Monday, October 10, 2011

bila travel, anak ditinggalkan?

masa pegi Bali 4 hari 3 malam aritu, Rizqy ditinggalkan dengan nenek & atuk dia (parents Opie). masa nak pegi, ramai yang tanya tak kesian ke tinggal dia? korang sanggup ke tinggal anak? Rizqy ok ke tak tido dengan saye? nanti dia demam rindu mama papa dia.. bla bla bla.... ape yang boleh saye cakap, saye memang sanggup tinggal anak! tapi not papa dia. jenuh nak convince him to tinggal anak.. last-last baru dapat terima sebab fikir balik condition anak tu..

kenapa kitorg sanggup? sebab kitorg kesian kat dia. kesian kat dia sebab kalau travel, nanti dia tido tak selesa. nak kena tido dlm stroller atau dalam kereta, nanti sakit badan dia.. lagi satu kalau travel, asyik on the move je, so mesti panaskan? kesian lak kat dia bila panas, berpeluh badan, dah tak selesa.. kalau cuaca sejuk, lain lak cara.. bila tak selesa, letih, panas, sejuk, tido pun kejap-kejap, takut dia meragam. bila dia meragam, kitorg yg penat, especially saye sebab dia of course nak berdukung je sambil nangis/melalak. nak-nak kalau tgh travel, dia demam, sakit perut, cirit birit dll.. tak dapat nak bayang kalau jadi macam tu! nanti kitorg yang bergaduh sebab penat & stress! travel ke mana, cuti ke mana, jalan-jalan ke mana, bergambar ke mana, penat je yg dapat! haha.

travel balik raya aritu, baru ke Kedah & Penang je, Rizqy demam. dia meragam/merengek all the way, nak berdukung, tak nak kat org lain, tido pun nak atas my riba je.. penat! jadi mak yang lagi penat dari bapak sebab anak memang cari kite je..

kitorg actually lagi fikirkan condition dia kalau nak ke mana-mana. ape consequences if jadi tu, jadi ni.. so nak elak semua tu, biarla buat sementara kitorg tinggal dia dulu. lagipun dia still baby, kalau bawak pun bukan dia faham ape.. biar tunggu dia dah besar sikit, dah pandai appreciate benda, baru kitorg nak bawak dia travel. insyaAllah by tahun depan bila dia dah nak 2 tahun.. sape tak sayang anak oiii.. tapi sayang, tinggal-tinggalkan.. bukan lama pun kalau travel tu. dia selesa kat rumah, kitorg pun tak penat, boleh travel dgn senang hati..

kalau pasal breastfeed, saye dah tinggalkan stock EBM untuk dia minum during nights. saye lak masa travel, setiap 8 jam kena pump. jadi bawaklah pump ke mana-mana. other than that, takde masalah lain.

ada kenalan, tanya macam-macam masa kitorg nak ke Bali aritu. then dia ke Bandung bawak anak dia umur setahun 4 bulan, sampai sana, ha amik kau budak tu mengamuk/meragam sampai dia husband & wife bergaduh. pastu org lain yg ikut sekali trip tu jadi serba salah. nak jalan lama-lama pun jadi tak seronok sebab budak tu meragam.. last-last si mak tu menyesal bawak anak dia ke Bandung, dia tak boleh nak enjoy shopping kat sana.. ermm.. that one, I no comment.

next year, on January kitorg nak ke Phuket & Krabi. bulan June, insyaAllah ke Europe. Rizqy masih lagi kena tinggal. especially for Euro trip, lagila kitorg tak nak bawak. my parents & my brother Udin dah bentang cara travelling kat sana. sebab budget travel kan, so banyak naik train & public transport, banyak berjalan kaki. lagila susah nak bawak budak dengan barang dia yg banyak & stroller bagai.. takpela, keraskanlah hati sikit. tinggalkan dia kejap for his own good. hujung tahun depan, kitorg plan nak ke Bali baru nak bawak dia, and lepas tu mana-mana nak pegi travel for sure bawak dia sebab dia dah besar.. can't wait for that moment! :D

disclaimer : this is me & Opie's opinion, parents yg lain jangan salah anggap lak ye.. lain budak, lain ragam, lain mak bapak, pun lain ragam jugak.. terpulang kat cara & diri sendiri, tepuk dada, tanya selera! :)


12 comments:

Biqque said...

wah tapau pantai2 je next year! best2!

eu tu menarik la...haih, chawana dpt pegi dulu, u pun pegi, bilanyer i nak gi niiiiiiiii...

