkan ia popular dalam kalangan wanita dan lelaki. Setelah menyertainya, barulah saya mengerti.

Apakah daya tarikan sukan futsal?

Sama seperti menari. Sukan ini membuatkan saya lebih bertenaga dan cepat mengeluarkan peluh. Ia juga memerlukan saya berfikir untuk menghasilkan corak permainan yang baik supaya pasukan berjaya menjaringkan gol.


*http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_01.htm

preparation...


last entry saye ada tunjuk gambar aziz dgn benda pelik kat tangan dia tu kan? actually, that thing is my dulang hantaran for my engagement yang nak diberi kat opie... 5 dulang berbalas 7 dulang... basically utk bertunang takde ape yg kitorg nak bagi kat pihak lelaki, just sirih junjung, bunga rampai, cake, pulut kuning, chocolate, agar-agar & buah-buahan.... kitorg memang plan tak nak bagi barang2, just bagi makanan & manisan je. during akad nikah, baru bagi barang2...

so, untuk menyiapkan hiasan dulang hantaran tu, last sunday (22/06/08), saye, aziz, wanie (my cousin) & faiz pegi ke rumah arwah arwah cleo azman (reporter malay mail). arwah merupakan pak lang wanie (pak cik belah bapak dia) kat pandan indah... arwah ni dulu ada butik pengantin & kat rumah dia tu adala sikit2 lagi barang2 dari kedai dia tu... kitorg janji kat steven pandan indah pukul 4 petang since saye tak tau nak pegi umah dia... sampai umah dia... alamak... masalah pulak... nak tau ape masalahnye? kitorg berhempas pulas nak bukak mangga pintu grill rumah arwah... almaklumla, dah lama tak jenguk rumah tu, mangga pun dah berkarat... dekat sejam jugak la kitorg menggodek mangga tu... mcm2 dah letak nak bagi dia licin, letak minyak (mintak kat rumah sebelah) & gris (pun neighbour bagi)... punyela tension, dahla panas! hehehehe... bergilir-gilir kitorg try, tak boleh gak... last2 pegi la cari kedai kunci, nasib baik ada yg bukak... suruh org tu pegi umah, bukak mangga tu & tukar mangga baru, melayang la RM80...





pukul 5 lebih baru boleh masuk setelah berpeluh berhempas pulas... hehehehe... masuk je rumah, alamak... gelap la pulak! cuaca kat luar pulak hujan, lagila bulat bijik mata ni tgk keliling... adala dalam 10 minit kitorg meraba-raba di dalam kegelapan... hehehehe... nampak samar2 je... then, neighbour depan rumah tawarkan pertolongan... dia pegi kat kotak TNB, dia buat mcm mana ntah, tiba2 menyala pulak lampu dalam rumah tu... hehehehe... terer la aci tu! barula boleh buat keje dgn aman...



dekat dua jam jugakla kitorg kat rumah arwah... rumah arwah tu punyela byk barang! ckp je ape nak, semua ada! saye & aziz tgk2 ape yg patut, punggah sana punggah sini, adala jumpa apa yg aziz nak mcm barang2 tembaga & also backdrop utk pelamin... hehehehe... senang keje... kitorg keluar dari rumah tu pukul 7, then terus gerak ke rumah maksu lak. bawak aziz gi recce rumah maksu, dia nak tgk kat mana nak letak pelamin & lain2... so far, saye berpuas hati dgn ape yg aziz bgtau... dah nampak sikit mcm mana majlis tu nanti... kite tunggu je la ye 02/08/08 nanti... hope everything will be ok.... isyaallah...


ha… sikit je nak tunjuk kat u all… this is my kain for my wedding dress… the green one is for my reception & the silver grey is for opie’s side… yg tgh pakai baju merah tu tajul… diala yg beli kain ni kat jogjakarta… :)

Tuesday, June 24, 2008

barbeque nite...

last saturday (21/06/08) we had barbeque party at our house... boleh dikatakan post wedding party la kiranya... jamuan utk ucap terima kasih kat semua yang dah bertungkus lumus menyiapkan wedding angah... sejak bangun sampai ke majlis nak bermula, kitorg kat umah sibuk... sibuk berkemas rumah & sibuk sediakan barang2 untuk barbeque... ada ayam, daging, ikan pari, and all the balls - fish ball, chicken ball, sotong ball dll... besides that mama pun ada masak nasi daging & laksa (juadah wajib rumah ni kalau ada jamuan!)... start pukul 6, zafrie, afan, aidil & opie dah start membakar... tetamu dtg kul 8 malam..

