Monday, May 4, 2009

Perhentian 2

Pukul 8 lebih dah bangun, walaupun mata ni mengantuk sangat. Kawan-kawan opie pagi-pagi dah up kitorg, dah terjerit kat luar bilik panggil bangun. Mentang-mentangla bilik kitorg sebelah café, lalu je depan bilik kitorg saje buat bising… hehehehe… pagi ni aktiviti kitorg snorkelling. Bayar sorg RM45, banyak tempat la boatman tu stop… lagipun dah kawan-kawan, lagila senang nak deal.. :)

Walaupun seronok, tapi saye agak seram gak nak gi snorkelling ni. Saye kan takut air! Dah tu tak pandai berenang lak! Sampai kat tempat first location (lepas mengharung laut dgn cara pemanduan boat yg sangat laju!), agak lambat baru saye turun laut.. tu pun punyela kuat berpaut kat opie sebab saye tak confident walaupun pakai life jacket. Setakat berendam tak sampai 5 minit. Hehehehe…


Second location, baru rasa agak confident, opie dah boleh lepas saye dah… tapi saye tak snorkeling la sebab still rasa seram tgk dasar laut yang dalam tu… lagi satu, boy asyik nak sakat je… menjerit-jerit saye! Hahahahahahaha…


mula-mula... tengok je dari atas bot..



Lepas tu kitorg ke long beach (perhentian kecil)… kat sana kitorg lepak kat café Mohsin Chalet yang terletak atas bukit. Dari café tu, boleh nampakla keseluruhan pantai long beach tu… masyaAllah sungguh cantik pemandangan kat situ! Yang kelakar masa kat long beach tu, turun dari boat, tengok si boy pakai selipar, saye tak terfikir ape-ape lagi time tu… lepas selesai minum-minum, nak balik ke boat, baru saye dapat tangkap kenapa boy pakai selipar. Pantai kat situ panas gile! Kitorg dah sampai lari terkedek-kedek nak cepat masuk laut! Panas sampai rasa nak melecurla kaki! Kurengla boy! Bukan nak bagitau kawan-kawan! Lepas tengkuk sendiri je! Nak dengki pun, dengki la kat kawan-kawan lelaki, kat kitorg yg pompuan ni janganla… hahahaha…




pemandangan dari Mohsin Chalet..



Then, we all ke Turtle Bay, snorkeling dengan penyu. Adala nampak 2, 3 ekor penyu kat permukaan air. Lepas Turtle Bay, kitorg ke Shark Point. Kat situ saye tak turun sebab tengok macam dalam je… sape yang turun snorkeling, memang diorg cakap dalam & nampak shark yang besar dalam 5 kaki panjangnye… fuiyo!!!


Lepas Shark Point, kitorg ke Air Berani lak. Saye tak tau kenapa nama tempat tu Air Berani, mungkin sebab air tu berani terjun kot??? Hahahaha… actually Air Berani tu waterfall, tapi diorg dah buat satu kawasan tadahan macam perigi kat tepi pantai. Yang peliknye, kat pantai of course la air laut masin kan? Tapi sebelah pantai tu ada sumber air tawar yang sejuk turun dari waterfall kat bukit-bukit yang ada kat pulau tu… lepas tu, ada satu tali air, air tawar & air masin bercampur masuk ke laut… pelik kan? Kuasa Allah swt… Air Berani tu sikit punye sejuk, saye ni tak suka mandi air waterfall, tapi merasala gak satu gayung..


Semua dah penat & semua tempat dah cover, kitorg pun balik ke chalet. Lepas lunch, dah settle mandi, ingat nak tido sebab badan rasa penat sgt lepas snorkeling, tapi dalam bilik rasa panas. walaupun ada aircond tapi cuaca kat luar lagi panas, so saye & opie keluar berjalan kat pantai & lepak kat bangku kat area arwana resort. Bestnye lepak tepi laut dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa. Tengah-tengah lepak, nampak bebudak lain dok berjalan dari arwana ke fauna, rupa-rupa diorg ke waterfall, naik bukit & masuk hutan. Tapi yg peliknye, panjat bukit, redah hutan, tapi waterfall tu tak jumpa! Ha!!! Adala benda yang tak bagi diorg tu pegi… kata pulau kan? Banyak tempat keras… tapi bak kata aefa, “nasib baikla u tak pegi zaff, penat gile masuk hutan, panjat batu itu ini, tak jumpa pun air terjun tu!”…



lepak depan Arwana Resort




Malam, kitorg ada BBQ & also kitorg order ketam & udak ketak. Makan punye tak ingat, tapi bayar sorg RM16 je (darab dengan 17 orang)… lepas tu, mcm malam tadi, lepak je sampai pukul 11 malam…


belakang yg ada lampu tu la chalet yg saye & opie stay... betu-betul sebelah cafe kan? lagi best, mengadap laut!


lepas makan ketam & udang ketak...

aktiviti sebelum tido... makan ice cream! :)

p/s : thanks to Mat E’ (salah seorang staff Flora Chalet) sebab hadiahkan saye bikini… mula-mula saye nak beli bikini tu kat souvenir shop kat situ, tapi dia cakap amikla sebagai hadiah perkahwinan, dia takde ape nak bagi… hehehehe…

1 comment:

Edzlin said...

woohhh bestnya snorkeling tu. tak penah lg sampai shark point. murahnya makanan di situ