Monday, May 31, 2010

konsert Rossa - Melodi Cinta

Sabtu lepas, on my brother's birthday, 29 Mei (bukan celebrate b'day dia, dia still kat UK), Zaff dapat invitation ke konsert Rossa. sangat last minute, tengah hari Sabtu tu baru my mum call ajak. nasib baik memang takde plan malam tu (kalau ada pun sanggup cancel!). dapat tiket VIP sebab company my uncle salah satu sponsor untuk konsert malam tu.

start dalam pukul 8.30 malam lepas opening act by Iqwal yag nyanyi lagu Faizal Tahir, Sampai Syurga, his voice not bad.. bagus!

walaupun crowd tak ramai, apa yang boleh Zaff katakan konsert tu memang best. suara Rossa sangat sedap, lagi sedap dari apa yang kite dengar dalam CD. performance lak biasa-biasa je sebab lagu dia banyak yang sedih-sedih, dah nama konsert pun Melodi Cinta. Rossa kan memang ratu lagu-lagu cinta? tapi memang best la, rugi sape yg tak pegi tengok. ramai gak my friends yang pegi tengok konsert tu.. sambil layan konsert, sambil tweet-tweet. hehehehe..

malam tu Rossa tukar baju lima kali kot kalau tak silap. artis jemputan - Aizat, ST12
(frust sebab diorg tak nyanyi lagu PUSPA) & Ungu. masa Pasha & Rossa berduet lagu Terlanjur Cinta, cute gile diorg on stage, sama-sama kecik & comel, Pasha siap tarik Rossa & peluk dia.. damn! :P

Rossa nyanyi boleh kata semua lagu dia yang top kecuali lagu Tak Termiliki & Hati Yang Kau Sakiti. my BFF, Aziz pun pegi tengok konsert tu, dia cakap, ada mamat rambut merah belakang dia, sikit punye feeling dengar semua lagu-lagu Rossa. masa lagu Ayat-ayat Cinta, belum ape-ape dia dah nangis dulu! hahahaha.. memang, ramai yang menangis bila dengar lagu-lagu Rossa, sebab love songs dia memang best! and baru Zaff realized, yang Zaff ni peminat Rossa sebab semua lagu-lagu dia Zaff hafal liriknya! :D









the best performance among all, lagu Pudar, Rossa dengan kanak-kanak choir Tunas Budaya. i cried this time, same goes to Rossa sebab rasa bangga & terharu tengok budak-budak tu performed



ST12 yg performed bukan atas main stage. diorg perform kat seats belah kiri stadium. bikin gempak je!


Hampa Hatiku by Ungu

met my BFF after concert, lama tak jumpa dia!


gambar lama I dengan Rossa, masa dia datang SuriaFM



4 comments:

A-Y-I-E said...

wahhh best tu... nper la sis tak nak wat entri ni awal-awal sebelum pergi.. hahahha

Tapi bukan salah sis pun.. sebab sis baru dapat invitation kan... Btw, happy berblogging yeah

From me BLOG A-Y-I-E

nadia.yusof said...

kak zaff, i was there... xnampak kak zaff pun.. :).. Rossa memang best!!!!berbaloi2..

edzlin007 said...

hebat!

-atiQah- said...

saya pun ada pergi konsert rossa time ni..sbb menang peraduan dlm pancaindera..kalau tak menang pun, mmg nak beli tiket..sggp terbang jauh dr kelantan nak tgk rossa..sgt2 best! hehehehe.. :)