ramai gak datang... maksu & family, wanie & family, pakcik & family, shamsul & family, opie & family, kak zunairah & famliy, and also ada neighbours kitorg datang gak...seronok sangat bila dapat berkumpul mcm ni... owh forgot to tell... my BFF pun datang gak! aziz & fairuz... diorg dtg dlm kul 9.30 malam... sambil2 makan, lepas tu aziz present la about my engagement kat my family yg ada.. :)

selain makan2 utk ucapan terima kasih, kitorg celebrate gak birthday wanie (my lovely cousin)... birthday dia 24/06, tapi kitorg celebrate la awal... buat surprise kat dia... happy birthday dear! semoga panjang umur... tak lupa gak, kitorg celebrate father's day... so, semua ayah2 yg ada malam tu sempatla tiup lilin... :) rasa seronok sangat malam tu... harap2 lepas ni ada lagi gathering mcm ni ya!

ni petang sebelum start... sempat lagi posing walaupun...



my parents & angah dgn our neighbours

my poor hanan... baru patah tangan, jatuh buaian...

abah & my future father in-law

ni nama dia ilham!

berkerut-kerut muka kena flash kamera!

mama opie dgn cousin opie, haris & mimi

surprise!!!





birthday yg ke berapa???

how? ada gaya ibu mithali tak?


me & baby hannis

sebelah tu abg hannis, nama dia ammer


putihnye anak pakcik ni!


happy father's day to all daddies...


tu ape benda pulak? apsal lak aziz pose dgn benda alah tu? nak tau lebih lanjut, tunggu my next entry ya! ;)

Friday, June 20, 2008

puntung rokok

bila u all tgh driving, pernah tak mengalami situasi mcm ni? tiba2 org dari kereta or motor kat depan kita baling puntung rokok yang masih menyala? ape korg rasa? marah? hangin? ke buat tak tau je?

kalau saye, saye rasa marah sebab first, dah sah2 org tu mengotorkan jalan raya... dahla merokok tu memang tak elok utk kesihatan dan udara, pastu buang lak puntung merata-rata! yg kedua, org tu tak belajar kat sekolah ke, jangan buang sampah merata-rata? buatnye puntung yg dia baling tu terkena org atau termasuk ke dalam kereta org lain, apa nak jadi? bahaya kan?

bila situasi mcm ni berlaku kat saye, saye selalu fikir yg bukan2 macam puntung tu akan jatuh ke bawah kereta kite, dan terus kereta kite meletup sebab puntung rokok yg tak padam betul tu terkena enjin atau tempat minyak... nauzubillah... takut kan? mintak2 la tak pernah berlaku & semua tu hanya imaginasi saye je... so, lepas baca blog ni, mintak2 adala kesedaran kat sape2 yg pernah baling puntung rokok keluar tingkap kereta atau motor... jangan la buat mcm tu lagi ye... saye beruntung sebab semua ahli keluarga saye tidak merokok & my future husband pun tak merokok... alhamdulillah... :)

what say u about this?

di hari persandingan

ahad, 15/06/08... terkejut dari tido pukul 8.45 am... terus terbeliak bijik mata! alamak dah terlambat! budget pukul 9 nak keluar rumah pegi ke dewan... tapi nasib baik terjaga, kalau tak... selamat... siap2, breakfast makan nasi lemak terus keluar rumah dgn zafrie, afan & udin. mama & abah dah keluar dulu ke hotel zone amik aizan & farah... diorg stay kat sana that nite...

sampai dewan around 10, terus ajak wanie pegi salun kat area situ nak set rambut... since mama opie pun tak sampai lagi nak mekapkan mama & wanie, kitorg pegi buat rambut dulula... adalah 1 salun cina yg dah buka kat area situ... saye & wanie cuci rambut dulu... before tu adala tunjuk gambar kat amoi / nyonya tu style yg kitorg nak... tapi nyonya tu tunjuk pandai, ckp byk mcm terer... last2 bila siap, tak jadi mcm yg saye nak... punyela bengang... bodoh punye nyonya! dahla sepanjang cuci & blow rambut mulut dia tak berhenti-henti bersembang dgn kawan dia... saye mcm nak sound je suruh dia tutup mulut, concentrate kat rambut saye! saye ni pantang kalau org buat keje, tapi at the same time mulut non stop bercakap... tu yg jadi lain tu rambut! yg buat rambut wanie lak, lembab nak mampus! yg tu budak pompuan melayu... nampak sgt tak reti nak buat rambut... blow curl pun lambat je... mcm manala nyonya tu boleh amik dia keje kat salun tu? last2 bila rambut saye dah siap, nyonya tu sendiri amik alih siapkan rambut wanie... tapi tu la.. mulut still tak henti2 bercakap... dahla rambut wanie tu tebal, amik masa nak siap, masa lak berjalan... last2 pukul 12.15 baru siap! bila siap dua2 muka masam... wanie pun tak puas hati dgn rambut dia... buang duit je RM40! sampai dewan, mama opie dah sampai, terus dia make-up wanie & betul2 kan sikit rambut wanie... saye lak, memang dah siap make-up dari awal & surprisingly, semua cakap rambut tu lawa... okla, tak payah nak betulkan lagi... hehehehe...

