Monday, May 31, 2010

konsert Rossa - Melodi Cinta

Sabtu lepas, on my brother's birthday, 29 Mei (bukan celebrate b'day dia, dia still kat UK), Zaff dapat invitation ke konsert Rossa. sangat last minute, tengah hari Sabtu tu baru my mum call ajak. nasib baik memang takde plan malam tu (kalau ada pun sanggup cancel!). dapat tiket VIP sebab company my uncle salah satu sponsor untuk konsert malam tu.

start dalam pukul 8.30 malam lepas opening act by Iqwal yag nyanyi lagu Faizal Tahir, Sampai Syurga, his voice not bad.. bagus!

walaupun crowd tak ramai, apa yang boleh Zaff katakan konsert tu memang best. suara Rossa sangat sedap, lagi sedap dari apa yang kite dengar dalam CD. performance lak biasa-biasa je sebab lagu dia banyak yang sedih-sedih, dah nama konsert pun Melodi Cinta. Rossa kan memang ratu lagu-lagu cinta? tapi memang best la, rugi sape yg tak pegi tengok. ramai gak my friends yang pegi tengok konsert tu.. sambil layan konsert, sambil tweet-tweet. hehehehe..

malam tu Rossa tukar baju lima kali kot kalau tak silap. artis jemputan - Aizat, ST12
(frust sebab diorg tak nyanyi lagu PUSPA) & Ungu. masa Pasha & Rossa berduet lagu Terlanjur Cinta, cute gile diorg on stage, sama-sama kecik & comel, Pasha siap tarik Rossa & peluk dia.. damn! :P

Rossa nyanyi boleh kata semua lagu dia yang top kecuali lagu Tak Termiliki & Hati Yang Kau Sakiti. my BFF, Aziz pun pegi tengok konsert tu, dia cakap, ada mamat rambut merah belakang dia, sikit punye feeling dengar semua lagu-lagu Rossa. masa lagu Ayat-ayat Cinta, belum ape-ape dia dah nangis dulu! hahahaha.. memang, ramai yang menangis bila dengar lagu-lagu Rossa, sebab love songs dia memang best! and baru Zaff realized, yang Zaff ni peminat Rossa sebab semua lagu-lagu dia Zaff hafal liriknya! :D









the best performance among all, lagu Pudar, Rossa dengan kanak-kanak choir Tunas Budaya. i cried this time, same goes to Rossa sebab rasa bangga & terharu tengok budak-budak tu performed



ST12 yg performed bukan atas main stage. diorg perform kat seats belah kiri stadium. bikin gempak je!


Hampa Hatiku by Ungu

met my BFF after concert, lama tak jumpa dia!


gambar lama I dengan Rossa, masa dia datang SuriaFM



Monday, May 24, 2010

lapar oh lapar

this time Zaff nak cerita pengalaman mula-mula mengandung ni.. Zaff dapat tau Zaff pregnant sebab badan selalu rasa penat, perut selalu mual-mual & masuk angin. so buatla pregnancy test sendiri & hasilnya positif! lepas tu banyak la Zaff tanya kawan-kawan, mama & adik Zaff yg mana diorg dah biasa pregnant. tapi ada sorg kawan Zaff tu bagitau, "nanti u selalu lapar & perut senang kena gastrik". barula mcm perasan, ye tak ye jugak sebab bila lapar, perut ni cepat je masuk angin & terus sakit. rupa-rupanya itula gastrik!

Zaff ni dulu susah nak rasa lapar. sekarang ni, kejap-kejap lapar. kuat sungguhla anak mama ni makan! hehehehe.. lapar tu pulak stock lapar yang gile-gile punye. tengah malam pun boleh lapar! tengah sedap-sedap tido, boleh terjaga sebab lapar, nak tak nak, walaupun mata still terpejam, kenala bangun meraba cari biskut kat tepi katil. hehehehe.. so, stock biskut, roti & air memang ada je tepi katil tu.. lagi satu, Zaff ni bukan jenis morning person, tapi bila dah pregnant ni kenala bangun jugak pagi untuk makan something & minum susu Anmum Materna. lepas tu, sambung tido balik! hahahaha.. bila lambat makan atau tak makan, terus masuk angin. bila masuk angin, rasa tak best.. mulala kite yang naik angin & rasa mual-mual.. :(

untuk mengelakkan kelaparan & untuk mengelakkan makan benda-benda berat especially nasi bila lapar (mana boleh makan nasi banyak-banyak, nanti gemuk, doctor pun advise jangan makan banyak nasi), so selalu la kitorg beli roti, biskut, cereals, susu, buah, juice.. sekali beli RM100++ confirm melayang.. tu baru makanan je tau! :D

baru tau macam mana payahnya ibu kite mengandungkan kite kan? itu baru first trimester. bila dah masuk bulan ke-4 ke atas, lagila macam-macam dugaan kan? tapi Zaff harap lepas first trimester ni akan kurangla sikit rasa lapar tu, sebab ramai yg cakap macam tu.. :)


