Monday, September 8, 2008

bila ruddin mengadu...

Last week hari ape saye tak ingat… tgh2 makan lepas balik dari ofis (baru nak berbuka time tu dalam pukul 9 malam) sambil bersembang dgn mama… dia cakap ruddin (adik saye yg study kat Newcastle, UK) ada call dia siang tadi… ruddin ada mengadu something kat dia… FYI, my bro ni study medic kat sana… skang dah masuk 3rd year & 1 september lepas dia start intern kat hospital kat sana… dia bercerita tentang kepayahan dia setelah 3 hari start praktikal kat hospital… hospital dari rumah sewa dia agak jauh. Katanya nak ke hospital kalau naik train setengah jam, sampai kat station kena berjalan kaki pulak ke hospital setengah jam (jauh tu!)… so, nak mengelakkan penat berjalan, dia naik bas yg jugak amik masa satu jam pegi, satu jam balik, tapi takpe sebab bas berhenti betul2 depan hospital (daripada berjalan kaki setengah jam kan?)… kat hospital dia diletakkan satu kumpulan dgn lagi 5 org locals (org Newcastle), cuma dia sorg je Malaysian… kawan dia dari Hong Kong pun macam tu gak, dia sorg je org luar, yg lain semua org sana… dia cakap lagi sejak hari pertama sampai hari ketiga (setakat hari tu) dia rasa susah sangat nak survive… sebab masalah komunikasi! Katanya dulu masa study kat university, tak sesusah mcm sekarang kat hospital… bukan masalah kerja, tapi komunikasi sebab dia agak ketinggalan utk faham ape yg org sana bercakap… English diorg agak susah nak faham disebabkan dialek & loghat diorg… mcm kita kat sinila, ada org Kedah, Kelantan, Terengganu yg ada mcm2 loghat… kata ruddin, bila nak berdiscuss, dia rasa susah sangat sebab dia tak berapa faham & dia jadi lambat tangkap… yela mana nak sama English kite dgn English diorg kan? Dah sah-sah English tu memang bahasa diorg… even ruddin cakap, kawan dia yg org Hong Kong tu pun mengadu benda yg sama… susah nak communicate dgn locals…


Mama citer lagi yg ruddin mcm down kat sana… satu mungkin sebab dia penat baru balik dari Malaysia (maybe jetlag tak hilang lagi sebab dia balik ke sana just a few days before praktikal dia start), mungkin dia penat travel dari rumah ke hospital hari-hari & susah nak berkomunikasi dgn org sana yg perlukan dia paham betul2 loghat diorg… so, tgh2 bersembang dgn mama that day, dia byk diam & tiba2 mama dgr dia mcm menangis… alahai… bila mama citer mcm tu, saye rasa sedih sgt… kesian pun ada kat dia… struggle sorg2 kat tempat org demi nak capai cita-cita nak jadi doctor… sape pun daripada family kitorg takde kat sana dgn dia… :( sabar ye udin… doa kitorg semua ada dgn udin!


Saye sedapkan hati mama & hati sendiri, saye cakap “takpe… baru 3 hari, nanti lama-lama dia ok la, insyaAlah”… bila dengar mama citer pasal adik saye kat sana, buat saye terfikir, susahnye kalau duduk berjauhan dgn family... kalau jauh drpd family tapi still dalam Malaysia boleh tahan lagi... cuba kalau duduk oversea sorg2?... baru tau cekal ke tak kite kan? saye rasa bukan ruddin je yg hadapi masalah macam tu… saye rasa semua student Malaysia yg study kat oversea mesti ada kesulitan masing-masing… hanya sesiapa yg ada sedara mara yg study abroad yg tau macam mana masalah diorg… hanya doa yg dapat dikirimkan utk dorg supaya selesai masalah…


Tapi bila fikir balik student kita yg study kat tempat sendiri & duduk pun tak jauh dari family, ada mcm2 masalah sampai tak abis study… tu mcm mana pulak tu? Nak kata homesick, tak jugak sebab family depan mata… kalau ada masalah, still boleh mintak tolong dgn family… tapi still tak abis study… lagi ada masalah lain adala… cuba bayangkan student kite yg duduk luar negara… semuanya kena struggle & buat sendiri tanpa ada back-up daripada family di sana… tapi kebanyakannya dapat abiskan study & balik ke tanah air dgn jayanya… pastu jawat jawatan yg bagus2 dalam bidang pekerjaan… insyaAllah…

tepuk dada tanya selera ye!

1 comment:

onthespot said...

wah citer lame dah keluar kembali...:):)*wink*wink*