Sunday, March 30, 2008

Impak Suria, Kosmo!

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

PARA penyampai dan artis-artis yang terbabit telah berjaya dalam misi gandingan Suria FM dan Kosmo!.


SESUAI dengan tagline, Hidup Pasti Rancak, showcase Suria Fm, Rancak Road Tour bersama Kosmo! telah pun merancakkan jiwa orang-orang utara di Central Square, Sungai Petani dan Sunway Carnival di Seberang Jaya.

Lebih kepada matlamat menyatakan penghargaan kepada pendengar-pendengar yang sentiasa menyokong dan menjadi pendengar setia stesen ini, persembahan showcase di kedua-dua lokasi itu telah menampilkan Erra Fazira, Ifa Raziah, Bandi Amuk, Hazama AF5, Diana Danielle, Aizad AF5, Lah Ahmad serta juara One In A Million 2, Ayu.

Tanpa penyampai radio di lokasi, sudah pasti showcase itu tidak boleh bergerak sendiri hanya dengan alunan vokal barisan artis popular.

Sudah pasti aksi lucu dan selamba Zizie, Zhana, Myra, Hairil, Tuah Zulkarnain, Zaff, Akhtar dan Bob Ringgo menggegarkan lagi lantai persembahan showcase tersebut.

Hari pertama, menyaksikan ramai yang mengerumuni pentas showcase tidak kira dari anak kecil sehinggalah ke veteran yang hadir, terdetik di hati saya, mereka ini pasti sporting dan mudah berkomunikasi dengan para penyampai serta artis-artis yang bakal mengadakan persembahan.

Ternyata detikan hati ini tepat apabila menyaksikan para penonton tanpa segan silu atau dipaksa, mereka dengan selambanya menawarkan diri naik ke pentas untuk membuat apa saja yang disuruh oleh artis dan para penyampai.

Lihatlah, bagaimana selambanya mereka apabila Ifa Raziah mengajak empat orang naik ke pentas dan menari gelek bersamanya. Usah perlu ditunggu lama atau dipaksa-paksa, dua orang lelaki dan dua lagi wanita terus naik ke pentas dan mereka bernyanyi sambil bergelek sakan dengan penyanyi dangdut itu.

Kemudian, apabila Bandi Amuk mengajak salah seorang penonton naik ke pentas dan menyanyi ikut rentak penyanyi rock itu, tanpa malu, jejaka pilihan Bandi mengikut caranya bernyanyi.

Apatah lagi, apabila melihatkan penyampai-penyampai Suria FM menyediakan beberapa aktiviti kepada para penonton, pantas saja tangan mereka diangkat tanda mahu dipilih menyertai aktiviti-aktiviti itu. Lebih-lebih lagi daripada golongan anak-anak muda yang semangat mahu menunjukkan kehebatan masing-masing di samping untuk merebutkan hadiah-hadiah menarik.

Menyaksikan persembahan para artis yang hadir, ternyata penyanyi-penyanyi ini tidak menghampakan. Nyanyian Erra Fazira, Ifa Raziah, Bandi, Ayu, Hazama, Aizad dan Lah Ahmad telah memberikan kegamatan di dalam pusat membeli belah itu.

Tambahan pula, showcase ini merupakan persembahan pertama Ayu selepas bergelar juara dan si kecil molek ini memberikan energi yang maksimum dengan lagu-lagu yang dibawakan.

"Sedikit gementar untuk saya kerana ini merupakan kali pertama saya mengadakan persembahan. Apa pun, saya telah memberikan yang terbaik kepada para penonton yang hadir," beritahu jutawan baru ini yang turut berduet bersama Lah menerusi lagi Ceritera Cinta.

Walaupun, sedikit kekurangan berlaku pada sistem audionya, penonton yang hadir seperti tidak kisah dengan kekurangan itu malah mereka seperti menghilangkan tekanan masing-masing dengan menghiburkan diri dengan persembahan hebat artis-artis yang dibawakan oleh stesen radio yang sedang meningkat naik itu.

Dan pastinya yang menjadi kemuncak bagi hari kedua showcase yang diadakan di Sunway Carnival pula, keterujaan para penonton di sini masih sama dengan showcase hari pertama.

Melihatkan pentas yang diletakkan, ia seperti begitu strategik sekali. Kerana setiap tingkat para penonton masih lagi boleh menyaksikan persembahan artis-artis hebat yang dibawakan khas itu.

Dan kali ini, mungkin sebab hari terakhir showcase bersama para peminat, penuh kawasan pusat membeli belah tersebut dikerumuni.

Malah pekerja-pekerja butik termasuklah pengawal yang menjaga keselamatan orang ramai di sekitar pentas turut 'curi-curi' menyaksikan gelagat-gelagat para penyampai Suria FM serta nyanyian artis-artis.

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Diana Danielle, turut menunjukkan bakat yang terpendam dengan menyanyikan beberapa lagu kesukaannya dan salah satu daripada nyanyian Diana, Let Us Breath, adalah lirik dan lagu yang dihasilkan Diana sendiri.

Walaupun tidak bergelar sebagai penyanyi, ternyata suara gadis yang berusia 17 tahun ini memikat hati para penonton.

Secara kesuluruhan, semua artis yang terlibat telah menampilkan sebuah persembahan yang berkualiti. Ditambah pula dengan celoteh para penyampai Suria FM, membuatkan para penonton tidak kering gusi.

Menariknya, para penonton sedikit pun tidak berganjak untuk pulang. Sebaliknya mereka sanggup tunggu sehingga showcase tersebut selesai.

Malah ada yang sanggup mengiringi para artis untuk dihantar pulang sehingga ke pintu masuk pusat membeli belah Carnival.

Menyaksikan betapa terujanya para penonton di Sungai Petani, terdapat perbezaan ketara dengan para penonton di Kuala Lumpur.

Biasanya, setiap kali showcase atau konsert penyanyi-penyanyi tempatan diadakan, penonton di luar bandar lebih sporting berbanding dengan penonton di KL sendiri yang boleh dilabelkan sebagai 'suka tapi senyap'. Namun, mungkin ia telah menjadi budaya di bandar yang lebih bersikap malu untuk mengatakan mereka ini minat pada artis tempatan sendiri.

*dipetik daripada www.kosmo.com.my

Friday, March 28, 2008

de-royal





don't get us wrong! kitorg belum kawin lagi... hehehehe... it's just a photoshoot for our friend's bridal boutique... kepunyaan fik & amy, nak tau lebih lanjut, log on to www.de-royal.com

my make-up, fik yg make-up kan... cantik kan? hehehehe... lagi byk gambar2 akan menyusul tak lama lagi... tunggu tuan punye kedai siap edit... for the time being ni la antara gambar2 yang ada... it's taken from my personal camera... :)















Thursday, March 27, 2008

dinner at concorde hotel

last friday (21.03.08)... dinner ni actually utk surprise kan opie's father & his cousin, mimi... so yg ada opie & his family, me with mama & abah, auntie zarina dgn anak-anak dia alin & mimi... bf alin, rey pun ada & sorg kawan mimi and also tajul dgn kawan dia... me & opie sampai dlm kul 8.40 pm, yg lain dah start makan... pastu ada la org nyanyi kat table kitorg, then tiba2 diorg nyanyi lagu happy birthday... boleh tak uncle (opie's baba) & mimi langsung tak expected lagu tu utk diorg! betul punye surprise kan? hehehehe.... so, lepas tu adala upacara potong cake & sesi bagi hadiah...

opie peluk baba dia... mcm byk dosa je? hehehehe...


dua birthday girl & boy... boy? huh!.... :)


me & opie with both our parents & auntie zarina...


yg ni pulak dgn geng2 muda belia... hehehehe...



pai & mimi tu nape?


lepas tu sambung balik makan & sembang2... me & opie happy sgt sbb our parents boleh click & nampak boleh ngam... satu permulaan yg baik... alhamdullillah... abis dinner dlm pukul 10 lebih, before balik sempat bergambar dpn ballroom concorde hotel tu... kitorg apa lagi, mcm2 pose la kuar! hehehehe...


orang2 lama...


orang2 baru...


empat jejaka yang tak berapa macho


empat org gadis yg comel2 belaka


semua control cun & macho...


acara bebas!



