Monday, January 24, 2011

rasa sakit pulak (part 2)

breastfeeding for the first time


The next day, pukul 8 pagi nurse datang utk tukar cadar & nak bersihkan badan I. So I“dipaksa” bangun duduk & berdiri & kalau boleh berjalan ke toilet. Masa tu, masyaAllah sakit dia tak tau nak cakap mcm mana! Nak duduk memang sakit gile, nak berdiri pun sakit. Satu tips nurse bgtau, nak kurangkan sakit, tampung perut & tolak perut yg menggelebeh tu ke atas. Tapi I tak dapat tangkap mcm mana nak buat sebab perut dah kecik, kalau dulu masa pregnant boleh la tampung sebab perut besar.. tapi memang sakitla.. sekali lagi menggigil-gigil badan I tahan sakit. Bila berdiri je, I tak boleh berdiri lama sebab rasa nak pitam. Rasa muka dah kebas, telinga berdesing & kepala berpusing sangat, semua tu jadi sebab satu hari terbaring je kat katil.. tapi nak stress kat sinila, nak duduk & berdiri tu memang saaaakkkkkiitttt.. kesian nurse tu I genggam tangan dia kuat, dahla dia kecik je.. hehehe.. nak tunggu I gerak sikit-sikit pun amik masa, kejap-kejap I mintak stop & tarik nafas sebab memang sakit. Disebabkan tak boleh berdiri lama, nak berjalan ke toilet lagila tak boleh kan? So, I duduk atas kerusi tepi toilet, nurse tukarkan pad, cuci & lap badan I dengan towel basah.. masa tu baru I respectla dgn nurse, buat keje macam tu & kite ni pulak memang dah tak malu, naked ke ape, rela je badan ni dilap oleh nurse..

Dalam pukul 10 lebih, I try breastfeed my son. Tak tau masa tu susu dah ada ke belum, tapi I tengok Rizqy sedap je menyedut. Alhamdulillah, first experience breastfeed tak mendatangkan masalah kat I..

Pukul 11 pagi, prof Hashim datang tukarkan plaster luka. Dia cakap kalau I nak discharge aritu pun dah boleh sebab katanya bersalin normal or c-sect, sakit dia sama je, duduk lama-lama kat ward pun baring & tgk tv je. Tapi opie cakap kat I, discharge esoklah, so I still boleh berehat lagi kat ward & esoknye tu dah kuat la sikit nak bangun berdiri. Prof Hashim sempat jugak adviced I pakai bengkung kat perut supaya bengkung tu tekan perut yang menggelebeh tu. Katanya lagi sebab perut tu menggelebehla yang buat lagi sakit bila berjalan sebab perut tu berlaga dengan luka.. owh.. baru ada paham..

Siang sampai ke malam, ramai tetamu datang melawat me & rizqy. Thank you to my cousin Wanie & her friend Wawa, Azli, kak Isma, Kam, Ezu & ada jugak yg dtg buat surprise, EFE gang – Erra Fazira, Zaini & Hafiz, Sofea & Pajie. To kak Erra, thanks for the portable glider/rocker, me liked it!

After lunch, before tetamu datang, sekali lagi I try bangun pegi toilet since urine tube dah cabut. This time dah kurang sikit sakit compared to pagi tadi. Maybe sebab dah breastfeed, so sakit tu dah kurang sebab masa breastfeed, kite punye rahim pun mengecut. I boleh bangun slow-slow tanpa perlu stop amik nafas, kepala pun dah tak pening lagi & dah tak menggigil-gigil tahan sakit. This time jugak dah tau nak tampung perut yg menggelebeh tu, so memang kurang sakit.

Alhamdulillah, I managed to tahan sakit & maknanya I tergolong dalam pesakit prof Hashim yang kuat sebab kata sorg nurse kat situ, patient prof semua kuat-kuat, semua discharged cepat. Hehehe.. Actually, sakit ni perasaan kite je. Kalau kite layan sakit tu, memang lamala sakit. So, satu je tips I untuk semua orang, lawan sakit & be strong supaya cepat baik. Jangan manjakan diri sampai nangis-nangis & takut nak gerak sebab kalau macam tu memang lambatla nak baik. For me, bila balik je rumah, I memang kuatkan semangat & tak layan sangat sakit. Hari keempat lepas operation, I dah boleh bangun sendiri tanpa orang pegang or tarik bangun dari katil & I dah boleh jalan satu rumah walaupun slow-slow. :D



perhimpunan baby.. isy isyh zarra.. tak reti duduk diam!



