Saturday, January 23, 2010

Bali (2nd day)

call time pukul 8.30 pagi. yg lain bangun lagi awal utk breakfast pukul 7 pagi.. Zaff & Opie takla, kitorg sambung tido.. our first stop, Surya & Made bawak kitorg tengok Tarian Barong di Batubulan. sape ke Bali kalau tak tengok tarian ni rugi, takde kat tempat lain. Tarian Barong ni menggambarkan pertarungan di antara kebaikan (Barong) & kejahatan (Rangda). ada 5 babak keseluruhan & show tu mengambil masa 1 jam. start tiap-tiap hari pukul 9.30 pagi, tutup masa Hari Nyepi je..

itula dia Barong, harimau sebenarnya. teringat tarian singa time Chinese New Year kat negara kite. hehehehe


Next, we went to Sari Amerta Batik, Batubulan. tempat buat batik & boleh beli batik jugak kat situ. kitorg tak beli ape pun since harga dia agak mahal, just beli kipas tangan je.

batik tenun, 1 hari 1 meter siap. masih lagi guna cara lama, guna mesin kayu


Sebelum lunch, Surya ajak gi tengok tempat buat kraftangan lain, tapi kitorg tak pegi pun. semua terus nak lunch, so kitorg ke Kintamani. katanya makan di restoran atas bukit & cuaca sejuk, boleh tengok pemandangan Gunung Batur jugak kat situ. Gunung Batur merupakan gunung berapi & gunung kedua tertinggi di Bali, masih lagi aktif & last meletup tahun 1994. pemandangan memang cantik, tapi yg tak cantiknya penjual-penjual jalanan kat situ. nampak je org, terus serbu mcm semut hurung gula.. yg tak tahan tu siap ikut mana kite pegi & merayu-rayu suruh kite beli barangan diorg.. nak amik gambar pun susah.

bergambar di Restoran Batur Indah, tempat kitorg lunch. 1500 meter dari aras laut, sejuk je cuaca

tengokla betapa ributnya kat Kintamani. penjual kat sana, pantang nampak org. rimas betul!


berlatar belakangkan Gunung Batur & Tasik Batur


makan dah, gi toilet dah, amik gambar pun dah. next stop, nak minum coffee lak.. so, kitorg ke kebun mana ntah, Zaff nak try minum kopi termahal kat dunia iaitu kopi luwak. tak caya? satu balang mcm tin nestum baby yg kecik tu, harga IDR3 juta, duit kite RM1000. ha... kenapa mahal ye? ok kopi luwak tu diproses daripada biji kopi yang dimakan oleh Asian Palm Civet atau luwak (panggilan org Indonesia) atau kite blhla panggil musang je. lepas makan biji kopi tu musang tu akan berak, then akan ada org yg cari najis musang tu, kutip & diproses jadi kopi. najis tu keluar sebijik-bijik mcm biji kopi & tak hancur. kopi tu mungkin mahal sebab spesies musang tu tak banyak & org nak cari najis tu pun susah, kena cari celah-celah tanah, rumput.. kopi lain blh minum free, tapi kopi luwak tak blh, kena bayar satu cawan kecik IDR30,000 (RM10). the taste? ok, not bad, very the kaw kopi dia! tapi kitorg tak beli pun sebab mahal sgt, just beli kopi bali & kopi ginseng.

kat kebun, nak minum kopi luwak

tentang luwak coffee, kopi termahal di dunia. silalah baca ye!

itulah dia luwak/musang

satu cawan kecik IDR30,000. dalam balang tu la najis yg dibuang oleh luwak tu. dia keluar balik sebijik-bijik, tak kotor pun..

satu balang kecik kopi luwak kat depan kitorg tu harga IDR3 juta, dalam RM1000. mahal gile!


semua dah complete, kitorg gerak ke Uluwatu. tak sabar nak ke sana sebab Uluwatu salah satu a must-visit-place kat Bali. kat situ blh tgk pura (kuil), amik gambar, tgk sunset & tengok Tarian Kecak yg famous tu.. Tarian Kecak merupakan tarian mengenai Sri Rama yg bertarung dgn Rahwana utk selamatkan isterinya Dewi Sita yg diculik oleh Rahwana. juga ada Hanuman (monyet putih) yg menolong Sri Rama utk menang pertempuran itu. kat Uluwatu blh tgk sunset jugak, tapi aritu awan tebal, so takdela sunset. tapi sebelum tarian kecak, ada satu peristiwa kelakar berlaku kat sana. nak tau? tengok dulu gambar-gambar ni..




kat Uluwatu blh gak surf, tapi untuk professional surfer je

cuba teka spek sape yg monyet tu pegang?

usaha negosiasi utk mendapatkan barang tebusan balik. hahahaha

tarian kecak, tarian yg takde muzik, tapi hanya diiringi paduan suara lelaki-lelaki tu

favourite character Opie, Hanuman, si monyet putih

masa ni angin kuat, ramai yg kena serpihan api tu


iye, kat Uluwatu Temple, banyak monyet & memang dinasihatkan simpan semua spectacles, topi, hair clip dll yg dirasakan blh menarik minat monyet tu untuk rampas. masa sampai saye pakai sunglassess, nasib baik tak kena curi. tapi mama? kejap je sampai, terus kena curi spek! depan mata Zaff, monyet tu dtg kat mama, terus amik spek dia, semuanya dlm sekelip mata, nasib baik dia tak cakar. Opie try mintak balik, dia tunjuk gigi taring dia.. Opie try bagi makanan, tak jalan, monyet tu dah kepak spek tu & gigit plastik kat tengah spek tu.. Zaff dlm hati ckp, "abisla dia patahkan spek tu atau dia campak kat laut belakang".. last-last ntah sape ntah bagi makanan kat monyet tu, dia terus campak spek tu ke depan & amik makanan tu.. so, still blh pakai la spek tu, tapi senget sikitla.. tapi org yg bagi makanan kat monyet tu blh lak mintak tips, nak IDR10,000 lak tu! padahal kacang tu diorg jual IDR1000 je.. tapi okla, kalau tak susah gak mama nak tengok tarian kecak kalau takde spek.. kelakar gile masa tu! :)

sejam lepas tu, tarian dah settle, kitorg gerak ke Jimbaran utk dinner, nak makan seafood. so Surya & Made bawak kitorg ke Ganesha Cafe. ramai kat situ & org putih saja. kitorg pilih nak makan tepi laut. mak ai, angin kuat & ombak pun kuat, patutla ramai yg ke bali untuk surf.. tak sabar nak gi lepak kat pantai esok lusa ni. makan kat ganesha okla, tapi mahal nak mampos! 10 org makan, IDR4.4 juta (RM1000++). bayangkan seekor lobster harga IDR1 juta (RM300++), tapi tak best pun lobster tu, isi keras & liat..


balik hotel, still awal, ape lagi, merewang lagi kat area hotel kitorg.. hehehehe..



more photos, click here


2 comments:

edzlin007 said...

waa bercuti lg... teringin nak rasa kopi luwak ni. selalu tgk kat national geographic je.hehe

biqque said...

la orang yg kasi monyet tu makan mintak korang upah? mmg monyet betul orang itu hahahaha!