Friday, May 21, 2010

hello si kecik!

on 20th May, our first appointment dengan gynae, Prof. Dr. Hashim kat Pusat Pakar UKM. perasaan? nervous & excited! elok kitorg sampai, hujan terus turun dengan lebatnya, Alhamdulillah rezeki, mcm mana rezeki kat kitorg gak. ditanya itu ini, Zaff dah pregnant masuk 9 minggu.. :D

prof tanya bila last period & within 1 second dia terus cakap, Zaff akan due on 19 December.. tererla prof tu! yela dah keje dia kan? berapa lama dia dah buat keje tu.. wah! kalau due on that date, 2 hari lepas tu birthday Zaff! that's what i told Prof Hashim, then he replied,
"boleh.. kite tepuk-tepuk dia supaya keluar lambat sikit". hehehehe

bila scan, dia tanya Zaff selalu kena senggugut ke? yup, tiap-tiap bulan.. then dia cakap,
"sebab tula U punye rahim senget sikit". selalu rahim tu melintang, tapi Zaff punye dia senget ke kiri sikit, but don't worry, takde ape-ape problem, just nanti lepas beranak susah kencing. maybe for normal birth kot.. so, kalau Zaff caeser (that what's on my mind all this while!), takde la masalah kot? hehehehe.. disebabkan rahim Zaff sedikit senget, so baby tu pun tersembunyila sikit. prof kena pusing sana sini scanner tu nak cari angle yg boleh nampak clear the baby..

first time tengok ada
"something" inside my womb, rasa terharu sangat.. macam tak percaya.. walaupun takdela nampak ape pun sebab besar biji kacang je! prof siap tunjuk mana kepala dia, mana kaki dia & the best part, kat mana jantung dia.. *sob sob*






that's my little baby.. yg dekat dengan cursor tu.. kecik lagi..


next appointment : 16th June, masa tu dah 13 minggu. all the best to us!


Wednesday, May 19, 2010

TERIMA KASIH




walaupun bukan top 3, keseluruhan kami naik ke tangga ke-8 serta radio melayu ke-4 selepas Hot FM dengan jumlah pendengar 1.35 juta orang! Alhamdulillah.. bukan untuk mendabik dada, tapi semangat untuk kami supaya bekerja lebih keras di masa hadapan dan menjadi antara top 3 radio terbaik di Malaysia, insyaAllah.. :D


Thursday, May 13, 2010

renung-renungkanlah..


ada ORANG dok bagi ceramah suruh jaga suami, jaga adab, jangan malukan suami..
dok jaja sana sini, si SUAMI kena bertegas dengan isteri, suami kena ajar isteri jadi yg terbaik & hormat orang..
macam dia 100% tak buat dosa & suami dia je yg terbaik dalam dunia!

tapi bila selalu sangat BERCAKAP tentang orang lain, MENGHASUT orang supaya percaya dengan cakap dia & siap DITULIS di blog.. PATUT ke???

pihak di sana berdiam diri, tapi DIA tak henti-henti mem"provoke" the situation..
SIAPA yg mulut jahat sebenarnya????
SIAPA yg patut jaga mulut, perangai dan fikiran????
SIAPA yang patut malu sebab TAK PANDAI jaga suami & MEMALUKAN suami dengan perangai diri sendiri???
SUAMI SIAPA yang sebenar-benarnya TAK BERTEGAS & TAK PANDAI AJAR isteri supaya menghormati perasaan & privacy orang????

mengata dulang paku serpih,
mengata orang dia yang lebih.
mungkin dia rasa dia bagus dari semua segi,
sebab tu takde hati & perasaan, sedap je mengata orang lain..
tapi ingat, sekarang TUHAN bayar cash,
WHAT U GIVE, U GET BACK!

and satu lagi, SIAPA dia untuk JUDGE manusia lain???


lagi sedih org tu buat naya kat darah daging sendiri!
agaknya dia nak tengok diorg bercerai kot? Nauzubillah..
dok sibuk jaga hubungan dengan orang lain, tapi hubungan dengan keluarga sendiri tak nak jaga.
padahal itu salah satu basic agama kita.
and lagi satu yg memalukan, org tu pakai tudung labuh sampai ke kaki (please don't feel offended ye utk mereka yg bertudung & Zaff mintak maaf kalau ada yg terasa)..
kalau macam tula perangai, bukak jela tudung tu, tak guna pakai pun..
harap belajar je tinggi, tapi akai tarak!

tapi itulah HAKIKATNYA!


