Friday, May 15, 2009

Prof. Robert Langdon



malam tadi, walaupun sakit perut sebab period pain & walaupun siang tu saye dapat MC, kugagahkan jua diri ini menghadiri Malam Gala filem Angels & Demons di GSC One Utama. mula-mula tak nak pegi, tapi mengenangkan harga tiket tu & also mengenang my best friend, Aziz yg bagi saye tiket tu, saye pegi jugakla, telan la pain killer.. kata Aziz, tiket tu berharga RM100 untuk charity & special untuk selebriti-selebriti. so, katanya selebriti yg paling rapat dia, saye lah! selain saye & opie, ada selebriti lain seperti Zhana, Myra, Ezlynn, Yasmin Hani & Dayang Nurfaizah..

premier/screening tu dianjurkan oleh Rotary Club untuk disalurkan ke rumah-rumah kebajikan. malam tu siap ada lucky draw di mana first prize, return ticket to London from Air Asia X, penganjur bersama screening malam tu. takde rezeki kitorg dapat lucky draw tu walaupun ada nombor yg disebut 0578.. tiket saye 0378!!! uwwwaaa!!!... satu nombor je tak sama!!! kalau tak boleh pegi kat udin.. hehehehe..

tentang filem tu lak, pada saye ok-okla.. untuk yg tak tak tau, filem ni prequel filem Da Vinci Code.. tentang Prof. Robert Langdon (Tom Hanks) yang terer baca & rungkaikan code untuk menyelesaikan siri pembunuhan kardinal-kardinal (yang bakal jadi Pope/Paus) di Vatican City dan untuk mengelakkan Vatican City dibom oleh Illuminati. agak pening, tapi saye suka sebab boleh tau pasal sejarah (saye ni suka sejarah!) .. pegila tonton ye! untuk Klik Suria yg dapat tiket ni dalam contest aritu, enjoy!!

myra, zaff & zhana



1 comment:

edzlin007 said...

dah tgk filem ni, ok la, lebih baik dari yg pertama dulu