Monday, May 25, 2009

Tahniah Suria FM!

NAMPAKNYA stesen radio Suria Fm sudah mula menunjukkan taringnya. Dalam satu kajian yang dilakukan, peningkatan pendengarnya ketara.

Dikatakan pendengar Suria Fm yang diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi, Engku Emran Engku Zainal Abidin meningkat hampir 200,000 pendengar.

Kalau ikutkan rating radio, memang sukar untuk mendapatkan peningkatan sebegitu. Malah Joyah dikhabarkan ia peningkatan peratusan yang terbanyak antara semua radio Melayu untuk tahun ini.

Syabas dan tahniah kepada Engku Emran serta warga kerjanya yang sentiasa bertungkus lumus menjadikan stesen radio itu antara yang digemari sekarang ini.

Joyah dengar ramai yang sudah mula beralih kepada stesen ini kerana mereka sentiasa menyajikan variasi terutama dalam pemilihan lagu-lagu yang disiarkan.

Tak macam sesetengah stesen tu, asyik-asyik, setiap jam, lagu yang sama. Jemulah! Tahulah kalau yang dipasang itu lagu popular tapi takkan tak beri peluang kepada lagu lain kan.

Dan di kesempatan ini Joyah juga mahu ucapkan tahniah kepada pasangan Tuah dan Zizi yang mengendalikan Breakfast @ Suria kerana menjadi segmen paling popular.

Bukan senang tau mengendalikan segmen pagi. Kena cerdik. Kalau lawak merapu, orang tak gelak tapi penyampai gelak lebih, silap haribulan, pendengar boleh lari!

Program Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin pada setiap malam Ahad pun Joyah dengar bukan main banyak penyokong dan mendapat peningkatan pendengar yang amat ketara.

Sampaikan Joyah dengar ada cadangan untuk memberikan laluan kepada program itu disiarkan setiap malam.

Mesti ramai yang senyum lebar. Mana taknya, ramai benar yang suka bercinta dan meluahkan rasa hati di corong radio. Pula tu, lagu yang disajikan indah-indah belaka.

Apapun, Joyah kagum dengan Radio Era yang masih berjaya mengekalkan kedudukan pendengar paling tinggi.

Begitu juga dengan stesen retro popular, Sinar Fm terus meningkat dan kini berjaya menduduki tangga kedua. Apa sudah jadi dengan Hot Fm. Dah tak panas ke?


* dipetik daripada Utusan Online

2 comments:

edzlin007 said...

tahniah suria fm. suka dgr lagu2 d suria. dan yg best, suria fm byk buat keje amal...bagus2

Famila Akmar Faisal said...

congrats..all da best