Monday, August 15, 2011

weekend = demam

weekend pertamaku di bulan puasa ku lalui dengan penuh sadis. hahaha.. sebab ape sadis tau? dahla ditinggalkan suami sebab dia ada shooting, me demam la pulak.. start demam jumaat sebelum buka puasa, tiba-tiba je kepala berat & malam tu badan dah start panas. badan panas tapi me menggigil tak hengat punye.. tahan lagi makan paracetamol. so sepanjang malam tu tido berbaju sejukla.. nasib rizqy tak meragam, dia pun tido lena tak kacau me pun..

sabtu, siang tu badan panas lagi, tapi tak menggigil. sepanjang hari me berbaring & tido je. rizqy ok, tak buat perangai, biar dia lepak main-main depan tv, me bolehla berbaring kat sofa. petang dalam pukul 4 gerak ke rumah parents, hantar rizqy then me ke klinik. so bocorla puasa aritu sebab kena makan ubat & tak tahan badan tak larat. makan ubat, okla sikit badan. pukul 6pm, kitorg gerak ke great eastern mall, nak berbuka kat cozy house. nasib badan dah ok sikit, so kuatla sikit nak jalan-jalan. lepas berbuka, sempat lagi ke tutti frutti, dalam pada demam-demamkan? hahaha.

balik rumah malam tu, tengah malam demam balik, menggigil-gigil! hai la.. bangun pakai sweater & makan ubat, then tido balik. siang ahad tu pun demam sikit, still tak puasa sebab kena makan ubat.. makan ubat, badan ok. tak makan ubat, badan tak ok.. sama je aktiviti macam semlm, melepek je kat rumah dgn rizqy, petang baru bukak puasa kat rumah parents.. malam, opie dah balik, yeay! serah tugas jaga rizqy kat dia. hehehe..

isnin, still demam. tak boleh jadi ni. so me pegila balik klinik dengan opie, check darah & mintak MC. takutnya kalau kena denggi.. masa tunggu result, nervous! tapi alhamdulillah, platelet ok. doctor cakap, esok kena datang lagi klinik check darah lagi sebab platelet anytime boleh turun sebab me dah pernah ada history kena denggi..

selasa, demam dah kebah, cuma badan tak larat lagi.. still on MC & ke klinik check darah, alhamdulillah semua dah normal.. dan hakikatnya puasa ku dah bocor 5 hari tahun ni! uuuwwwwaaa!!! dah 2 tahun puasa penuh, tahun ni lak banyak tinggal, sedih! dan hakikatnya, weekend tu sangatla tak best, duduk rumah je! rugi masa! tak nak demam dah lepas ni.. amin..



No comments: