latest dalam my cd collection.. baru je dapat from kak lin (our publicist).. ni mesti seed (PR SRC) yg bagi kan? hehehehe.. sekarang peminat Taufik Batisah confirm happy sebab album dia dah diedarkan oleh SRC.. same company yg bawak masuk artis-artis Indonesia yg best-best mcm Rossa, Ungu, Kotak dll.. saye ni jenis tak suka dengar cd unless compilation yg lagunya semua best-best.. so, tgh mencari kekuatan utk dengar cd ni.. hehehehe.. sape dah dengar cd ni? apa komen?
Friday, May 29, 2009
Taufik Batisah - Suria Hatiku
latest dalam my cd collection.. baru je dapat from kak lin (our publicist).. ni mesti seed (PR SRC) yg bagi kan? hehehehe.. sekarang peminat Taufik Batisah confirm happy sebab album dia dah diedarkan oleh SRC.. same company yg bawak masuk artis-artis Indonesia yg best-best mcm Rossa, Ungu, Kotak dll.. saye ni jenis tak suka dengar cd unless compilation yg lagunya semua best-best.. so, tgh mencari kekuatan utk dengar cd ni.. hehehehe.. sape dah dengar cd ni? apa komen?
jom jom jom!
Roadtour Lelong Amal Suria FM
Tarikh : 30 Mei - Dataran Pahlawan Melaka Megamall - 3 petang
Tarikh : 31 Mei - Dataran Teluk Kemang Port Dickson - 3 petang
Artis : Dayang Nurfaizah, Stacy, Nubhan, Farah Asyikin & The Divine Masters
boleh berhibur & beramal dgn membeli barangan peribadi artis yg akan dilelong oleh penyampai-penyampai Suria FM..
semua sumbangan akan disalurkan ke Pusat Perlindungan Pernim.
jom ke sana beramai-ramai!!!! :D
Wednesday, May 27, 2009
kenangan di Amman, Jordan
first, saye dapat offer buat show kebudayaan kat Amman, Jordan. masa tu tahun 1998 kot & masa tu saye still sekolah lagi form 5. rezeki datang bergolek, saye terima je la offer tu, nak-nak semuanya ditanggung, in fact saye dibayar lagi utk servis menariku! hehehehehe..
2 minggu kat sana, show dalam 6 hari & selebihnya kitorg berjalan je ke sana sini. ditemani oleh geng-geng kedutaan & student di sana. kat sana, kitorg tak stay kat hotel, tapi stay kat rumah staf kedutaan Malaysia di sana. lelaki satu rumah, pompuan satu rumah. and to tell u, rumah diorg pun dah macam hotel! rumah banglo, besar, ada banyak bilik & furniture mewah gile! untung sape yg keje dgn kedutaan kan?
antara tempat yang saye ingat, kitorg ke Petra, Laut Mati, Cave of the Seven Sleepers & Makam Nabi Shuib. Petra tu dia padang pasir actually.. so masuk ke situ kena jalan tengah-tengah padang pasir yg berdebu & panas.. sebenarnya zaman dulu kala, Petra ialah satu penempatan yg mana ada rumah-rumah & istana yg ditebuk di gunung-gunung, ada teater (yg mcm Colloseum) dan macam-macam la.. kalau sanggup meredah panas & debu, memang boleh jumpa macam-macam monumen zaman dulu kala.. betul-betul mengasyikkan! sambil dok jalan-jalan saye terbayang je macam mana org zaman tu hidup dalam gua-gua tu.. :) tp yg kelakarnya, kitorg ke sana menyamar tau. bayaran nak masuk ke Petra tu mahal, tapi kalau student blh masuk murah, so kitorg menyamar la jadi student siap ada ID card lagi tau! pakai long sleeves & tudung lagi! tu semua idea org sana! hahahaha.. kelakar gile! nak tau lebih lanjut tentang Petra, klik je sini.
Cave of the Seven Sleepers atau Ashabul Kahfi.. cerita yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi, kisah benar tentang 7 pemuda yang melarikan diri drpd kezaliman raja, tertido dalam gua & bangun selepas beratus-ratus kemudiannya.. tapi kalau ikut sejarah, ada banyak tempat yg dipercayai menjadi lokasi kisah tu, & salah satunya di
Monday, May 25, 2009
Tahniah Suria FM!
NAMPAKNYA stesen radio Suria Fm sudah mula menunjukkan taringnya. Dalam satu kajian yang dilakukan, peningkatan pendengarnya ketara.
Dikatakan pendengar Suria Fm yang diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi, Engku Emran Engku Zainal Abidin meningkat hampir 200,000 pendengar.
