Sunday, January 11, 2009

langkawi day 3

Third day, pukul 7.30 pagi dah bangun… buat breakfast sikit2 (roti & kaya & air milo je).. 8.30 dah tercongok kat depan lobby. Hari ni aktiviti kitorg island hopping. Bayar RM50 sorg dapat naik boat ke tiga pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa (bagi makan burung helang) dan Pulau Beras Basah…


Dalam 8.40 pagi transport sampai amik kitorg ke jeti kat Pantai Tengah. Selain kitorg, ada lagi org lain yg join, adala dlm 8 org termasuk 2 org pelancong dari Jerman…


Sampai jeti, lepak jap dalam 9.30 baru naik boat… agak nervous naik boat tu, dia ala-ala boat nelayan, tapi lawa skitla siap ada seat panjang… saye dok ingat kitorg naik boat besar atau ala-ala feri kecik, rupa-rupanya boat mcm tu… tapi best sebab laju & betul-betul dekat dengan air laut, rasa seram je bila memikirkan berapa dalam laut yg kitorg lalu tu… saye ni dah la fobia dgn laut dalam…


First pulau, kitorg ke Pulau Dayang Bunting yg ada Tasik Dayang Bunting. Pulau tu berbentuk perempuan mengandung tgh baring. Memang nampak tau bentuk dia… bila boat stop kat satu spot tu,nampak bentuk kepala, breast, tangan atas perut & perut perempuan tgh mengandung… kuasa Allah kan?


nampak pulau yg tengah tu? tu la pulau dayang bunting. nampak bentuk org mengandung tgh baring. belah kanan tu kepala dia, breast, tangan atas perut & perut mengandung...






kat belakang tu la tasik dayang bunting







Sampai pulau tu, nak ke tasik, kena mendaki agak banyak la anak tangga sebab tasik tu kat sebelah tempat yg boat berhenti… agak jenuh la nak sampai tasik tu… bila sampai tasik tu, suasana sungguh tenang sekali. Kebetulan kitorg org pertama yg sampai… rasa berdiri bulu roma pun ada gak… menurut legenda, kat pulau tu dulu ada puteri kayangan yg kematian anak sulungnya dan anak tu ditanam kat pulau tu. Lepas tu puteri tu berdoa kalau siapa yg dah berkahwin, tapi takde anak, bila minum air kat tasik tu, insyaAllah boleh dapat anak… saye tak minum air tasik tu, setakat celup kaki je… okla kan? Nak mandi jgn harap sebab kedalaman tasik tu 30 kaki… opie yg terer berenang pun takut nak mandi… tasik tu dikelilingi bukit bukau yg menjadikan air laut tak dapat masuk ke tasik tu.. jadi tasik tu merupakan antara tasik air tawar semulajadi yg terbesar di Malaysia


Lepas pulau dayang bunting, kitorg ke pulau singa. Kat situ port burung helang, so bolehla bagi helang makan kat situ… tp sebenarnya boatman tu la yg lontar kulit ayam utk helang tu makan. Bila dia lontar je, sikit punye banyak helabg datang, sungguh menakjubkan… boatman tu ckp, kalau musim cuti helang tak banyak sebab dia kenyang. Yela, tiap kali ada boat datang mesti bwk makanan, so dia pun tak larat nak makan! Tapi time kitorg pegi bukan time cuti, so bykla helang yg keluar makan…


Next island, pulau beras basah. Kat sini takde ape2 aktiviti, just mandi manda je… pulau ni sikit punya cantik! Pasir dia putih & air laut sikit punya jernih… boleh gak stay kat sini kalau nak, ada resort… lebih kurang sejam kitorg berjemur & mandi, then dalam pukul 1 lebih, kitorg patah balik ke jeti…








Sampai hotel, bilas badan then keluar lunch kat restoran Hj. Ramli kat pantai chenang. Then, balik bilik, lepak-lepak je sebab badan ni penat lepas swimming & berendam… tido sampai ke pukul 6.30 petang, keluar balik gi makan laksa & cendol kat tepi laut cum tepi jalan kat area airport… punyela best, sebab angn laut sepoi-sepoi bahasa… kalaula kat kl ada tempat mcm tu… tepi jalan memang la byk gerai kan? Tapi laut je takde… hehehehe…



ni pantai kat hotel kitorg, Langkasuka Beach Resort

ni pun kat hotel kitorg


booking bilik hotel, dapat free kereta ni!

rojak, laksa & cendol... what a nice combination ha?


Lepas makan, nak balik bilik still awal, kitorg saje je pegi ke area Pantai Kok atas dari hotel kitorg… sampai sana, amik-amik gambar je kat Marina Bay yg ada banyak kapal layar tu… lawa gile tempat tu, siap ada 2 pulau buatan yg diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohamed… tempat tu menurut plan, nak dijadikan ala Monte Carlo… so, sekarang ni dah adala bangunan-bangunan berbentuk Eropah kat situ…




Malam, lepak bilik je, recover energy utk esok lak. Esok, kitorg chartered satu kereta siap dgn tourist guide bawak kitorg jalan-jalan kat tempat-tempat yg belum kitorg discover…


4 comments:

dialicious said...

sape lagi ikut u gi honeymoon zaf?sbb gamba cantik2..sape yg snap yer?heheh

Aku said...

lovely photos. sangat cantik!

Zaff said...

diah, i pegi berdua je... gambar tu sume opie yg amik guna camera digital biasa je... tp pastu dia edit sketla... kalau gambar kitorg berdua lak, guna khidmat tembok, lantai atau tanah... letak je atas tu then guna timer... hehehehehe...

aku, thanks ye... :)

biqque said...

"tido sampai ke pukul 6.30 petang, keluar balik gi makan laksa & cendol kat tepi laut cum tepi jalan kat area airport… punyela best, sebab angn laut sepoi-sepoi bahasa…"

p/s: lain macam je baca ayat ni if cum tu guna meaning yg satu lagi...hehehe!