Sunday, September 21, 2014

Lombok day 4

hari keempat di Lombok, pukul 8.30 dah gerak dari hotel. hari ni plan nak melawat semua pantai kat Lombok - pantai Selong Belanak, Mawun, Kuta Lombok & Tanjung Aan. semua ni ku tahu dari google. so bagitau Pak Jun mana nak pegi, dia bawaklah kitorg ke situ. tapi sebelum tu dia bawak kitorg beli souvenir dulu untuk bawak balik kl. lepas tu dia tanyaku nak pegi beli mutiara tak sebab lombok ni memang terkenal dengan mutiara, tapi ku tak nak sebab dari awal memang tak plan nak shopping. Pak Jun macam pelik sebab selalunya org perempuan kalau pegi lombok mesti nak beli mutiara. lol.

dari hotel ke Selong Belanak, jauhhhhhh sangat. turun naik bukit, Rizqy pun tidur lama, tak sampai-sampai lagi. sejam setengah kot baru sampai. kitorg ada gak stop atas bukit amik gambar pemandangan berlatarbelakangkan laut. tapi bestla lombok ni, turun naik bukit, dari jauh dah nampak laut. pantai & laut celah-celah bukit.

 this is Selong Belanak beach. pantai dia luas, putih & pasir halus. ramai orang local, tapi diorg tak kacau kite suruh beli apa-apa. 

yang berkumpul kat tepi tu tengah siang & membasuh ikan. sini banyak nelayan, so bila diorg balik dari laut, kaum perempuan terus siang ikan & bakar, then jual kat pelancong. sini banyak jugak gerai-gerai kecik boleh minum-minum. pantai ni ramai beginner surfers yang baru nak belajar surf, so ada disewakan surf board jugak kat sini. tapi masa kitorg sampai dah pukul 10 pagi, dah takdelah orang surf.diorg selalu surf masa awal pagi & petang-petang.







 sempat jugak mandi kat sini & main lari-lari kena kejar ombak




lepas dah puas minum air kelapa, kitorg gerak ke pantai seterusnya, Mawun beach. perjalanan dari Selong Belanak lebih kurang setengah jam. 

 Mawun Beach. tersenarai antara pantai tercantik di dunia oleh Lonely Planet. memang cantik sangat. pantai putih, bersih & halus. kitorg dapat tips daripada orang hotel, kalau nak mandi pegi ke belah kanan sebab kat tengah tu air dalam and current kuat.



 gigih ni berjalan ke hujung sana, agak jauh jugaklah. dahlah panas gile






 best mandi kat hujung ni. pantai dia landai, tapi ombak still agak kuat. masa ni orang tak ramai sebab dah tengah hari, ramai lepak baring bawah pokok kat tengah pantai tadi. 



bogel je budak-budak kampung ni. terror berenang diorg ni, selamba je mandi takde orang besar jaga

Rizqy beramah mesra dengan budak-budak kampung situ. tak pandai cakap bahasa Indonesia, diorg cakap bahasa Lombok. mandi sama-sama tapi tak kacau/pegang Rizqy langsung


dah pukul 1pm lebih, perut pun dah lapar. kitorg gerak ke area Kuta. setengah jam perjalanan dari Mawun. ye lombok pun ada Kuta, bukan Bali je. before ke pantai, kitorg lunch dulu kat cafe hotel apa ntah, lupa nama hotel tu. macam biasa, Pak Jun tak join kitorg lunch, dia lunch sendiri, katanya hotel tu sediakan makanan untuk driver yang bawak orang makan kat situ. kitorg makan nasi ayam penyet, oklah sedap gak & harga reasonable. lepas makan, cuaca nak hujan pulak. tapi kitorg pergi ke pantai jugak, seberang jalan je dari hotel yang kitorg lunch tadi. pantai Kuta tak menarik langsung, tapi situ ramai surfer & banyak bajet hotel & keadaan kat situ memang sama macam Bali. pantai Kuta Lombok, pasir dia bulat-bulat macam lada sulah & warna perang-perang. laut pun sama macam Kuta Bali, keruh je warna air dia. ramai local meniaga & agak kurang ajar. ikut kita berjalan & pujuk beli barang, bila tak beli dia boleh marah-marah kita. 


sekali 3 orang follow kita, jual accessories. mula-mula pujuk lembut je, lama-lama jadi kurang ajar tak padan dengan budak-budak. potong betul. nak lepak lama pun jadi menyampah




    
hujan nak turun, sempat kitorg masuk kereta. last tempat nak ke Tanjung Aan. dekat je dari Kuta. mula-mula Pak Jun cakap jalan nak ke Tanjung Aan tak elok sangat, so kereta tak boleh masuk. tapi bila nampak banyak kereta keluar masuk, dia try jugak pegi. rupanya separuh jalan dah ok, tapi still ada lagi separuh jalan berlubang-lubang. tapi alang-alang dah halfway, kitorg pergi jugak. Takde yang menarik pun, Rizqy tidur, so Opie je turun amik gambar, tapi kata opie cantik tempat dia & pantai bersih.

 yang peliknya Tanjung Aan ni, pantai dia ada 2 jenis. kalau tengok gambar atas ni, pantai belah kiri warna putih & pasir halus. pantai ke kanan sikit tu warna perang & pasir kasar. dibahagikan oleh bukit kecil.








ok now, masa untuk pulang ke hotel. penat sungguh! sebelum tu Pak Jun tanya tanya beli batik tak, laju je ku jawab tak nak. lepas tu dia tanya nak pegi tak ke rumah tradisional orang Sasak, pun kitorg tak nak. haha. dia siap cakap rugi datang Lombok tak pegi tengok orang Sasak, takpelah Pak Jun, tak penting pun. kat Malaysia pun ada je rumah orang asli. haha.

p/s : transportation on 4th day kitorg bayar dalam 800 ribu. agak mahal sebab perjalanan dia sangat jauhhhhhh.