daddy Kam










unexpected guess', Sofea & Pajie. :) tq for coming!



masa ni susu time for rizqy. tapi opie terror cari angle amik gambar, so tak nampak part2 yg tak sepatutnya. :D



Monday, January 17, 2011

rasa sakit pulak (part 1)

Experience masa bersalin, dah pun I shared dalam my previous entry. This time I nak share lak experience rasa sakit lepas ubat bius abis lebih kurang 4 jam lepas operation. Sebelum tu masa kat recovery room, nurse datang dua tiga kali check darah nifas yg keluar. Actually I pun baru tau, it’s either kite bersalin normal or c-sect, darah nifas tu keluar sama je, mcm darah period, so kenala pakai pad, yg bertali lagi! Ikat kat pinggang, sangat old school kan? Hehe..

Masa nurse datang utk pertama kali, dia mcm terkejut sebab darah tu banyak sampai basah pad & kena bed sheet. So, dia pun tukarkan pad, tukar cadar katil, then I ditukarkan ke katil lain & ditolak masuk ward balik..

Pukul 3 lebih, datang lagi nurse, pun mcm terkejut & dari ape yg dia ckp dgn sorg lagi nurse, darah I banyak keluar. So I tanyala, normal ke kalau darah byk? Dia ckp darah keluar memang normal, tapi kalau dah banyak sgt, maknanya ada benda tak kena & diorg akan refer dgn Prof Hashim. I dah tak senang duduk dah.. Masa tu pulak ubat bius dah abis, so masa diorg tukar cadar katil & I kena pusing badan ke kiri & kanan utk diorg tukar cadar, masa tu dah rasa sakit gile perut ni.. Sampai menggigil-gigil la badan tahan sakit. Sakit tu tak tau nak ckp mcm mana, Allah je tau, tapi memang sakit.. I ingat lagi masa pusing badan kanan kiri tu, I pegang kat handle katil punyela kuat sebab nak tahan sakit. Bila my mum masuk balik bilik ward, dia tanya kenapa sebab agaknya dia tengok muka I dah pucat & semacam je. I cakap dah start rasa sakit.. So terusla mintak pain killer kat nurse.. Alhamdulillah, pain killer tu cepat buat keje dia, dalam masa 5-10 minit dah kurang sikit sakit.. Nak kata tak sakit langsung takdela, still rasa sakit yg mild, kena tahan je la..

Dalam pukul 5 petang, datang sorg doctor ganti Prof Hashim (prof tgh ada satu lagi operation) utk check darah I ok ke tak.. Ha, this comes the best part. Mula-mula dia tengok kuantiti darah, then dia mintak torchlight kat nurse. Lepas tu dia pegang ada satu benda besi yg mcm pengorek.. Then, ape dia buat ntah dgn benda alah tu, dgn torchlight & bila dah settle, I tengok tangan dia segengam penumbuk tu penuh darah. I tak tau dia buat ape dgn my *tut*! Sebab I still rasa kebas kat area tu! Katanya dia korek buang blood clot (darah beku) & I bleeding sebab takde contraction. So bila dah buang blood clot tu, darah akan keluar macam biasa, tak banyak macam sebelumnya yang sampai kena tukar cadar 2, 3 kali!

So, lepas tu, nurse datang dalam 3, 4 jam sekali tukar pad & diorg still pantau kuantiti darah. I pulak, satu hari satu malam la terbaring tegak menahan sakit, tapi Alhamdulillah, for me, I rasa sakit tu masih lagi boleh ditahan compared tu sakit yg petang tu.. Hari tu jugak, I tak breastfeed my baby, even nurse pun tak advice sbb susah & sakit, insyaAllah esok I akan start breastfeeding.

Malam, me & opie lepak kat bilik ward sambil layan final Piala Suzuki, Malaysia vs Indonesia & Alhamdulillah jugak, tripple celebration ukt kitorg – our anniversary, baby Rizqy lahir & Malaysia jadi juara. Kat ward tu, punyela happening, nurse-nurse pun pakat bersorak bila gol. Sape kata tgk bola kat hospital senyap je? Hehehe.. And malam tu jugak, first time kitorg tido bertiga. Kalau ikutkan I, I nak biar je baby kat nursery bagi nurse jaga, tapi opie tak nak sebab katanya kesian anak dia tinggal sorg, baby yg lain masuk bilik.. So, satu malam la opie berjaga sebab Rizqy pun kejap-kejap terjaga.. I? Tido tak sedar diri! Walaupun sakit! Haha..