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

betul..better tak payah bwk..plus kesihatan die..imunisasi die blom kuat mane..cepat sakit..kesian die..so if i jd u pon.. i xbawak!
org senang je bckp kan..

BlueEwoke said...

Waa bestnye u nk pegi Europe next year, I pun insya Allah nak pegi May next year, tp travel budget jugak la, confirm naik tren bagai.. tapi Aqilah i angkut jugak :)

Zaff Zafrina said...

biq - pegi pulau perhentian biq. u tak penah pegi lagi kan? hehe.. kitorg pun dah lama tak pegi perhentian, asyik ke bali je.. opie balik kampung! haha. trip ke eu kitorg dah beli tiket, dpt RM5k for 2. tu yg pejam mata beli terus je tiket..

puan dot - depends kat parents & baby.. ada yg ok, ada yg tak..

na - tak sabar nak ke europe! hehe.. i dengar biq ckp aqilah tak byk ragam, senangla berjalan.. kitorg takut rizqy meragam, tak tau mcm mana perangai dia. tu yg taknak amik risiko..

fiszah_pjo said...

setuju..depend kepada baby dan mak bapak..my case sy terpaksa burn tiket sebb cam kesian nk tgglkan bby yg bru 4 buln++..lgpun atuk nenek die jauh.klu dekat ok je..end up my hubby travel ngn kawan2 die je..sabah je pun..elok nak bawak anak ni biar vacation yg rileks kan..senang nk usung segala strolelr ke ape..g obersea tinggalkan je l bby ngn nenek2 die..supaya selesa :)

Zaff Zafrina said...

fiszah - kitorg bila anak umur 9 bulan baru start travel balik. sebelum tu mmg tak ke mana-mana sbb kesian nak tinggal, dia kecik sgt. lagipun masa tu saye exclusively breastfeed dia.. now dia dah besar, senang sikit nak tinggal. so i think u pun kena tunggu sikit, biar baby 6 bulan ke atas baru travel. :)

BlueEwoke said...

Zaff, u nye tiket 5k for 2 ke eu? U naik flight apa? MAS? Emirates? I naik flight budget AA jek, so tiket i murah sikit la RM1300+ sorang. heheheh (budget traveler la katakan)

Zaff Zafrina said...

Na - kitorg pun AA je. 5k for 2 termasuk food & luggage. Kitorg pun budget gak. Tp kitorg agak untung sbb dah ada adik kat sana. So hotel & transport semua dia uruskan, booking thru internet, dpt murah. Hotel+transport (train, bus, flight, kereta sewa) dia amik sorg 300 pounds je. Itu including tour london, paris, venice, newcastle, scotland dll.

Kalau MAS tak dptla harga mcm tu. Emirates pun paling murah masa Matta Fair 3500 sorg. Pejam matala naik AA, janji sampai Europe. Hehe

Little BlueBird said...

Zaff..aku next year nk gi jalan gak ke europe..bulan april..anak aku tak bawak...sbb haritu gi saigon...shopping ntah kemana..semua ntah kemana-mana ler..tak enjoy...bukan nak enjoy pun..tapi kesian kat dia...btw..zaff booked 300pounds under what agency? ceciter....

Zaff Zafrina said...

hana - gi jalan tempat best2 takyahla bawak anak. nanti menyesal byk tempat tak blh pegi.

yg 300pounds tu adik yg bookingkan. dia buat online je sbb sanakan beli tiket bus, train, hotel, flight semua online.. dia byr guna kredit kad dia sbb dia duduk sana, agaknya dpt harga org sana tu yg murah tu.. so trip plan semua dia yg buatkan nak pegi mana, kitorg ikut je..

Ely Hasrul said...

wahh xsabo nk tgk gambo travel korg next year!.. sori la zaff xsempat nk komen2 entry lepas.. baca mmg kompom lah hahhaa..

Zaff Zafrina said...

skin - yela zaff pun baca je blog semua org, tapi malas nak komen. haha.