Monday, August 1, 2011

bila Rizqy demam..



2 minggu lepas, rizqy demam, siap dengan muntah sampai 8 kali.. that's the worstla rizqy demam.. sebelum ni dia tak pernah demam teruk mcm tu.. nasibla masa tu weekend, so tak payahla kitorg amik EL.. demam dia start jumaat petang.. dia tgh tidur, me tergerak hati nak check dia dalam bilik, tengok-tengok dia dah muntah. abis baju, kain buaian dia & kat lantai siap bergenang muntah dia, bayangkanla banyak tak banyak dia muntah. masa tu berderau darah, nasib tak tercekik.. bahaya tau baby kalau muntah time tidur..

masa nak gerak balik ke rumah, mama dukung dia & cakap badan dia panas.. alahai.. balik rumah, me bagi ubat demam, dok kejap muntah lagi.. rizqy susah makan ubat, siap tolak lagi tangan kita! sebelum dia tido malam tu, ntah berapa kali dia muntah lepas makan.. sedihnya tengok dia.. menangis merengek jangan cakapla.. tapi nasib malam tu dia tidur quietly.. tak jaga-jaga, just bangun untuk susu, tu pun lepas susu muntah lagi..

esok pagi, pukul 10 lebih bawak dia ke specialist. doctor cakap perut dia kena infection & ada angin.. demam lak kejap-kejap.. ada masa panas, ada masa tak.. rizqy silap minum susu, sebab tu dia muntah-muntah.. doctor bagi ubat muntah, ubat demam & ubat cucuk bontot kalau panas dia makin teruk. pastu nak bagi ubat pun seksa, kena paksa dia makan. ubat muntah makan sebelum susu & ubat demam bagi lepas makan. tapi everytime bagi ubat demam, dia akan muntah balik.. so worst come to worst kitorg cucuk ubat masuk bontot dia.. tak sanggup dah tengok dia muntah lagi after makan, rugi je my susu.. dahla susu botol dia tak nak langsung masa dia demam.. tapi yg kelakar, lepas cucuk ubat kat bontot, dia duduk. tak lama lepas tu terus cirit birit masa dia tengah dia duduk tu! habis keluar semua daripada diaper dia, bocor! hahaha.. then we all cuci ubat tu & cucuk balik masuk bontot dia.. alhamdulillah, ubat cucuk bontot tu memang elok, cepat hilang demam dia..

masa dia demam, dia nangis & merengek je.. ada masa tak nak letak langsung, nak duduk atas kite je.. time nak tido pun macam tu.. nak berdukung & berdiri. kalau kite dukung dia & duduk, meraung! masyaAllah.. penatnya.. mama dia la yg lagi penat sebab nak bergayut breast je..

ahad, demam dia dah baik & dah tak muntah.. alhamdulillah.. nasib dia dah ok sebab ahad tu me ada show kat sungei wang.. two things to share, kalau baby demam, check temperature badan dia & jangan bagi dia pakai baju tebal.. kurangkan baju dia atau tak payah pakaikan dia baju langsung.. keep sponging dia, bagi sejuk badan dia.. mcm rizqy, kitorg mmg bogelkan dia, tinggal diaper je.. bila rasa badan dia panas, kitorg mandikan dia & lap-lap badan dia dengan air sejuk.. kata mak mertua adik I (dia staff nurse HUKM), kalau kat hospital, diorg mandikan dengan ice kalau baby demam. harap rizqy tak demam lagi.. seksa ye!


No comments: