Me & opie gerak dari rumah pukul 6 pagi.. Sebabnye? Opie nak merasai detik subuh & matahari naik dalam perjalanan.. Almaklumla org takde kampong & tak penah berjalan jauh! Hehehehe.. Mcm saye ni dah byk kali merasa keadaan u dulu masa kecik-kecik.. :) Lagipun kitorg tak penah ke Lumut, so takut sesat, tu yg keluar awal pagi tu..
Dari ape yg saye baca kat internet, nak ke Lumut, dari highway Utara Selatan, kena exit kat Gopeng, then baru ke Lumut dalam 70 km.. So, kitorg pun turunla kat Gopeng.. Mula-mula tu silap simpang gak, then dah tersedar patahla balik.. Lepas tu kitorg pun ikutla signboard ke Lumut.. On the way, ternampak Kellies Castle & sempatla kitorg bergambar kat luar Kellies Castle tu (tak masuk pun).. tapi bila dah sampai Lumut, baru tau, rupa-rupanya kalau exit kat Teluk Intan lagi dekat nak ke Lumut! Isyh isyh isyh.. Kalau exit kat Gopeng sebenarnya dah patah balik.. Patutla rasa macam dah pusing satu Perak je nak ke Lumut tu! Rasa jauh je perjalanan.. Takpela, first time
Kitorg sampai jeti Lumut dalam pukul 10.30 pagi.. parking kereta kat tepi Hotel Indah, bayar RM8 satu malam (tempat lain RM10 satu malam).. then, beli tiket feri - RM10 sorg, pegi balik & boleh naik suka hati pukul berapa feri tu tapi kena ikut jadual feri tu la.. disebabkan kitorg tgk ada ramai sgt budak-budak rombongan universiti & sekolah nak naik feri pukul 11.15 pagi, so kitorg decided naik feri pukul 11.45 pagi. Sementara tu, sempatla kitorg jalan-jalan jap kat pekan Lumut..
Naik feri ke Pangkor dari Lumut, 20 minit je (tapi kalau naik speed boat, lagi cepat sebenarnya).. sampai jeti Lumut, kitorg amik kereta sewa (Kancil), RM150 utk dua hari.. ingat nak naik motor je, tapi opie takde lesen motor, some more dia takut nak bawak saye naik motor.. kalau sewa motor murah je, RM30 sehari.. tapi sebenarnya kat Pangkor diorg tak mintak pun lesen, so belasah je bawak kereta or motor kalau takde lesen pun. tak mcm kat Langkawi yg siap mintak lesen motor or kereta..
Pangkor ni tak besar mana, naik kereta pusing satu pulau dlm 20 minit je.. betul-betul buat satu pusingan je untuk pusing satu pulau.. dari jeti ke hotel kitorg lak (
Pantai lak, yang paling cantik pantai Teluk Nipah, 4km daripada hotel kitorg. Kitorg tak mandi pun kat pantai area hotel kitorg (pantai Pasir Bogak), tapi kitorg mandi kat pantai Teluk Nipah tu.. tapi yg upset nye, pantai kat situ kotorla.. tak paham kenapa.. ada sampah & byk daun-daun kering mati.. so nampak tak bersih laut tu.. gerai-gerai tepi laut pun tak tersusun & nampak kotor.. ada tempat lak byk gerai terbiar & kosong.. tension je! Jalan ke depan sikit, baru jumpa satu spot yg bersih & ok utk mandi.. org memang takde!
Lepas makan, on the way balik ke hotel, barula nampak ada 2, 3 gerai yg bukak.. tapi yg peliknye, still sunyi sepi! Tak happening langsung! Hehehehe.. esok, kitorg plan nak snorkeling & berkayak.. :)
p/s : more photos, here