immediately lepas keluar dari recovery room











Thursday, January 13, 2011

29 Disember 2010 (part 2)

Masuk area OT, I diletakkan kejap kat kaki lima luar OT sementara diorg readykan OT. Datangla assistant pakar bius, dia tanya bila last meal.. so I pun jawab ikut skrip Prof Hashimla.. lagi sekali, terkulat-kulat muka dia.. lebih kurang 10 minit lepas tu, diorg tolak I masuk satu bilik yg sangat terang, sangat luas, sangat bersih & sangat sejuk, then proses bius pun bermula.. Dr. Azmil (pakar bius) bagi I spinal morphin which is cucuk kat tulang belakang & badan akan kebas pinggang ke bawah. Diorg suruh I duduk tegak sambil peluk bantal & dagu rapat ke bawah. Then, dia cucuk pain killer dulu kat area tulang belakang, lepas tu baru dia cucuk ubat bius.. Actually, 3 kali try, baru jumpa space untuk cucuk ubat bius, itu pun setelah puas dia meraba tulang belakang I dari tengkuk sampai ke pinggang. Sakit? Tak langsung! Rasa macam cucuk kat punggung je..

Lepas settle bius, diorg baringkan I, pakaikan I oksigen mask, depangkan kedua-dua tangan I & terus cover depan muka I dgn kain-kain kaler hijau & biru, rupa-rupanya kat situ jugak diorg akan operate. I ingat kena masuk bilik lain, rupa-rupanya itulah OT.. Mana nak tau kan? Tak penah ada experience.. After 5 minit, prof try tekan-tekan hujung pisau kat perut I, masa tu still rasa lagi, punyela nervous! Dalam kepala terfikir, kalaula dia potong perut I, tiba-tiba rasa sakit.. takutnye.. 3 kali jugak dia tekan perut I dengan pisau, I rasa lagi. Then Dr. Azmil (yg rajin entertain I sepanjang operation) cakap, “baca bismillah banyak-banyak, selawat, you’re doing good..” masa tu I fikir, “that’s it, mesti perut aku dah kena potong..”

During the operation, selain Dr. Azmil yang bercakap non-stop dengan I, I was so glad that opie boleh masuk temankan I. nasib baik Prof Hashim bagi dia masuk, siap boleh amik gambar lagi, kalau tak sure lagi nervous & takde sumber kekuatan..



Operation berlangsung dalam masa setengah jam je. Masa operation, memang tak rasa sakit langsung, tapi apa yg diorg buat kat I, korek, seluk, goyang-goyang, gegar-gegar perut semua boleh rasa.. ngeri je dengar kan? Hehe.. tapi yang best, siap boleh sembang-sembang dengan prof, ala-ala macam kat dapur, sambil buat keje, sambil bergosip! Haha.. ada satu masa yang I tak blh lupa sampai sekarang, I dengar prof mintak forcep kat nurse.. La.. dah operate pun, kena guna forcep ke? Rupa-rupanya my baby tersorok kat bawah or senang ckp baby actually tak engaged betul, so kenala guna forcep..

Sebelum baby ditarik keluar, I dapat rasa diorg tekan perut I kat bawah dada 3 kali, punyela kuat, then lepas tu rasa baby ditarik, terus I rasa perut kosong & kempis. Masa tu I gengam tangan opie punyela kuat & bila dengar je suara baby menangis, terus meleleh-leleh airmata ni.. tak habis-habis I tanya opie, baby ok ke tak, dah lupa dah yang prof dok jahit-jahit perut I masa tu.. that was the unforgettable moment masa dalam OT.. opie dapat tengok baby ‘live’ masa dia keluar dari perut, tapi I dapat tengok baby bila dia dah dibersihkan, bila nurse tunjuk kat I.. touchingnya masa tu, mcm tak percaya that is my baby.. yang comelnya, mata baby terbukak & terkebil-kebil pandang I, macam nampak je.. :D


kaki baby dah terjulur keluar & tali pusat nampak tergantung tu



Prof Hashim dgn senang hati tunjuk baby kat opie


nurse tgh cuci baby



first proper photo of my son



Lepas settle jahit & cuci semua, diorg pun dah pasang tiub air kencing kat I, then I ditolak masuk ke recovery room. Masa masuk bilik tu, badan baru rasa sejuk sampai menggigil-gigil.. diorg letak blower kat celah peha, then balut badan dgn selimut, I lepak kat situ dalam 20 minit..

1.10pm, I ditolak masuk ke bilik ward. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, family pun dah start datang tengok baby Rizqy Harris bin Suffian Harris, yang lahir tepat pukul 12.33 tgh hari dengan berat 3kg di Pusat Pakar UKM.