masa kitorg sampai dewan, guests dah start datang... alhamdullillah... sampai pukul 4 petang guests tak henti2 datang sampai makanan semua abisla! souvenirs je yg tak abis, tapi setel gak bila di bagi2 kat sape2 yg nak... senang, tak payah nak bawak balik... so far, the wedding went well seperti yg di planned before... semua happy, especially angah & aidil... ramai yg cakap wedding tu antara yg terbaik diorg pernah pegi... alhamdullillah berkat preparation yg betul dan kerjasama daripada semua orang... dari benda sekecil-kecil sampai ke hiasan dewan, semuanya mendapat sentuhan dari yang pakar... hehehehe... tu yg meletop! tapi saye lak yg pening... since this wedding dah best dari semua segi, during my time kena sama or lagi best... so how aziz??? hehehehe... boleh challenge angah punye wedding? :)

more photos at http://akakzaf.fotopages.com

* thanks to everybody who involved in this wedding... especially to kam, tina, my beloved opie & family, makmi, pakki, arie, wanie, faizal, ikhwan, azrul, faiz, maksu, armand, amanda, pakcik & makcik's family, shamsul & alia's family, sobrina & husband, nenek timah, aizan, farah & semua, sape2 nama yang tak disebut di sini... tanpa kalian majlis yg bermakna ni takkan menjadi... hanya Allah swt je yg mampu membalas jasa kalian... :)

* ucapan terima kasih juga kepada semua yg sudi hadir ke majlis persandingan zafirah & aidil... especially to my lovely friends, aziz, fairuz & azli, abby & hadi, jaja, shah, johan & boy, naz, azrene & fany... love u all... muahhhssss! ~xoxo~

Thursday, June 19, 2008

di hari pernikahan

sabtu (14/06/08), awal pagi dah bangun... siap semua, saye, udin, zafrie, aizan & farah gerak ke rumah opie untuk amik barang hantaran. 11 dulang hantaran angah mama opie yang buatkan... ooppss... lupa lak nak kenalkan, noticed dua nama yg saye dah sebut earlier? aizan & farah... aizan ni adik angkat angah yg duduk kat kuala terengganu & farah lak cousin dia. diorg dtg kl semata-mata utk wedding angah, and malam tadi diorg berdua stay kat umah kitorg...

ok, back to dulang hantaran... yg pegi rumah opie ada 3 kereta. my car, kereta wanie & kereta estima maksu... nak tak nak kena bawak banyak kereta & angkatan keluarga yg ramai sebab nak pegang 11 dulang dalam kereta... takut bergolek-golek dalam kereta, dah hancur... cantik gubahan hantaran tu mama opie buat... dia guna rose kaler biru... cantik sangat! :)

lepas amik dulang hantaran, kitorg terus gerak ke hotel zone on the park kat sebelah masjid KLCC. masuk bilik, angah tengah make-up. yg make-up dia nasha naslimy aziz... nasha ni memang kawan2 kitorg & aritu dia sponsor make-up angah! baikkan dia? kitorg semua bersiap kat hotel... ramai yg ada... my family, opie, arie, wanie & adik2 dia, aizan, farah... meriah rasanye! mcm time raya je... hehehehe...

around 1.45 tgh hari, kitorg berjalan kaki ke masjid KLCC... nikah lepas zohor... sambil berjalan ke masjid, tangan & lengan dah rasa2 sakit sebenarnya... berat naw dulang hantaran ni! dulang tembaga la katakan... mana tadi nak turun hotel menunggu lif sikit punye lama... slow gile lif hotel tu! esok mesti sakit tangan ni...

masuk je masjid, family belah lelaki dah ada & also my family yg lain2... tak lama lepas tu, acara pun bermula... kadi tu mula2 bagi khutbah nikah... agak lama la! hehehehe... bila time nak akad, saye punyela nervous... hai, mcm saye lak yg nak bernikah! hehehehe... abah yg nikahkan aidil & angah... masa akad, saye tgk abah yg sama nervous... lafaz pun tak lancar & tersangkut-sangkut... hai abah, sape yg nikah ni? kalau abah nervous, pengantin jgn cakapla kan? aidil lafaz 3 kali, yg ke-3 baru sah... alhamdulillah... selesai satu perkara...

saye lak, lepas sah je nikah, air mata terus turun laju je... rasa sayu sgt... dah jadi kepunyaan org satu-satunya adik perempuan ku! rasa lain je... tak tau apa yg saye rasa, bercampur-baur perasaan tu... sedih, happy, sayu & mcm2 lagi...

