Saturday, November 21, 2009

wisata ke Bandung (day 2)

Day 2 in Bandung, Dadang tunggu kat lobby pukul 8 pagi, gile awalkan? Tapi nak shopping punye pasal! Ok kan aje.. Hehehehe.. first location, kitorg ke Gunung Tangkuban Perahu.. I guess ramai yg dah ke sana sebab Bandung ni dah mcm Malaysia, sana sini jumpa org kite.. perjalanan ke sana sepatutnya amik masa sejam setengah tapi Dadang ikut shortcut & katanya blh tgk mcm-mcm pemandangan. Kalau jalan biasa, mcm kat KL je, sana sini kereta & macet.. jalan yg dia bawak kitorg tu save setengah jam, tapi pemandangan cantik sebab lalu betul-betul tepi bukit & blh tgk mcm-mcm jenis rumah-rumah org Bandung.. walaupun nak naik ke gunung, tapi jalan tak bengkang bengkok mcm nak ke Cameron.. sepanjang perjalanan blh tgk mcm-mcm jenis kebun sayur-sayuran & bunga-bungaan.. cuaca? Of course sejuk! Kata Dadang, cuaca Bandung memang mcm tu, susah nak ada matahari, asyik mendung & sejuk je.. sebab Bandung tinggi sikit dari paras laut & dikelilingi bukit-bukau serta gunung-ganang.. menurut sejarah, Bandung ni dulu konon-kononnya sebuah tasik, tapi air tasik tu dah kering, so start la ada penempatan.. rasanya mungkin betul sebab memang nampak keliling Bandung ni bukit & gunung je, bandar lak di tengah-tengah.. kan best kalau KL mcm ni, sejuk je.. jalan kat bandar pun rasa sejuk je, tak la berpeluh ketiak!

Gunung Tangkuban Perahu merupakan gunung berapi yg berbentuk perahu terbalik. Popular dgn kisah legenda Sangkuriang yg jatuh cinta dgn ibu sendiri.. last meletup, kalau tak silap tahun 60-an.. masa saye ke sana, terus terbayangkan kalau la tiba-tiba je gunung berapi tu meletus.. gile! Hehehehe.. nak masuk ke situ kena bayar IDR50,000 (RM18) sorg, tapi kalau konfiden, blh berlagak mengaku je org local, so dptla murah.. kat situ kite blh tgk 3 kawah yg masih lagi berasap-asap & kuat bau sulfur nya – Kawah Ratu, Kawah Domas & Kawah Upas.. kat Kawah Domas, siap boleh mandi air panas & rebus telur, tapi kitorg tak ke sana sebab nak berjalan pun agak jauh, dalam setengah jam.. tapi saye puas hati sebab dapat ke sana (sebelum pegi ke Bandung, tempat tu no. 1 dlm must-visit-list saye!), & dapat merasai suasana gunung berapi & tgk depan mata.. yela, kat Malaysia kan takde gunung berapi?


dua-dua muka sembab, bangun awal gile..

antara pemandangan sepanjang ke Gunung Tangkuban Perahu

kebun sayur

salah satu kawah gunung berapi yg ada kat Gunung Tangkuban Perahu

bau sulfur cukup kuat dan tak berapa best. kawah tu masih lagi berasap-asap


kalau gunung berapi ni meletus, larva & api naik kat tengah-tengah kawah tu la.. cuba bayangkan.. ngeri kan?





deretan kedai-kedai jual souvenir

Lepas dah bergambar-gambar, kitorg ke Kedai Daun, restaurant & cultural village for lunch.. kalau ke Tangkuban Perahu, otw balik, mesti singgah makan kat situ. Kalau hari minggu, waiting list 2 jam kalau nak makan kat situ.. so, paham-paham je la kan mcm mana sedapnya makanan kat situ. Ada western & masakan org Bandung. Tempat tu cantik sgt.. pernah ke Tamarind Spring? Ha, ala-ala mcm tu la, byk pokok (rasa mcm dlm hutan) & makan bersila dlm pondok-pondok kecik mcm kat Bora Ombak. Dadang rekomen kat kitorg makan nasi liwet (jangan salah sebut ye!) nasi liwet tu ala-ala nasi dagang, makan dgn ulam, ikan masin, ayam goreng, sambal special & keropok.. opie lak order nasi dgn sup buntut (sup ekor), then kitorg order ikan bakar yg sangat sedaaaapppppp! Hehehehe.. makan tak ingat dunia! Tempat best, makan best, suasana best, tapi harga pun best… hehehehe..




sup buntut dgn nasi


nasi liwet

ikan bakar yg marvellous

Opie nak cari barang-barang paintball & askar, Dadang bawak kitorg ke area belakang Toko Tiga. Kat situ, banyak kedai & gerai jual barang-barang askar (yg memang utk askar betul), tapi takde yg berkenan.. so kitorg ke Istana Plaza atas recommendation kawan, tapi jenuh gak la nak cari sebab org sana pun tak tau yg kedai tu wujud.. at last, kitorg jumpa gak, tapi indah khabar dari rupa.. hmmm..


Next stop, Rumah Mode.. tapi surprisingly, still kitorg tak shopping ape! Just amik gambar je.. org Malaysia suka sgt shopping kat Rumah Mode, tapi sebenarnya harga mahal, lebih mahal dari Grande kat Jalan Dago. Ada barang jual kat Rumah Mode, sama je kat Grande, tapi Grande lagi murah, so baikla beli kat Grande je kan?




Lagi sekali kitorg ke Jalan Dago, semalam tak sempat jalan-jalan.. sepanjang Jalan Dago tu byk factory outlet, opie borong byk t-shirt Quicksilver, Billabong & Ripcurl, also kitorg beli utk adik-adik.. Saye? Beli handbag je! Kepala dah pening tgk barang punyela banyak! Lagipun kaki dah sakit & penat sebab banyak berjalan.. bila dah mcm tu, tgk semua baju, dah takde yg berkenan. Hehehehe..




Lepas settle kat Jalan Dago, kitorg balik terus ke hotel.. hajat di hati mula-mula nak ke Paris Van Java, tapi dah penat.. Dadang tanya byk kali, sure ke nak balik terus & tak nak dinner? Tak nak..


1 comment:

biqque said...

i dah beli sluar ripcurl kat premium outlet kat phuket...seb baik ada!