29 Disember 2010 (part 1)

Now, it’s the day that we’ve waiting for.. Rabu, 29 Disember 2010, pukul 7.30 pagi dah bangun. Malam tu tido tetap lena mcm biasa, takde rasa nervous pun.. Me & opie amik mama dulu, then we all ke Bandar Tun Razak for breakfast. Ingat nak makan roti canai Melayu, tapi dah abis pulak, so I makanla nasi lemak bungkus.

Elok habis je makan, I dapat sms from Prof Hashim. Dia cakap kalau nak Caesar I kena puasa sejak pukul 12 tengah malam tadi. What!!!! I baru je abis makan, nasi lemak lak tu! Prof ni pun, kot ye nak suruh puasa pukul 12 tgh malam, yg dia reply sms pukul 8.30 pagi apsal? Still jetlag kot? Hahaha..

Disebabkan dah makan, I gamble je la pegi hospital. Settle registration & dah masuk ward dalam pukul 10 pagi, nurse tanya bila last meal. So I pun terus terangla bagitau baru je makan tadi. Muka nurse tu dah terkulat-kulat.. lepas tu dia cakap, “okla, takpe.. tapi kalau nak Caesar, kena tunggu selepas 6 jam, sebab takut nanti muntah lepas operation”. I replied back, “ok je, tak kesah petang atau malam, janji baby keluar arini sebab kitorg punye anniversary”. :D



tengah check heart-beat baby

Pukul 11 lebih, Prof Hashim sampai dengan t-shirt bodoh dia & rambut agak berserabai. Hehe. Rupa-rupanya dia cuti aritu & malam tadi flight dia delayed, tu yg dia reply lambat my sms. First question, “nak normal ke Caesar?” I dengan lajunye jawab, “Caesar la prof”. Tapi hakikat sebenarnya, pendirian ni tak tetap lagi & perasaan memang tak menentu sama ada nak bersalin normal or Caesar. Tapi bila mulut dah laju jawab nak Caesar, so I ikut kata mulut..

Second time Prof Hashim masuk bilik, dia cakap, “I nak buat cepatla, so bila pakar bius tanya bila last meal, u cakap pukul 9 pagi, then pukul 10 you tumpah darah (bila tumpah darah, maknanya emergency, so diorg tak blh ckp ape).” Dengar macam tu, I tergelak & confuse, siap tanya lagi boleh ke sebab I baru makan & dia jawab dengan senang hati, “boleh..” lepas tu, nurse pun bagitau my blood pressure tinggi, dia jawab, “memang tinggi, org nak bersalin..” hahaha.. cool la my gynae tu! Selamba je sambil tersenyum simpul..

I dengan rasa tak percaya, still relaks-relaks lagi atas katil, then nurse masuk tanya, “dah nak masuk OT kan?” Ha?? Dah tak senang duduk.. biar betul nak pegi OT dah ni? Mental tak prepare pun sebab semuanya cepat sangat. So, I pun terus la tukar uniform untuk operation procedure, lepas tu duduk melengung atas kerusi tepi toilet, still berfikir betul ke apa yang aku buat ni? Sempatla termenung kejap, sampai Prof masuk tanya I dah ready ke belum. Seterusnya, naikla I atas katil & ditolak ke OT.. Dalam masa yg sama, I dengar Prof tanya opie nak masuk OT tak & opie tanya balik boleh ke? Jugak dengan senang hati dia jawab, “boleh, apa lak tak boleh..” :D

Opie, my mum, my in-laws & prof ke OT ikut jalan lain, I pulak baring atas katil ditolak nurse ikut jalan lain.. masa on the way ke OT tu, baru start rasa nervous, tapi rasanya still nervous yg mild lagi. Entahla tak tau kenapa, I agak kuat semangat aritu.. semangat nak keluarkan anak sendiri, sebab I rasa takut macam mana pun, kite kena lalui jugak benda tu, takkan nak biar baby tu dalam perut je kan?

sempat senyum lagi ni sebelum masuk OT




Thursday, January 6, 2011

before menyerah diri

Meronta-ronta nak blog pasal pengalaman bersalin, lagipun ramai yg bertanya. Cuma sebelum ni tak boleh sebab tak blh duduk lama-lama, but now, I’m ok. :D

Ramai yg tau, my due date was on 19th December. Tap bila sampai harinya, memang takde ape-ape tanda nak bersalin. In fact, on the 19th tu, I boleh lagi keluar lunch dgn family kat Wangsa Walk Mall & jalan-jalan kat situ.. kerja gila kan? Haha

