Friday, August 26, 2011

raya plans

raya ni kitorg satu family, i mean semua adik-beradik & my parents akan balik Kedah. super excited sebab dah lama gile tak balik sana & first time balik bawak suami & anak.

first raya, kitorg beraya di KL dulu. then lepas subuh raya kedua baru gerak balik Sungai Petani. insyaAllah kitorg konvoi 3 kereta, my family & family maksu. mcm mana blh terplan nak balik Kedah? semuanya idea my brother Udin. since tahun ni dia cuti & sempat raya kat Malaysia, so dia yg ajak balik Kedah, at least dapat 2 malam pun ok sebab Sabtu 3 September dia dah nak fly balik UK..

so kitorg satu family pun ok kan je nak balik kampung. walaupun nenek dua-dua dah duduk KL & kat sana pun dah takde rumah, takpe, kitorg stay kat hotel. so plannya, first night kitorg stay kat Swiss Inn Sungai Petani & malam kedua kitorg stay kat Penang. yeay!

and kebetulan pulak, tahun ni semua adik-beradik mama yg kat KL nak balik Sungai Petani jugak. wah lagi excited! tapi tula, since rumah maktok dah dijual, so bila balik sana, semua stay kat hotel, cuma family Makmi akan stay kat rumah family Pakki kat Kulim..

hajat hati nak balik Kedah nak melawat saudara-mara jauh kat Sungai Petani & Alor Setar, also nak pegi rumah family my BFF, Aziz. then nak pegi Penang jalan-jalan, makan-makan. bestnye.. tak sabar! yeay jugak sebab Rizqy boleh kumpul duit raya banyak-banyak! hahaha.

what's your plan for Hari Raya?



My Rizqy

My Rizqy Harris dah 7 bulan lebih. Ahad 28 Ogos ni masuk 8 bulan. kejap je masa berlalu. terasa-rasa lagi sakit perut kena potong & terasa-rasa lagi penat badan nak bagi dia tido masa dalam pantang dulu.. anak mama dah besar.. *sob sob*

masa 5 bulan rizqy dah meniarap. masuk 6 bulan, gigi bawah rizqy dah tumbuh, now dah ada 3 batang. masuk 6 bulan setengah, rizqy dah boleh duduk sendiri tanpa sape-sape pegang & now dah 7 bulan lebih, dia dah boleh berdiri, juga tanpa support! sangat advance kan? ntah-ntah masuk 9 bulan nanti dia dah boleh jalan. jadi mcm mama & papa ye, kitorg pun start jalan masa umur 9 bulan. :D

jugak masuk 6 bulan, rizqy dah makan solid food & I still direct breastfeed him until now. tapi dia just suka makan bubur nasi. nestum dia tak suka, unless letak dlm botol campur susu formula. so hari-hari rizqy makan bubur nasi. sangat suka dia makan! kalau lambat suap je, meraung! ataupun kalau me sembunyi mangkuk dia, cepat je nangis nak lagi. hahaha.. sangat tak sabar nak makan. kalau nak bagi dia senyap masa kitorg makan pulak, me bagi dia biskut baby pureen, so dia pegang biskut tu & kunyah slow-slow, bolehla kitorg makan dengan tenang.

now dia dah masuk walker & masa makan pun dah boleh duduk kat high chair.. cepatnya masa berlalu.. dah boleh duduk sendiri dah anak mama. *sob sob* (i get so emotionally when it comes to my son) *sob sob*

ni masa mula-mula rizqy pandai duduk. bila dah pandai duduk, tido pun nak duduk!
bila tido lak, asal terjaga terus pusing nak duduk walaupun mata tak bukak lagi. hehe



tengah makan favourite bubur nasi dia


duduk dalam walker kakak zarra punye dulu


now dah pandai main. suka sgt kalau jumpa budak-budak & tak takut dengan orang



masa ni berdiri still kena pegang. now dah boleh bangun sendiri & lepas tangan dalam 10 saat. gigih nak berdiri!


rizqy in high chair. tapi kat rumah sendiri, kitorg belum lagi beli high chair. bila ntah nak beli papa?

Monday, August 22, 2011

Serai @ Empire - recommended!

semalam, Ahad 21 Ogos, me berpeluang iftar dengan my besties Naz & Aziz. masyaAlah sangat seronok dapat jumpa diorg, rasa mcm tak puas je bersembang. actually semua ni tak plan pun. tiba-tiba je Naz cakap dia dah booking kat Serai, Empire Shopping Gallery Subang for berbuka dengan me. nasib semalam memang takde plan & Naz mcm tau je yang me memang nak try makan kat Serai tu.. ramai sangat yang cakap tempat tu makan best! u memang pandai baca la fikiran i BFF! sama taste! hehehe

mula-mula Naz booked table for 7, last-last sape pun takde, yg ada just me, opie & dia. then me saje tanya Aziz kalau-kalau dia free & dia ok to join! best! kalau tak, ntah bila nak berbuka sekali kan?

so, semalam me & opie keluar ke Empire pukul 5 petang. saje pegi awal, satu sebab nak order food & satu lagi nak jalan-jalan kat situ since me tak pernah sampai lagi kat situ. not bad la situ, banyak kedai & best walaupun mall dia kecik & pack sikit.






mango chicken, sangat marvelous!


butter prawn, sama je rasa dgn tempat lain


Naz jadi orang Jawa, makan nasi ambang


Opie & Aziz makan Serai Platter, ada nasi, daging masak hitam, sotong 3 rasa & ayam goreng. pun sangat sedap


this is mine! Middle Eastern Medley. ada nasi rempah & lamb shank. masyaAllah, terus terliur balik!


duta Serai! hahaha


Rizqy dengan godmother & godfather dia. :D







Serai
LG37, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.
Tel: 03-56370706


p/s: for peak hours especially during lunch & dinner, definitely kena call & booking dulu. supervisor kat situ bagitau, selalu full, kalau walk-in susah nak dapat table.



