Tuesday, January 26, 2010

Bali (4th day)

hari keempat di Bali. ala esok dah nak balik ke? uuwwaaaa!!!! tak sanggup nak menghadapi detik-detik itu.. :(

berkumpul di lobby pukul 9.30 pagi. hari ni baru Dean (our guide) join kitorg. Zaff yg deal dgn dia utk jadi tour guide kitorg kat Bali. tapi last 2 days, dia ada job lain, so dia pass kat kawan dia yg lain (Made) & hari ketiga lak sepatutnya dia, tapi baru on the way nak amik kitorg kat hotel, Innove dia kena tabrak (langgar), so tak dptla dia join, kena settlekan problem tu. kesian dia, kereta baru beli 4, 5 bulan dah kena langgar belakang.

ok, Dean & Surya bawak kitorg ke Tanah Lot, the famous temple yg dibina pada abad ke-15 kat atas bukit tengah laut. kalau ke Bali tak sah kalau tak pegi tempat tu. pemandangan memang menarikkkk!!! masa kitorg pegi air pasang, so tak boleh nak pegi dekat temple tu.. kalau tak blh je..




next, kitorg ke Jatiluwih, tgk padi bukit. padi ni takde kat negara kite.. lawa gile tempat tu, tengok padi yg ditanam kat lereng-lereng bukit.. kat situ just amik gambar je.. fyi, tempat tu telah dicalonkan sebagai world-heritage UNESCO pada tahun 2007.




kitorg lunch makanan Lombok dekat Bedugul, pun sedap! dekat dgn restoran tu, ada Pura Ulun Danu Bratan (Bratan Lake Temple) atau org local panggil Candi Kuning, juga dipanggil Water Temple sebab kedudukan dia mcm terapung atas air tasik. temple tu dibina sebelum kedatangan Majapahit di Bali, tahun 1633.






next, we went to Taman Ayun Temple, kuil diraja empayar Mengwi yg dibina pada tahun 1634. kuil ni tempat untuk kerabat raja Mengwi beristirehat dan juga bersembahyang untuk kesejahteraan rakyatnya. sangat cantik! terus terbayang, mcm manala keadaan zaman dahulu kala kan?







puas bergambar sana sini, kitorg balik ke hotel, tapi Zaff, Opie & Wanie terus ke pantai Kuta, nak buat rambut! :)


kitorg org terakhir yg buat rambut, dahla semalam urut kaki pun yg terakhir.. :)

dah lama mengidam, dapat jugak buat akhirnya! IDR50,000, duit kite RM20 je.. murah kan? dah tu best lak duduk kat pantai tgk sunset, angin-angin sepoi bahasa



malam, dinner kat Made Cafe, yg dekat sgt dgn hotel kitorg, lepas tu kitorg sambung lagi explore Kuta yg sebelum-sebelum ni tak abis. puas hati! next time dtg lagi, dah terer kawasan tu.. :)




more photos, click here

8 comments:

biqque said...

bulan 4 korang gi lagi kan? ha pe kata korang try drive sendri cam kitorang buat? :D best tuuuuuuuuuu!

edzlin007 said...

waaa buat kat tepi laut je rupanya. ingatkan rambut tu buat di kedai. best gile!!

Roslina Shuib said...

babe, amik local tour di bali ke? pls advised me ok, pasal ada org itu nak ke bali jugak ;)

p/s : i get my hair braid in pattaya cuma rm15 je!

Zaff SuriaFM said...

biq - next time kitorg nak sewa skuter. kalau nak gi tempat jauh, baru amik driver. opie tak suka drive sbb tak nak pening2

edzlin - kat pantai tu berlambak-lambak org yg blh buat, bayar je..

lina - kalau tak ke mana-mana, just stay kat pantai, okla tak yah amik guide, sewa motor je. tapi kalau nak round satu Bali, better amikla, senangla nak ke sana sini, 4 hari tak sampai RM500 duit kite. nak contact?

Roslina Shuib said...

zaff, i nak contact no tu :) ur driver tu pun nampak reliable je. alang2 dh smp sana baik round satu bali :D tima kaseh byk2 :)

biqque said...

hahahaha kitorang senang drive sendri sbb ikut time sendri hehehe...if pening toksah, nanti tak best nak berjalan...

Zaff SuriaFM said...

roslina - nanti i email k!

OPIE HARRIS said...

hehe, biq, naik moto lagi senang, buleh menyelinap..hehehehe