Dalam hati risaula gak, yela dah first baby, kite pun tak tau macam mana. Tapi I memang tak putus-putus doa, mintak baby ok dalam perut & I banyak buat research pasal baby overdue ni. Overdue ni actually keturunan, so maybe I ikut my mum yg pernah overdue 14 hari masa mengandungkan adik I yg ke-3. Overdue memang takde ape-ape masalah, as long setiap hari baby aktif bergerak & Alhamdulillah, my baby memang banyak gerak. Risau gak bila dapat tau, sape-sape yg overdue, hari-hari pegi buat check-up, tapi I tak buat since Prof Hashim takde, dia ke Egypt from 20th-28th.. Tapi, my baby is good, dia tak buat masalah ape-ape pun kat I..

Lepas sehari ke sehari menunggu dgn penuh sabar & nervous, still takde ape-ape. Even I berharap gak baby keluar on 22nd, which was my birthday, tapi takde jugak.. So, sambung la tunggu lagi..

Prof. Hashim bagi date kat I, katanya kalau tak bersalin jugak, by 29th I kena masuk ward, which was “menyerah diri” la. Masa tu dah 40 weeks + 10 days or senang cakap dah 42 weeks.. bila dah “menyerah diri” tu, ada 2 options – induced or c-sect. So? Mana satu nak? Kalau induced, I dah nampak depan mata, my sister sendiri yg kena induced, seksa dia nak bersalin. 24 jam tahan sakit, cervics tak bukak-bukak, last-last kena c-sect jugak. Kalau c-sect pulak, memang kite takkan sakit contraction, serah je diri utk dipotong, sedar-sedar baby dah keluar.

Betulla org cakap penantian itu satu penyiksaan, dari hari ke hari, tunggu rasa sakit, tak datang-datang jugak. So, me & hubby assumed yg baby nak tunggu Prof Hashim jugak sebab on the 29th tu dia dah balik from Egypt.. Selasa malam tu, I dengan rasa tak menentu, sms la Prof Hashim, "hi prof! it's Zafrina. i guess my baby tunggu u jugakla. hehe.. sampai sekarang I tak rasa sakit langsung. so, esok I admitted & I dah called hospital, diorg cakap boleh masuk before 12 pm. I think I go for caesar la prof. dah overdue 10 days & dah jenuh tunggu jugak ni. what do you think? boleh ke? so, tomorrow kalau u ada, we'll see u ya!"

to be continued..


Wednesday, January 5, 2011

sehari sebelum due date

my due date supposedly was on 19th december. tapi sampai ke last day before due date tu, baby dalam perut ni dok relaks je lagi. rasa sakit ape pun takde, just rasa sengal-sengal sikit je kat bawah perut. so, i decided to go to opie's friend's wedding kat dewan seri hendon, putrajaya. duduk rumah pun boring, bukannya buat ape pun, better banyakkan berjalan, senang sikit nak bersalin.

so, kitorg gerak ke putrajaya around 1 pm. sampai sana, jumpa balik kawan-kawan opie yg dah lama tak jumpa, almaklumla sekaranag ramai yg kahwin, so masing-masing busy dgn family atau kerja. favourite question bila jumpa orang, "bila due ni?" I dengan selambanya jawab, "esok!" semua orang punyala terkejut & tak percaya! diorg cakap I boleh lagi relaks jalan-jalan.. ala jawab I lagi, "selagi tak sakit, boleh je nak pegi mana-mana, barang dah ada dalam kereta, kalau jadi ape-ape, terus je ke hospital." hehehe.

pengantin sama cantik, sama handsome, deco dewan cantik, pelamin pun cantik & the food was delicious. congrats to ramu & dian diani, selamat pengantin baru! :D


me, rina, zura & jaja


me & jaja berlawan perut, tapi time ni takde sape boleh lawan perut I dah.. hehe


antara kawan-kawan yg sempat jumpa


cantikkan wife ramu?



pelamin english style


a mom & 2 org mommy-to-be (time ni jela I mommy-to-be)




sebenarnya dari hari sebelum tu, we all dah planned nak ke alamanda lepas wedding. memandangkan memang takde ape-ape tanda nak bersalin, so we all proceed je ke sana. siap ajak kawan-kawan semua. bestnye lepak-lepak sambil makan waffle ice-cream kat food court alamanda. agak lama kitorg catched-up & sembang-sembang. around 7pm, masing-masing nak gerak, tapi kitorg sambung berjalan lagi sampai pukul 9 malam, sempat beli hadiah anniversary untuk masing-masing. :)