Wednesday, March 26, 2008

cedera parah...

lepas on air, kuar ofis opie terus ajak gi klinik nak pegi check jari saye dah lama membengkak... dah almost dua bulan bengkak sbb rasa2nya ada kuku mencengkam daging... so jari hantu saye belah kiri dah mula bengkak dan rasanya sakit sekali... sampai ada masa tu, sakit dia berdenyut-denyut sampai tak boleh tido... some more kalau duduk dalam air cond pun rasa berdenyut-denyut sakit dia...

kitorg pegi klinik ng & lee kat alpha angle wangsa maju & jumpa dr abd. rahman zafruddin... this is my second time jumpa dia & surprisingly dia still ingat sape saye & keje kat mana... hehehehe... bila saye tunjuk jari saye, dia ckp dah bernanah di dalam... nak tak nak dia ckp saye kena potong sikit tepi jari tu utk keluarkan nanah, kalau tak it's getting worst! saye punyela kecut perut bile dgr dia ckp mcm tu... dia ckp lg selain potong tepi sikit, dia boleh bagi ubat & balut tapi still tak boleh hilang nanah tu... dia bagi saye choice... nak cepat baik or terus nak sakit... dia jugak suruh tanya pendapat opie... bila dah dgr mcm tu opie decided suruh saye potong je sikit tepi jari saye tu... me? ikut jela walaupun dlm hati nervous tuhan je yg tau...


mula2 doc inject kat jari saye dua tempat utk masukkan ubat bius... wah... boleh tahan sakit gak masa injection tu & masa ubat masuk dlm jari... & darah pun agak byk la keluar... tangan saye dah start menggigil & dah mula bengkak mcm ada air... after 5 minit, doc pun mulala potong tepi jari saye tu... time tu saye mmg dah tak tgk jari tu... tangan dah tutup mata & saye dah pandang ke tempat lain... memang la tak sakit tapi dgr bunyi dia memotong & mengorek jari saye... menyeramkan je & terasa ngilu... sempat kerling, saye nampak adala darah penuh di hujung jari tu... tapi masa doc belah jari tu utk keluarkan nanah, dia still tak jumpa apa punca yg buat jari saye membengkak... agak lama gak la dia mengorek-ngorek cari puncanya... at last, dia jumpa gak... kuku yang menekan daging saye sampai jadi bengkak. agak besar la kuku tu... yela dua bulan punye stok... hehehehe... tu yg jadi bengkak & berdenyut-denyut jari saye... doc tu siap ckp 32 tahun dia jadi doktor, dia pun tak penah tgk kuku yg mencengkam daging sebesar tu...

so, pengajarannya di sini... kalau terasa sakit kat mana-mana bahagian badan, terusla gi klinik ye... jgn tunggu sampai teruk baru nak pegi... macam saye... :) balik umah, mama punyela bising sbb saye lambat gi klinik... dah teruk baru nak pegi sampai kena potong tepi jari tu sikit... nasib baik tak kena jahit ke ape... tapi nak buat macam mana, memang tu la perangai saye... setakat sakit sikit2 tu pejam mata je... bila dah teruk barula terhegeh-hegeh nak pegi klinik.. tu pun puas kena paksa... :) mama siap ckp silap2 haribulan kawin nanti satu jari pendek sbb kena potong terus keseluruhan jari sbb lambat pegi klinik... hehehehe... skang ni, tak pasal2 berbalut jari hantuku... and thanks to dr. abd. rahman zafruddin for your good services... seorg doktor yg cukup cakap banyak... hehehehe...


yg ni lepas injection masukkan ubat bius... jari dah start membengkak...

sempat lagi senyum walaupun sakit sebenarnya... :)

jari hantuku yg cacat utk sementara waktu... hehehehe... masa ni ubat bius belum hilang, bila dah hilang nanti tak taula sakit dia mcm mana... mintak2 la tak sakit...

Tuesday, March 25, 2008

sunway carnival seberang jaya, penang






takde ape yg nak dicakapkan... cuma ucapan terima kasih untuk semua org seberang jaya pulau pinang sebab sudi memeriahkan roadtour kitorg kat sunway carnival... semuanya blh dibaca & dpt diketahui dgn jelas dari akhbar utusan & kosmo... lebih kurang 3,000 org yg dtg menyaksikan show kitorg... semua penonton sporting, walaupun ada yg malu2... hehehehe... nak tau lebih lanjut, saye ada upload article dari utusan & kosmo online kat bawah ni... baca la ye...

juga kalau nak tgk gambar2 yg menarik, korg semua blh pegi ke fotopages saye, www.akakzaf.fotopages.com

Showcase Suria FM, Kosmo! dapat sambutan hangat

SUNGAI PETANI – Showcase Suria Rancak Road Tour Bersama Kosmo! mendapat sambutan hangat apabila lebih 1,000 penonton tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka di Central Square di sini semalam.

Antara barisan artis popular yang menyertai showcase itu ialah Erra Fazira, Ifa Raziah, Bandi Amuk, Lah VE, Aizad, Hazama AF5, Diana Daniella dan penampilan pertama juara One In A Million 2, Ayu.

