Tuesday, May 12, 2009

kalau minat Wolverine pun...


last week saye & opie pegi menonton filem ni kat Sunway Pyramid.. filem ni boleh saye kata memang best la, since saye pun memang tengok X-Men dari yang first lagi.. filem ni menceritakan bagaimana Hugh Jackman sebagai James Howlet bertukar jadi Logan/Wolverine kemudiannya.. kiranya movie ni prequel filem-filem X-Men la sebelum ni..

tapi sebenarnya ape yg saye nak share ialah.. lepas movie tu abis, tgh berjalan nak keluar dari cinema (kitorg antara yg terawal keluar), tiba-tiba ternampak ada sorg mamat ni berjalan dgn girlfriend dia. kalau dia pakai baju biasa mestila saye tak amik pot, tapi dia tu pakai singlet putih & seluar jeans!! betul-betul macam Wolverine dalam filem yg baru kitorg tgk tadi!! hahahahaha... masa tu saye control-control lagi gelak sebab opie dok remindkan saye jangan gelakkan org tu.. tapi bila saye tgk ada sorg lagi mamat depan kitorg pun dok mengata lelaki tu, saye dah tak boleh tahan dah gelak. bila dia perasan saye pun mengata benda yang sama, terus kitorg sama-sama gelakkan dia. yang mamat wolverine tu lak mcm takde perasaan, malah macam bangga gile pakai macam tu... kot ye pun minat gile kat wolverine kan? janganla pegi shopping complex pakai singlet je! baju tu org pakai kat dalam je la! yg peliknye, gf dia tak malu ke jalan dgn dia? mungkin cinta itu BUTA!!! hahahaha.. opie ckp, "nasib baik dia tak letak straw kat jari dia mcm iklan kat tv tu!" hahahahaha... manusia oh manusia.. :P

5 comments:

edzlin007 said...

hahaha saya baca ni pun dah tergelak. badan dia tough ke pakai camtu.

pepun, wolverine mmg best, dan dalam filem ni logan lebih kacak dari filem x-men lain.hehe

biqque said...

letak strawwww??? kahkahkahkahkah!!!

dia tak sejuk ke dlm woyang pakai singlet je? :D

elysuhaili said...

hahahahhahahahahhahahahaha.. betol ckp opie.. xbeik gelakkn orang tapiiii kalu skin pon xtahan okkk kahakhakahakhakahkhakahkahka.. dia ade bulu tak???

Sarah Nabila said...

Zaff,

I saw ur message on Crocs - Shopaholics blog (http://crocs-shopaholics.blogspot.com/), saying that u hv received ur pink malindi??

When did u order it and when did u receive it??

Zaff said...

edzlin - takdela tough mana. dah tu seluar singkat lak tu! hahahha

biqque - letak straw mcm iklan KFC tu. tak sejuk kot? kata wolverine???

skin - tak tahan gelak la.. dah tu ada lak geng, lagi best! i tak perasan lak dia ada bulu ke tak, tp yg penting tak macho langsung!