Thursday, October 17, 2013

Salam Aidiladha 2013

Salam Aidiladha semua. Semoga semua happy dengan family tersayang. We all raya kat Kemensah macam biasa. Lepas solat raya kat area rumah, terus ke Kemensah. Sampai-sampai rumah berkunci sebab semua ke kubur maktok. So lepaklah dulu kat gazebo tepi pool. Dalam setengah jam family yang lain balik, apa lagi terus serang dapurlah.. Semua family kat KL datang berkumpul kat Kemensah. Ada jugak yg takde sebab sibuk kat masjid buat korban. Alhamdulillah, tahun ni masih ada lembu kami korbankan dan selamat jugak buat aqiqah untuk baby-baby yang baru lahir. Alhamdulillah. 

 semua ni ibuku masak

 sealamat hari raya haji kawan-kawan. jubah Rizqy ku beli from seller kat instagram je. cantik kan?

 lapar lapar.. manala semua tak balik-balik lagi ni

 tiga beradik berjubah. cute!



 my baju is from Hatta Dolmat. 50% kat Zalora. puas hati!

petang we all ke Keramat pulak lepak kat rumah opie. saje je letak gambar ni. mengimbau kenangan my wedding dresses. baju ni still ada kat rumah in-laws ku.


Friday, October 11, 2013

Sedekah Al-Fatihah

Artikel yang di copy paste di fb:

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 


Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 


Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 


Sahabat-sahabatku yang baik, 

Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 


Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 



Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..



Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah sedekahkn al- fatihah untuk Rasulullah saw, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.. amin...

Monday, October 7, 2013

Newcastle : last day

3rd day di Newcastle, kitorg naik bas ke Metro, lebih kurang 20 minit dari Newcastle, ada satu big mall kat situ, shopping lagi. gigih ye pegi shopping naik bas, balik jenuh angkut shopping bags. kalay kat kl jangan haraplah nak shopping naik bas. haha. lepas shopping kitorg lunch kat Indian restaurant, this time dengan family kawan adikku, sambil-sambil tu celebrate adikku yang dah grad. 

 hamik kau naan dia

 cheese naan

 congrats Dr. Zafiruddin



 aunty ni lawyer, kerja jarak jauh from Newcastle-Malaysia. pukul 9 pagi waktu Malaysia, kat Newcastle pukul 2,3 pagi, time tulah dia bekerja



 train station

 tengok bola tengah town

 area kawasan rumah adikku kat Brighton Grove




 111, Brighton Grove, Newcastle. you'll be missed. sori lupa nak amik gambar dalam rumah lama ni. lantai kayu, rumah 2 tingkat plus satu bilik loteng. semua bilik termasuk dapur, tempat makan, tempat basuh baju & hall ada pintu sebab cuaca sejuk. rumah ni gile sejuk, masuk bilik baru ada heater. berjalan keluar ke toilet, menggigil. 


 that's the real new castle, dari mana town ni dapat nama


 goodbye Newcastle, heading to London, lusa balik KL




Newcastle : Durham cathedral, South Shields & Northumberland Street

maaflah kawan-kawan.. entry bercuti ke Europe last year tak habis-habis lagi kan? hahahaha. kalau rajin, baca. tak rajin, sila tutup blog ni. huhu. now nak cerita pasal second day ku di Newcastle. pagi, ku dan adikku keluar awal berjalan ke stesen keretapi kat town, this time kitorg nak ke Durham. pagi tu boleh hujan pulak, tapi kitorg redah je berjalan, jauh jugak ye dari rumah adikku ke train station. jalan kaki dalam 20 minit. adikku memang dah biasa jalan kaki kat sana, memang tak naik transport langsung padahal ada je bas ke town macam manalah orang sana tak kurus-kurus? tapi best, sebab cuaca sejuk, bolehlah jalan lama mana pun. 

naik train dalam 10 minit dari Newcastle, sampailah ke town kecik Durham

the only main attraction kat sini ialah Durham cathedral, tu atas bukit tu





sebelum sampai ke cathedral, tetap ada shopping district. bangunan kat sini sangat kembali ke zaman lampau

this the Durham town


Durham cathedral, since 1093. boleh baca sejarah gereja ni kat link yg ku dah bagi tu ye








familiar tak area ni? ni location Hogwarts school dalam filem Harry Porter & the Chamber of Secrets. 




















siapa yang tengok Harry Porter & the Chamber of Secrets mesti familiar tengok area ni. Durham cathedral ni besar, ada yang boleh masuk & ada yang tak boleh. baca jela kat wiki pasal gereja ni ye.







settle explore Durham cathedral, jom balik rumah amik mama, then naik lagi train ke South Shields, this time nak lunch fish & chips yang ku dah dengar cerita punyelah sedap sampai ke Malaysia. haha. South Shields ni actually tepi laut. tapi kitorg tak nampak pun laut sebab agak jauh nak jalan, lagipun hujan lebat masa tu. lunch dulu. lepas lunch, shopping time! 


 ni kat bus stop tepi rumah adikku. naik bas ke town sebab mama tak larat jalan.

 restoran Colman's, since 1926













settle lunch, hantar mama balik, kitorg shopping kat area Northumberland Street. semua kedai ada kat situ - H&M, Primark, Marks & Spencer and banyak lagi. heaven sebab orang tak ramai macam kat London. penutup of the day, kitorg makan kat China Town ada satu restoran, mexican ribs dia memang terbaik. dah lama dengar mama abah cerita pasal ribs tu.