Selain itu, penyampai Suria FM, Zizie, Zhana, Myra, Hairil, Tuah Iskandar, Zaff, Akhtar dan Bob Ringgo juga tidak ketinggalan menggamatkan persembahan showcase.

Selain berhibur, penonton juga berpeluang menyertai beberapa permainan dan kuiz di samping menerima hadiah menarik tajaan Suria FM dan Kosmo!.

Artis-artis yang terlibat turut mengagihkan 100 naskhah akhbar Kosmo! kepada peminat-peminat bagi mempromosikan akhbar kompak itu yang berwajah baru.

Suria Rancak Road Tour Bersama Kosmo! dianjurkan bersama stesen radio popular Suria FM dan Kosmo!.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada penaja lain seperti Central Square, Sungai Petani, Sunway Carnival Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Cinta Sayang Golf and Country Resort, Sungai Petani.

Showcase yang dianjurkan secara percuma itu juga berlangsung di Sunway Carnival, Seberang Jaya hari ini bermula pukul 3 petang.


* dipetik daripada www.kosmo.com.my

Konsert Suria FM dan Kosmo! meriah

BUKIT MERTAJAM 23 Mac – Konsert Suria FM dan Kosmo! yang diadakan di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya di sini berjaya menarik hampir 3,000 orang bagi menyaksikan persembahan dari beberapa artis dan deejay stesen radio tersebut.

Konsert di Seberang Jaya merupakan persinggahan kedua aktiviti penjelajahan stesen radio tersebut selepas di Central Square, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Antara barisan artis yang membuat persembahan ialah Erra Fazira, Bandi (Amuk), Ayu (One In A Million), Lah (VE), Aizad (AF5), Ifa Raziah, Hazama dan Diana Danielle.

Turut memeriahkan konsert yang diadakan dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan, Kosmo! ialah deejay-deejay Suria FM seperti Zizie, Zhana, Myra, Hairil, Tuah Zulqarnain, Zaff, Akhtar dan Bob Ringgo.

Dalam konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu, para peminat turut berpeluang memenangi hadiah dari Suria FM serta beramah mesra dengan artis.

Stesen radio yang popular dengan moto Hidup Pasti Rancak mensasarkan untuk membuat lebih banyak penampilan, sekali gus merapatkan jenama Suria FM dengan para pendengarnya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin, acara tidak formal itu memberi peluang kepada barisan deejay Suria FM mendekatkan diri dengan peminat untuk berinteraksi lebih dekat.

“Selain itu ia juga sebagai salah satu mempromosikan Suria FM di kalangan pendengar radio di utara,” katanya.


* dipetik daripada www.utusan.com.my

Sunday, March 23, 2008

rancak roadtour di sungai petani, kedah

bertolak dari ofis kul 8 lebih, tapi ke kelana jaya dulu sebab nak tukar bas, bas asal ada masalah. alih2 pukul 9 pagi baru masuk highway walaupun saye dah terpacak dpn ofis pukul 6.50 pagi... sabor je la kan?... sampai sungai petani dah pukul 2.30 petang, check in kat cinta sayang golf resorts & terus bersiap... pukul 3.45 petang bergerak ke central square... show start pukul 4 petang...

alhamdulillah... first rancak roadtour utk tahun ni dekat central square, sg petani, kedah petang tadi dah pun berlangsung dgn jayanya... sebelum kitorg sampai, org ramai dah tunggu kat area stage... masa show, ramai gile crowd yg datang & org sg petani cukup sporting gile! panggil je naik atas stage, semuanya berebut-rebut nak naik... saye pulak, rasa seronok & bangga sebab dpt buat show kat kampung & tempat kelahiran sendiri... :)


with Ayu (OIAM)

dekat backstage dgn semua artis2 perempuan yg join...

yg ni lak artis2 lelaki punye turn...

















lepas show, kitorg ke the carnival waterpark dekat dgn cinta sayang golf & country resort... ada meet the fans & autograph session... then kitorg dinner kat situ sambil tgk performance yang disediakan... satu lagi yg best, lepas diorg performed, ada session menari beramai-ramai ala2 joget lambak la... kitorg semua dari SURIAfm ramai yang kena kerah menari termasukla saye, myra, zhana, bob ringgo, abg kc, boss (EE), Erra, Ayu OIAM, Lah V.E dan ramai lagi la... walaupun penat & ngantuk, but we realy had fun... cuma makan je tak best, light2 je... so, bila sampai sunway seberang jaya, semua gi makan char kuey teow key's kat sebelah hotel... sodap!