Friday, August 19, 2011

Al-Fatihah Roland Hashim


Ahad 7 Ogos 2011, dok belek twitter, terbaca sape ntah tweet yang Roland Hashim dah meninggal dunia. eh macam pernah dengar nama tu? I retweet balik, tapi takde balasan. cuma nak pastikan betul ke Roland Hashim yang dah meninggal tu org yg I kenal? then I bbm lak Fik, dia cakap ye betul, Roland Hashim yang pernah shoot gambar pre-wed kitorg. masyaAllah.. tergamam kejap.

teringat lagi masa shoot gambar pre-wed tu tahun 2008. dia punyala suka usik Opie. haaa.. syok kat laki mak la tu! hahaha.. kat bawah ni antara gambar-gambar pre-wed kitorg yg dia shoot.

sape pegi wedding kitorg mesti perasan gambar ni. kitorg siap print kat bunting besar letak depan dewan TTDI










Al-Fatihah kepada Roland Hashim yang telah pulang ke Rahmatullah pada 7 Ramadhan 1432 Hijrah, bersamaan 7 Ogos 2o11. semoga rohnya ditempatkan di kalangan yang beriman.. punca kematian, tak tau sebab apa, tapi dengar-dengar cerita sebab sakit yang tak diketahui sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. gambar yang u amik still ada kat hall kitorg sampai sekarang.. *sob sob*




Wednesday, August 17, 2011

iftar on sunday pulak..

Sabtu berbuka kat Keramat, Ahad pun kitorg ke sana lagi. this time nak tengok anak bestfriend opie yg baru lahir kat AU5.

dalam kereta, otw ke keramat. car seat rizqy tinggal kat rumah nenda, so terpaksala duduk atas riba mama. seronok ye?


perjumpaan mak-mak, bapak-bapak & anak-anak


rizqy jumpa kawan. pandai dia nak berkawan, tak padan dgn kecik. ramah bukan main tegur & main-main


tula Darwish, baby boy Sanas & Aefa.


sangat hensem ini budak! mcm anak mat saleh, hidung tinggi!



meriah kan? beramai-ramai rombongan tengok baby. walaupun kejap, tapi best dapat catch-up dengan kawan-kawan opie


lepas tengok baby, masing-masing dah tak tau nak berbuka kat mana. so, kitorg mencuba nasib ke TGI Friday's Wangsa Walk (lagi?!). sampai dah dekat pukul 7 malam, nasib ada tempat lagi.. tapi biasala, food sampai lambat sikit, rizqy yang berbuka dulu makan bubur lambuk beli kat depan NZ.


muka tak sabar nak makan. lambat suap sikit, meraung!




pegi tengok baby, rizqy pun dapat hadiah. ada baju, seluar, duit raya & sunglasses ni. tgh try bagi rizqy pakai. hahaha.. mengelupur dia!


sempat gak snap gambar yg proper kat rumah. hensem tak saye?



iftar at in-laws

setelah weekend lepas me just duduk rumah sebab demam & opie pun outstation, so weekend kedua berpuasa, full of plans! best! sabtu we all iftar dekat rumah parents opie kat Keramat AU4. pukul 3 petang gerak ke sana, hantar Rizqy kat rumah dulu, then me & opie ke Bazar Ramadhan Melawati. acara wajib bila bulan puasa, mesti nak ke bazar tu. kalau tak pegi rasa tak lengkap. walaupun baru pukul 4 petang, jalan dah jem. nasib kitorg senang dapat parking, so dapatla beli cucoq penegham (kuih telinga keling) fresh, cucoq cempedak, tahu anorra, tongkeng bakar & banyak lagila..sebenarnya selain kitorg, my family pun dtg join sekali berbuka kat rumah parents opie.

lepas dah puas hati dapat jalan kat bazar melawati, kitorg berdua ke Wangsa Walk Mall, nak gi salun & nak potong rambut. setelah rambut dicuci & dipotong, baru kitorg balik semula ke rumah parents opie. mama opie masak sambal sotong, masak lemak pucuk, ikan goreng & my mum bawak ayam blackpepper. campur dgn kuih-muih, penuh meja! alhamdulillah, rezeki berbuka haritu..


seronokla rizqy tu semua org kerumun dia



rizqy dgn uncle kanda




lepas berbuka, memang tak reti nak balik awal kan? ala esok ahad! hehehe.. so, me, opie, rizqy, my mum, udin & mama opie sambung jalan-jalan & lepak-lepak kat Wangsa Walk Mall lagi. mall tu memang dekat sangat dengan rumah parents opie, so jadi acara wajib gak singgah situ. dah jalan satu round, then we all lepak minum kat our favourite spot, Georgetown White Coffee. we ordered heritage white coffee, asam laksa, sotong kangkung & rojak buah. semua marvelous! recommended! kalau ke Wangsa Walk, singgah-singgahla kat Georgetown White Coffee tu. char kuey teow & pineapple fried rice dia pun sedap!



ikan buntal





heritage white coffee


rojak buah


sotong kangkung


asam laksa, tapi tengok mangkuk je ye! :p