Sunday, September 13, 2009

Jus Jumbo


minggu terakhir gerai Jus Jumbo Suria FM di Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang, Kg. Baru.. hampir sebulan setelah kerahan tenaga, bermati-matian, bertekak-tekak, berpanas & berhujan, akhirnya sampai ke penghujung.. sambutan yang diterima sungguh menggalakkan.. setiap hari kitorg dapat jual lebih 200 cups.. terima kasih kepada semua yg support & beli Jus Jumbo.. ada yg hari-hari pegi beli tau!.. :D

minggu ni, kitorg still ada kat sana sampai Rabu je kot.. so, yg tak pegi lagi, sempat lagi tu! beli 4 Jus Jumbo, dpt free sehelai t-shirt terbaru Suria FM.. kalau tau kata laluan, beli 2 je, blh dpt sehelai t-shirt.. nak tau kata laluan dengar je Suria FM.. juga, kalau ada rezeki, korg blh jumpa artis di gerai kitorg yg mana artis tu sendiri yg layan korg beli air, siap cedukkan air masuk dlm cup.. setakat ni artis yg dah pegi, Dayang Nurfaizah, Ifa Raziah, Roslan Shah, Fazli Zainal, Diana Danielle, Dafi & Lisa Surihani.

Hari ni (Ahad 13/09), Erra Fazira & Umie Aida akan berada di sana. Rabu (16/09) pulak, Ning Baizura akan pegi utk kali kedua.. Saye? Hari Selasa akan ke sana untuk kali terakhir..










1 comment:

edzlin007 said...

member saya yg tak penah dgr suria tetiba tertarik nak dgr setelah terjumpa gerai ni. cayalah korang! next time buat lg ye...