Thursday, April 22, 2010

cuti-cuti Bali (part 3)


cantikkan gambar kat atas ni??? bukan saje orangnya cantik, pose & location pun cantik. hehehehe.. hari keempat kitorg di Bali, Zaff memang dah plan nak ajak opie ke Geger Beach, Nusa Dua. walaupun tempat tak tau, dlm map pun takde detail jalan-jalan kat Nusa Dua sebab map tu just map Kuta, kitorg redah ke sana. lepas breakfast kat cafe hotel, kitorg mulakan perjalanan ke Nusa Dua.

ape yg kitorg tau Nusa Dua ni sebelum airport.. so kalau ikut dalam map, straight je ikut Ngurah-Rai Bypass (main highway kat Bali), sampaila Nusa Dua. tapi pantai tu kat mana? ntah, tanyala org nanti. Zaff teringin sgt nak pegi Geger Beach tu sebab ada tgk gambar dlm faceboook, masyaAllah lawa laut kat situ!

nak sampai ke Nusa Dua tu jauhla gak, dlm 45 minit naik motor. ha amik kau, sampai kebas-kebasla bontot! tapi sebelum sampai ke destinasi, kitorg di "pitch" oleh org watersport kat Tanjung Benoa. tgh atas motor ni, dia boleh dtg tepi motor ajak pegi tempat dia. tau je diorg yg kite ni org luar. walaupun kitorg tak nak ikut dia mula-mula, dia sampai cari kitorg balik, ajak jugak ke tempat dia. kitorg ckpla kitorg tak nak main watersports, dia ckp pegi je tgk, tak main pun takpe.. so, di atas "kebaikan" opie, kitorg pun la jugak. lepas dah explain-explain, kitorg still tak nak ape-ape service kat situ, baik watersports atau snorkelling. satu sebab air kat situ tak jernih, nak snorkelling ape? kitorg dah terkena masa trip lepas. secondly, memang tak nak main watersports sebab rasa membazir duit je, kat Malaysia pun boleh main & last, harga dia letak merepek. ada ke nak main banana boat & jet-ski, kira per-head? gile mahal! kalau mcm kitorg ni nak main jet-ski, kena amik 2 jet-ski. alasan sebab kitorg tak terer bawak, so kena ada guide. eleh, kalau kat Malaysia, takde pun kira mcm tu! so, watersports at Bali? NOT RECOMMENDED!

lepas dah menyakitkan hati org kat watersports tu, kitorg blah mcm tu je.. then, tanya security kat situ, kat mana pantai Geger, dia bagi direction. mula-mula nak sampai tu kecut je mcm salah tempat. dahla lalu celah-celah kampung, ceruk lak tu.. rupa-rupanya memang pantai tu tersorok & jauh dari jalan besar. park je motor, terus jalan tanpa pandang belakang.. wow!!!! berbaloi-baloi... :D




pantai dia bersih, pasir putih & air crystal clear. mcm kat pulau Perhentian. tersangat private & semua pengunjung, orang putih je.. sebab tu ramai yg topless! hehehehe.. kitorg amik 2 kerusi, bayar 30,000 rupiah satu, dudukla lama mana.. tak payah ke mana-mana, makan minum pun kat situ je..





keluar bilik, lupa pakai bikini. hehehehe



seafood noodle & seafood fried rice



kitorg lepak kat pantai tu sampai pukul 4 petang.. best sangat! kulitku? tersangat la tanned! but i loike.. :P

5 comments:

iena said...

best giler nampak... i aim next year la nak pergi... budget dia ok tak

Nieta Abadiey said...

huhuhu,erm,kak zaff skang nampk sedikit berisi ek:-) tp okla tu:-) janji bahagia! hohohi

edzlin007 said...

cantik gila pantai tu

Zaff SuriaFM said...

iena - sgt best! budget ok kalau pandai adjust. buat mcm zaff, beli flight tiket awal-awal, hotel pun dudukla yg budget hotel mcm tune hotel, tak pyh stay kat hotel mahal-mahal. belanja sorg dlm RM500 pun ok (berbelanja cara berhemah, RM500 tak termasuk flight & hotel)

nieta - happy.. alhamdulillah

edzlin - cantik sangat..

wak ya said...

i baru buka blog ni. i rasa mmg best.