Tuesday, June 23, 2009

Aizat cium mak nyah?

Ditulis oleh Rosli Manah


Aizat kena cium mak nyah? Jangan terkejut... Aizat kena denda mencium pengacara program Suria FM Together-Gather Bersama Media di Hotel Concorde pada 19 Jun lalu sebab dia tersalah menyebut nama stesen radio lain semasa di atas pentas (Aizat sebut Hot FM, mana la "Puteri" tak marah?! hehehehehe...)

Pengacara lelaki yang berpakaian wanita dengan menggunakan nama Puteri itu terus keluar dari belakang pentas dan mendenda Aizat.

"Saya mintak maaf dan saya sedia melakukan apa sahaja sebagai denda," kata Aizat kepada Puteri.

Puteri dengan selamba menyuruh Aizat mencium pipinya sebagai denda itu. Nak buat macam mana... Sebab sudah janji sanggup lakukan apa sahaja, maka Aizat pun kenalah cium pipi Puteri (Aizat cium Puteri dua kali pulak tu! hahahaha.. Tapi Aizat memang sporting, walaupun muka dia dah merah padam.. jangan marah ye Aizat, kite suka-suka aritu..)

Itulah ceritanya, tapi lensa kamera jurugambar Mangga Online kelewatan pulak merakam detik itu.

*Dipetik daripada Mangga Online

1 comment:

edzlin007 said...

hehe mmg sporting abis aizat ni. camne leh silap, ingatkan tersasul sinar ke, hot tu jauh bebenor.