Monday, September 14, 2009

berpuasa di hari ahad yg terakhir

semalam dalam pukul 4 petang, team Suria FM berada di Plaza Tol Sg. Besi menghala ke arah selatan untuk beri goodie bag raya kepada para pemandu. kalau ikut plan, meeting point kat ofis, tapi memandangkan rumah saye dah dekat, saye jumpa diorg terus kat tepi tol tu je.. saye sampai dalam pukul 3.30 petang, & team TV3 baru je selesai bagi goodie bag kat tol tu jugak.. biasala kan time raya-raya ni? semuanya berlumba-lumba nak buat amal, beri barangan kepada org ramai & also salah satu strategi promosi..


mcm di Suria FM, ini merupakan tahun ke-3 kitorg buat mcm ni.. nasib baik kali saye ditempatkan di Tol Sg. Besi sebab keje jadi cepat & barang cepat abis sebab kereta banyak.. ingat lagi masa first year pegi tol, saye ke Plaza Tol Jalan Duta. dahla pagi Ahad, kereta tak banyak nak ke arah utara, jenuhla nak abiskan semua goodie bag tu! mana dengan panas & asap kereta lagi kan? hehehehehe.. last year lak, saye ke Plaza Tol Grand Saga Batu 11, ada pelancaran kempen memandu, kat situ pun ok sebab kereta non-stop..


kali ni di Tol Sungai Besi tak ramai, yg ada just saye, Bob, Abg Sazali & Mazlan.. yang lain, semuanya dikerahkan ke Jln Raja Alang. kali ni keje lagi cepat abis, dalam masa 10 minit je abis semua goodie bag! bagus betul!






dekat-dekat pukul 4.30 pm, semuanya bergerak balik.. tapi saye ni, boleh lak sesat nak balik ke rumah sendiri! dari tol Sg. Besi, turun kat exit UPM, ingat nak masuk ke Serdang so that boleh balik ke Bukit Jalil. tapi dah terlepas simpang lak kat area Mines tu dah terus masuk ke Besraya, then ntah ke mana-mana, tempat yg memang tak familiar area Salak Selatan. hehehehe.. highway bersimpang-siur, jalan nak ke rumah dah nampak tapi tak tau mcm mana nak masuk ke jalan tu. bengong betul la! hehehehe.. ikut je la signboard sampai la masuk balik ke MEX highway.. kelakar gile! hahahaha.. kat area rumah sendiri pun boleh sesat, padahal pusing-pusing area situ je.. tapi disebabkan highway banyak, susah nak tembus jalan, ha amik kau, setengah jam jugakla nak sampai rumah! hahahahaha..

sampai rumah pukul 5pm, lepak jap, then me & Opie bersiap-siap nak ke Tupai Tupai, berbuka puasa dgn my BFF, Aziz & Fairuz. keluar rumah pukul 6pm, diorg dah ada kat sana.. lama gile tak jumpa Aziz! makan kat Tupai Tupai sorg RM46 nett. this is my 3rd time berbuka kat situ, tapi setelah 2 tahun tak ke sana.. last 2 years we went to berbuka puasa at Planet Hollywood. this year, since Planet dah tutup, ingat nak berbuka kat Dewan Perdana Felda, tapi dah fully booked, tu yg ke Tupai Tupai. the food was ok, ada byk choice, ada nasi putih, nasi beriani, semua jenis laksa, western food, lauk byk gile, org pun ramai gile, masyaAllah! dah mcm kat kenduri kawin je, kenduri pun tak kena beratur nak amik food.. hehehehe.. lepak kat sana sampai pukul 10 mlm, and we all merupakan org yg terakhir keluar dari restoran tu. bersembang punyela tak hengat! hehehehehe..


2 comments:

JMR said...

heheh..ptot la mcm nah tgk je kt tol tuh..:-p

Aziz Laikar said...

Thank you so much laling. I love the fact that kita patuhi tradition untuk wajib berbuka puasa sama every year.. kalau tak, memang susah la nak jumpa. lol...

Buka puasa sama has always been great!

Selamat hari raya, maaf zahir batin!