Kalau ikutkan rating radio, memang sukar untuk mendapatkan peningkatan sebegitu. Malah Joyah dikhabarkan ia peningkatan peratusan yang terbanyak antara semua radio Melayu untuk tahun ini.
Syabas dan tahniah kepada Engku Emran serta warga kerjanya yang sentiasa bertungkus lumus menjadikan stesen radio itu antara yang digemari sekarang ini.
Joyah dengar ramai yang sudah mula beralih kepada stesen ini kerana mereka sentiasa menyajikan variasi terutama dalam pemilihan lagu-lagu yang disiarkan.
Tak macam sesetengah stesen tu, asyik-asyik, setiap jam, lagu yang sama. Jemulah! Tahulah kalau yang dipasang itu lagu popular tapi takkan tak beri peluang kepada lagu lain kan.
Dan di kesempatan ini Joyah juga mahu ucapkan tahniah kepada pasangan Tuah dan Zizi yang mengendalikan Breakfast @ Suria kerana menjadi segmen paling popular.
Bukan senang tau mengendalikan segmen pagi. Kena cerdik. Kalau lawak merapu, orang tak gelak tapi penyampai gelak lebih, silap haribulan, pendengar boleh lari!
Program Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin pada setiap malam Ahad pun Joyah dengar bukan main banyak penyokong dan mendapat peningkatan pendengar yang amat ketara.
Sampaikan Joyah dengar ada cadangan untuk memberikan laluan kepada program itu disiarkan setiap malam.
Mesti ramai yang senyum lebar. Mana taknya, ramai benar yang suka bercinta dan meluahkan rasa hati di corong radio. Pula tu, lagu yang disajikan indah-indah belaka.
Apapun, Joyah kagum dengan Radio Era yang masih berjaya mengekalkan kedudukan pendengar paling tinggi.
Begitu juga dengan stesen retro popular, Sinar Fm terus meningkat dan kini berjaya menduduki tangga kedua. Apa sudah jadi dengan Hot Fm. Dah tak panas ke?
* dipetik daripada Utusan Online
Saturday, May 23, 2009
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul
siang tadi pada pukul 2 petang berlangsung la majlis tu kat Restoran Puteri, TTDI.. level bawah, perniagaan berlangsung macam biasa, majlis cukur jambul tu pulak berlangsung kat tingkat satu restoran tu.. sampai je orang dah ramai, tapi jemputan tak ramai sebenarnya. hanya untuk family, rakan terdekat & wartawan.
so, untuk korang yang selama ni menahan sabar nak tengok baby Aleesya, enjoy the photos!
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
tapi jangan ingat tak langsung sertai ape-ape aktiviti ye.. ada sebenarnya, tu pun setelah dipujuk oleh cikgu (betul, tak tipu!).. hehehehehe... masa sekolah rendah 2 kali, masa sekolah menengah pun dua kali. masa sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Taman Segar (SKTS), ada 2 peristiwa yang saye ingat sampai arini. kalau tengok gambar boleh tergelak tak ingat punye! first masa hari penyampaian hadiah. time tu saye berdikir barat.. hahahaha.. costume lak idea saye, pakai baju kurung/baju melayu sekolah, seluar hitam & samping guna kain batik/pelikat. hahahaha... mcm tak percaya je cikgu boleh terima idea saye!
kedua, masa hari sukan, biasala mesti ada perarakan kan? nak menang punye pasal, saye jadi antara orang terpenting masa perbarisan, duduk depan skali tu! saye sewa ke pinjam (tak ingat dah) costume tarian kawan-kawan saye (saye kan dari kecik dah selalu buat show, menari?), so pakaila masa perbarisan tu.. tengah panas pakai baju tradisional, berpeluh ketiak! hahahha.. masa tu saye rumah biru. ingat lagi kitorg hias khemah rumah biru, ada 2, 3 orang kawan lelaki bersilat, terus menang you! juara perbarisan!!! hahahaha..
masa sekolah menengah kat Sekolah Menengah Taman Connaught (SMTC), pun masa hari sukan, saye dipujuk oleh cikgu untuk ajar budak-budak lain menari untuk persembahan pelajar. mula-mula tak nak, tapi sebab kesian kat cikgu & nak tunjuk yg student melayu kat sekolah tu participate jugak dalam acara sukan (sekolah saye 80% chinese, melayu golongan minoriti, setiap tingkatan ada 1 kelas je yg ada budak melayu), kugagahkan jua diri ini! saye ajar budak-budak melayu (dalam 10 org kot, ke lebih??) menari tarian canggung (tarian negeri Perlis).. Tuhan je tau betapa seksanye ajar diorg! kayu lagi lembut tau! hahahaha... tapi berjaya jugak akhirnya show tu...
p/s: Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah ku.. antara yang saye ingat, Cikgu Zul (SKTS), Cikgu Roslinda (SKTS), Cikgu Raden (SMTC), Cikgu Faridah (SMTC), Pengetua Tang (SMTC), Cikgu Chen (SMTC), Cikgu Rafidah (SMTC), Puan Amelia (UiTM), Dr. Darus (UiTM), Dr. Baha (UiTM)... juga untuk cikgu tarian saye - Cikgu Syed, Cikgu Yun & arwah Uncle Bat.. kepada yang lain, walaupun saye tak ingat anda, jasamu tetap dikenang. terima kasih cikgu!