lepas selesai majlis membatalkan air sembahyang... angah & aidil bersalam dengan semua org... ha... part ni memang sedih gile... tgk angah peluk mama, abah... sedih sangat2... my turn, peluk je angah lagi laju air mata ni turun... saye peluk dia erat mcm tak nak lepaskan dia... isyh... saye ni memang kuat menangis... nanti bila turn saye nanti ntah mcm mana la... :)


lepas bergambar, kitorg semua balik ke hotel... tukar baju, then rasa lapar sangat... baru teringat, saye just makan donut seketul je pagi tadi... bila tanya kat yang lain, semua pun rasa lapar... kebetulan udin nak pegi KLCC untuk print gambar angah tadi, kitorg pun decided pegi lunch kat sana... kitorg pegi beramai-ramai, 12 org semuanya & 3 kereta... saye, opie & adik2, arie, wanie & adik2, kam, aizan & farah... seronok gak sekali sekala pegi KLCC ramai2. sampai je kat sana, kitorg terus serbu burger king... disebabkan pengantin takde, makan tgh hari ni bayarla sendiri2 ye! hehehehe... aizan & farah tak pernah makan burger king sebab kat terengganu takde... so saye suggest la ape yg best, & diorg ikut je cakap saye... FYI, this is aizan's second time dtg kl & farah lak first time... so, saye sempat la bawak diorg berjalan-jalan kejap kat KLCC sebelum balik...



balik dari KLCC, semua ke rumah maksu... ada gotong-royong pack souvenir lak kat sana... settle semua pukul 10 malam, then gerak ke dewan, bawak semua souvenirs tu... bayangkanla, seribu souvenir bags nak kena bawak ke sana... tu tak campur barang2 lain lagi... punye penuh semua kereta yang ada! tengah mengikat souvenir, mama call cakap kat hall ada bihun singapore & ayam goreng. dengar je tu, semua buat keje laju je, sebab nak ke hall makan... hehehehe... semua dah lapar sebab tak dinner lagi! pukul 10 malam kitorg gerak ke dewan...










sampai dewan, tajul tgh setup pelamin & org lain pun ada nak pasang meja kerusi...lepas makan, mulakan keje sikit2 & wanie bagi briefing kat angkatan askar dia yg nak keluar nak pasang signboard kat jalan & trafic light... seronok la mcm ni... walaupun penat, tapi nampak bond between our family... semuanya bekerjasama demi nak pastikan semuanya berjalan lancar... thanks guys! love u all...



Friday, June 13, 2008

berinai

today i'm on leave until tuesday & today also is the last day for my sister as a bachelor!!!! esok lepas zohor dia akan bernikah di masjid KLCC, insyaallah... on sunday lak, her reception will be held at Dewan Komersial Komuniti Bandar Tun Razak... so far, semuanya berjalan lancar, tinggal esok je nak rebus telur utk dijadikan bunga telur & malam after nikah, kitorg akan ke hall utk preparation... doakan semuanye berjalan lancar ye... nervous gak sebab this is our first wedding in the family...

pagi ni at 7.30 am angah ada berinai... mula2 plan nak berinai malam, tapi tukang buat inai tu pulak tak free malam, so kenala berinai pagi2 buta... saye tak berinai walaupun ramai yg suruh tumpang sekaki. tak mau la saye! nanti hilang seri! hehehehehe... ala... dlm masa 6 bulan, it's my turn lak nanti... besides angah, mama, udin & zafrie pun turut sekali berinai... semuanya excited...




inai by mumtaz, sentul





and pagi2 buta gak rumah ni dah riuh rendah! wanie, makmi, maksu, maktok, tok pah & maid maksu pun datang nak memeriahkan keadaan... hehehehe... tp bila time lunch sume hilang! yg angkatan tua2 pegi ke jusco cheras selatan tgk movie, kitorg yg angkatan muda2 jagung (bak kata zhana!) lak pegi lunch kat kari kepala ikan cheras... sodapnye makan! dari kecik saye makan kari tu sampai skang sama je rasanye...

esok pagi pukul 9.30 dah nak kena keluar ke rumah opie nak amik hantaran angah... mama opie yg buatkan hantaran angah... pastu kitorg bersiap kat hotel KLCC zone on the park hotel, after zohor terus gerak ke masjid KLCC... semoga semuanya berjalan lancar...

to my dear angah, it's a new life for u... a beginning for a new life for u & ur hubby... sedih sebenarnya nak lepas adik pompuan akak yg sorg ni... :( but i'm glad that u've found your soulmate... semoga kekal ke hujung nyawa... lepas ni buat ape pun kena fikir utk berdua... buat yg terbaik for both of u k... congratulations & may u live happily ever after!