Thursday, April 1, 2010

cuti-cuti lagi

i love to travel.. tak boleh pegi oversea, cuti-cuti Malaysia pun ok.. bulan Januari kitorg dah ke Bali. bulan Februari lak, kitorg satu family ke Cameron Highlands. kitorg pegi 3 family, it's just a weekend getaway & stay satu malam je.. tapi best! tgh plan nak repeat order lagi ni.. insyaAllah next time ke Singapore & Frasers Hill lak.

last Zaff pegi Cameron, tahun 1996, Zaff form 3 masa tu. gile lama kan? memang dah tak ingat ape rupa Cameron.. tu yg bila mama ajak gi sana, tersangatla excited! so, Jumaat malam Sabtu tu, lepas keje, Zaff & Opie balik ke rumah parents Zaff, tido sana sebab the next day kitorg nak gerak awal pagi..

pukul 7 pagi lebih sikit semua dah ready.. gerak ke R&R Rawang dulu, breakfast kat sana & jumpa dgn family maksu & family my cousin.. hihihihi excited ni! lepas breakfast, 4 kereta, kitorg gerak terus ke Simpang Pulai.. kitorg naik Cameron ikut situ sebab jalan baru & dengar-dengar cerita jalan tu kurang sikit bengkang-bengkoknye..

dalam excited-excited, ada gak risaunya.. bila masuk je simpang nak Cameron dari Simpang Pulai, Zarra (my niece) start menangis gile-gile punye.. elok je masuk kawasan hutan tu dia meragam.. satu sebab nak tido, satu lagi maybe dia nampak "benda".. tak penah tgk dia nangis macam tu.. mata dah nak pejam, tapi nangis je sampai tersedu-sedu, air hidung, air mulut semua keluar.. kesian dia.. nasib baik masa tu Zarra naik kereta dgn Zaff & my parents.. kalau dalam kereta lagi satu dgn mummy & abah dia, mesti menggelabah diorg.. lama gak la dia menangis, adala dalam 20 minit, then baru dia tido.. risau gile kitorg! Zaff ada gak terfikir mcm nak patah balik je..

sampai Brinchang, jalan siap jem sebab orang nak singgah kat kedai-kedai souvenir, sayur & strawberry tepi-tepi jalan tu.. kitorg tak stop pun, teruskan perjalanan ke Tanah Rata, apartment kitorg kat situ & kitorg selamat sampai pukul 11.30 pagi. cuaca agak sejuk, best je compared to KL yg panas sangat time tu. sementara tunggu apartment siap, kitorg lunch dulu..


kite makan dulu! Zaff tak makan, tapi dok study mana nak pegi dulu kat Cameron tu

lepas puas nangis, Zarra happy mcm takde ape je

sebahagian rombongan Hajah Rahmah

dah checked-in, lepak jap. refresh kan badan balik & ada yg tido jap like my paksu yg sebenarnya baru sampai from Penang ziarah family abang dia yg kematian anak sebab kena timpa pokok tumbang masa hujan ribut.. then, we all gerak ke Galleria Time Tunnel. tempat tu best gile, a must-go-place kalau ke Cameron. masuk je muzium tu, selain ada sejarah-sejarah Cameron, ada gak pameran benda-benda lama.. ape je benda semua ada - tin susu, air botol, kereta lama, motor lama, piring hitam, keratan akhbar lama-lama dan lain-lain. siap ada set utk kite bergambar mcm kat kopitiam, salun, classroom, dapur, kedai jahit.. terasala mcm zaman dolu-dolu! best! nak tengok gambar-gambar lain, kilk sini







lepas tu, kitorg ke Big Red Strawberry Farm. kat situ ada Cactus Valley, sayur-sayur organik & of course strawberry! masuk free, tapi kalau nak kutip strawberry adala bayaran yg dikenakan.. kitorg lepak kat situ for hi-tea & makan semua benda yg ada strawberry, yummy!

scones, waffle ice-cream & strawberry sundae

fresh strawberry with cream, sundae & cheese cake






semua kenyang, mata pun dah layu. ingat nak singgah pasar malam, nak tapau something for dinner, tapi jenuh lak nak cari parking. so, ada yg terus balik ke apartment. kitorg 2 kereta singgah jap kat the famous Smoke House, just nak amik gambar.. nak makan kat situ, tak proper lak sebab situ fine dining, kena pakai smart & formal.. lepas tu Zaff, Opie & abah mendaki tangga (sebenarnya ada jalan, tapi tak jumpa) naik ke sekolah convent, pun saje nak bergambar. sekolah tu dulu hospital tentera British. eeeee, mesti berhantu kan?






malam, kitorg keluar dinner makan stimbot kat Tanah Rata tu. cuaca bestla, rasa mcm tak nak balik KL.. the next day, takde ape aktiviti, lepas checked-out kitorg ke Cameron Valley Tea Bharat Plantations. amik gambar kat ladang teh & minum-minum kat situ..







then, kitorg gerak ke KL ikut jalan Tapah. fuh, mencabar la jalan dia compared to jalan Simpang Pulai. mama & angah sampai muntah-muntah! haiyo! hahahaha.. it was a short vacation, but memorable.. sangat best, next time kite repeat ye! :D

p/s: more photos, click here

4 comments:

Biqque said...

i pegi skali je...patu dah, takmo gi dah...hahahahaha!

Zaff SuriaFM said...

pening & muntah gak ke? hehehehe.. jalan simpang pulai ok lagi drpd tapah. ok sangat.. tryla ikut jalan tu pulak

Biqque said...

tak pening, tak muntah...i drive sorang dari tapah, my family dari spg. pulai...jumpa kat atas...bayangkan i drive sorang2 lalu jalan tu dgn sempitnyer, sunyinyer, mmg tak buat dah la...maunyer orang asli tahan! hahahaha! yg lawaknyer, setiap selekoh mesti ada anjing sekor melepak...tatau nape...

tak nak gi dah tu macam takde apa sgt la kat atas tu...i tot sejuk gile, tak sejuk punnnnn...patu cam takde apa la...tu je...cuma i suka la strawberry tu! sedap! :D

edzlin007 said...

time tunnel adalah yg paling best di cameron. kalo pergi setahun atau 2thn sekali mesti bertambah barang drg.

dulu masa kecik pernah sek situ sekejap, ada sweater sek. skrg cameron dah panas. baju sek semua biasa je.