Friday, May 15, 2009
Prof. Robert Langdon
malam tadi, walaupun sakit perut sebab period pain & walaupun siang tu saye dapat MC, kugagahkan jua diri ini menghadiri Malam Gala filem Angels & Demons di GSC One Utama. mula-mula tak nak pegi, tapi mengenangkan harga tiket tu & also mengenang my best friend, Aziz yg bagi saye tiket tu, saye pegi jugakla, telan la pain killer.. kata Aziz, tiket tu berharga RM100 untuk charity & special untuk selebriti-selebriti. so, katanya selebriti yg paling rapat dia, saye lah! selain saye & opie, ada selebriti lain seperti Zhana, Myra, Ezlynn, Yasmin Hani & Dayang Nurfaizah..
premier/screening tu dianjurkan oleh Rotary Club untuk disalurkan ke rumah-rumah kebajikan. malam tu siap ada lucky draw di mana first prize, return ticket to London from Air Asia X, penganjur bersama screening malam tu. takde rezeki kitorg dapat lucky draw tu walaupun ada nombor yg disebut 0578.. tiket saye 0378!!! uwwwaaa!!!... satu nombor je tak sama!!! kalau tak boleh pegi kat udin.. hehehehe..
tentang filem tu lak, pada saye ok-okla.. untuk yg tak tak tau, filem ni prequel filem Da Vinci Code.. tentang Prof. Robert Langdon (Tom Hanks) yang terer baca & rungkaikan code untuk menyelesaikan siri pembunuhan kardinal-kardinal (yang bakal jadi Pope/Paus) di Vatican City dan untuk mengelakkan Vatican City dibom oleh Illuminati. agak pening, tapi saye suka sebab boleh tau pasal sejarah (saye ni suka sejarah!) .. pegila tonton ye! untuk Klik Suria yg dapat tiket ni dalam contest aritu, enjoy!!
Tuesday, May 12, 2009
kalau minat Wolverine pun...
tapi sebenarnya ape yg saye nak share ialah.. lepas movie tu abis, tgh berjalan nak keluar dari cinema (kitorg antara yg terawal keluar), tiba-tiba ternampak ada sorg mamat ni berjalan dgn girlfriend dia. kalau dia pakai baju biasa mestila saye tak amik pot, tapi dia tu pakai singlet putih & seluar jeans!! betul-betul macam Wolverine dalam filem yg baru kitorg tgk tadi!! hahahahaha... masa tu saye control-control lagi gelak sebab opie dok remindkan saye jangan gelakkan org tu.. tapi bila saye tgk ada sorg lagi mamat depan kitorg pun dok mengata lelaki tu, saye dah tak boleh tahan dah gelak. bila dia perasan saye pun mengata benda yang sama, terus kitorg sama-sama gelakkan dia. yang mamat wolverine tu lak mcm takde perasaan, malah macam bangga gile pakai macam tu... kot ye pun minat gile kat wolverine kan? janganla pegi shopping complex pakai singlet je! baju tu org pakai kat dalam je la! yg peliknye, gf dia tak malu ke jalan dgn dia? mungkin cinta itu BUTA!!! hahahaha.. opie ckp, "nasib baik dia tak letak straw kat jari dia mcm iklan kat tv tu!" hahahahaha... manusia oh manusia.. :P
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
sempena hari ibu, kalau tahun lepas kitorg celebrated kat rumah maksu, tahun ni kitorg celebrate kat Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang. mula-mula planned nak ke Kg. Baru, tapi disebabkan cuaca yang panas sgt, lokasi bertukar. tu pun berpeluh jugak la makan kat Pelita tu!
semua sampai dalam pukul 12 tengah hari.. semua family belah mama yg ada kat KL joined the lunch, kecuali my own husband... jadi meriah sangat restoran tu! dah la memang ramai makan kat situ... agendanya takde ape-ape, just makan sama-sama, bersembang, potong kek, pemberian bunga dan hadiah kepada semua mothers oleh Amanda & then kitorg pun bersurai... :)