p/s : sebelum mengata orang, cermin dulu diri sendiri.. sebab ape yg diperkatakan itu, akan patah balik ke batang hidung sendiri dan seelok-eloknya tak payahla, buat tambah dosa je.. ;)


p/s : kalau u all tengok orangnye, mesti tak sangka.. muka manis, bertudung litup, tapi hati, akal & perasaan??? tak semanis luaran.. kesian... mintak-mintak my adik-beradik & my future babies tak buat perangai macam DIA, merosakkan hubungan satu keluarga sedarah sedaging. AMIN..


p/s : ini bukan terjadi pada Zaff dan my immediate family. ini juga bukan untuk mengajar & tunjuk pandai, tetapi untuk menyedarkan DIA!


p/s : (banyaknye p/s! hehehehe).. bak kata my brother, kesimpulannya, silalah tonton drama Antara Garisan, sesuai sangat dengan situasi di atas! sempat lagi promote! hahahaha


Renung-renungkan, selamat beramal!



Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day!

tengokla betapa meriahnya our Mother's Day dinner hari Sabtu aritu. my aunty was the organizer, every year dia akan buat, mcm last year we had our Mother's Day lunch kat Pelita Ampang. this year, we celebrated it at Sakura Kristal Cafe, Taman Melawati. ada 7 mothers & 1 mother-to-be (that's me!) dan semua family belah mama yg stay kat KL datang, lebih kurang 32 orang semuanya. punyela happening, dah tak peduli orang lain dah, bak cafe itu kitorg yg punye! hahahahaha..



owh lupa lak nak cakap, kitorg celebrated May's babies gak - my bro Afan, Paksu & Pakki. Happy Birthday!


Pakki overlah! dah macam conductor dah! hehehe


mari makan western food beramai-ramai


last year angah mother-to-be, this year dah totally a mother. with her daughter, lil cutey Zarra Sophea



my aunty, the organizer, maktok & my mama




si kecik yang pantang jumpa kamera!


seronoknya dia..



nenda, tok ayah & Zarra




seronoknya birthday boy..



kitorg 4 beradik dgn mama, without udin..


the gift for mothers from Sakura Kristal Cafe, cupcake & batik scarf


Happy Mother's Day to all great moms in the world especially my mum, Zainun Abd Rahman, and my sister Zafirah Najmi & also to all mothers-to-be, like me.. dengar-dengar cite ramai yg baru pregnant ni.. ;P


Wednesday, May 5, 2010

wanita vs pengotor????


ingatkan lelaki je yang kencing bersepah, perempuan pun sama! eeeee, pompuan jenis ape tu?! abis kotor toilet seat tu! isyh isyh syh..


p/s : harap-harap readers Zaff ni takdela yg berperangai mcm tu ye.. pengotor! bukan ke wanita ni selalu dikaitkan dengan kecantikan??? so, please stay beautiful & stay clean! :D



Monday, May 3, 2010

itu namanya rezeki

balik dari Bali, kadang-kadang badan ni rasa tak sedap je.. dia bukan tak sihat tau, just rasa penat & selalu mengantuk walaupun dah banyak tido. kadang-kala pulak, tiba-tiba je rasa macam mual-mual je perut & tekak ni.. dalam 2, 3 minggu jugakla benda ni berlaku.. breasts lak mcm bengkak semacam je, mcm nak period, tapi tak datang-datang pun.. check-check kalendar, alamak, macam lambat je!

sabtu lepas, opie pegi main paintball, Zaff sorang-sorang keluar pegi guardian beli pregnancy test. so semalam pagi, first thing bila bangun, terus buat urine test. dan hasilnya? postif! keluar dua garisan! Alhamdulillah.. dah tersenyum-senyum dah. kejut opie bangun, tunjuk kat dia pregnancy test tu, dengan blur-blur, terkujat-kujat & terkebil-kebil mata tengok, dia tanya, "hmm, positif ke?" abis tu? dah keluar dua line? hehehehe.. pastu kitorg berdua boleh sambung balik tido sampai tengah hari.

lunch, teringin sangat nak makan nasi lemak, tapi bila call my mum, dia ajak gi Times Square lunch kat situ. dalam tak larat, sebab dah lapar, kugagahkan jugak ke sana!

lepas lunch kat Penang Village, opie ajak gi birthday party anak kawan dia, tapi sebelum tu kitorg ke klinik kat melawati, nak sahkan betul ke tak Zaff pregnant. dan hasilnya, memang positif! kata doctor, dah masuk 7 minggu ++. Alhamdulillah, rezeki dari Allah swt.. :D

tadi, kitorg ke Specialist Centre HUKM utk buat appointment dengan Gynae, Prof Hashim, recommended from my sister's MIL. so our first appointment will be on 20th May, pukul 4 petang. happy, yet nervous!