Wednesday, April 15, 2009

komunikasi

last weekend, boring... walaupun cuti 2 hari, tapi hari Sabtu tak ke mana pun sebab opie keluar dgn kawan2 dia (tapi rasanya lepas ni dia dah tak keluar balik lambat lagi kot???? hehehehehe)...

ahad lak, pagi tak ke mana, lepak je rumah (sebab merajuk)... ingat nak terperap je dalam bilik, tapi sebab dah lapar, keluar la jugak ke dapur untuk masak ape-ape yg patut... nasib baikla isteri ni baik kan? walaupun tengah merajuk, gagahkan juga masak untuk diri sendiri dan suami... selepas dipujuk oleh my dear husband (hehehehehe) kitorg keluar. dah masuk kereta, tak tau nak ke mana... this time memang saye tak cakap nak ke mana, suruh opie bawak je kereta ke mana dia nak pegi. mula-mula dia nak ke Mid Valley, then tukar nak ke Summit USJ beli DVD... tengah-tengah on the way tu, dia nak ke OU lak... katanya dia nak berjalan & semua tempat kalau boleh nak pegi... so, ke OU la kitorg... :)

sampai OU ingat nak tengok movie citer Queen of Langkasuka. sampai-sampai je GSC OU (new wing), sikit punye panjang beratur, so kitorg ke TGV kat old wing pulak... kat sana pulak, que tak panjang, tapi takde pulak citer tu... alih-alih kitorg window shopping je & lepak kat Kluang Kopitiam. lama lak rasa tak lepak macam tu dgn opie... agak lama gak la kitorg lepak. catching-up story lama-lama, bersembang non-stop, rasa macam tengah bercinta je... :)

tengah lepak kat situ, mama called dari Newcastle... dalam 10 minit gakla bersembang dgn dia... mama, abah & Afan kat sana sihat & seronok dapat berjalan ke tempat org & melawat Udin... :)

lepas minum-minum, kitorg pun balik la ke rumah... malam, lepak je sambil tengok ABPBH... betulla org cakap kan, komunikasi penting dalam perhubungan... dudukla bersembang dengan partner anda... seronok... :)

6 comments:

BAINI KHAIRI said...

ha'ah...betul tu
awak pun jangan la garang sangat ya..

Ma'am_Chelsea said...

Thx 4 d sweet sharing, zaff ;)

Famila Akmar Faisal said...

morning zaff..yup zaff memang betull..komunikasi memang penting n lebih2 lagi kalo kiter berdua dgn pasangan kite..macam² leh dikongsikan kan..semoga zaff bahagia.. :)

*zaff..kem salam kat semua..bessttttnye dengar zaff cite newcastle tuh..*

elysuhaili said...

setuju! sungguh penting. lagik satu sentuhan! paling penting. jgn lupa hug & kisses everyday :D

biqque said...

exactly...nak2 dpt hubby yg tak banyak ckp...tension tu! tup2 ilang gitu je...gaduh ke mana, merajuk ke mana...tapi bila dah ckp, banyak je cite kan? haha...

dialicious said...

wah..mesti opie kene marah ni blk lambat.huhuhu..bertuahnya awak dh kahwin merajuk pun masih dipujuk..hheheh..hrp2 tunang saya camtu jgk dh kwin nanti