Friday, January 30, 2009

my new life...

hi my gentle readers... sori ye lama tak update blog ni... bukan tak nak, tapi takde masa... like i said before, at my new home takde lagi internet connection, so tu yg susah sikit nak buat ape-ape... bila masuk ofis lak, byk benda yg nak kena settle...

my new life, as a wife tak banyak berubah selepas sebulan kami bernikah. cuma yg kelakarnya saye still try to adapt dengan masa la... kalau dulu tak kesah nak balik lambat ke ape, tapi skang kenala fikir pasal husband yg menunggu kat rumah... and satu lagi yg kelakar, selalu terlupa sekarang ni tido dah berteman... hehehehe... penah sekali tu tido tak sedar diri, memang betul-betul lupa ada suami di sebelah sampai terhantukla siku kat kepala dia! hahahahaha... punyela kelakar! kesian opie, tido terganggu... 2, 3 kali jugak la insiden tu berlaku... hehehehe...

masa bangun tido pun berubah, sekarang ni kena bangun pagi bila opie nak ke ofis. kalau saye tak hantar dia, dia akan pegi sendiri bawak kereta, then during lunch dia balik rumah amik saye & we all ke ofis sama-sama (saye masuk ofis pukul 2 petang)... tapi, walaupun dia tak nak saye hantar dia pagi-pagi (takdela pagi pun, dekat-dekat pukul 10 pagi), saye still gak kena bangun pagi, takkan la dia dah bangun kite nak tido lagikan? tak patutla macam tu... tapi yg bestnye opie ni, dia jenis tak makan breakfast, so tak yah la saye susah-susah sediakan breakfast... pernah sekali tu saye sediakan sandwich utk dia, terus dia cakap, "sayang, i tak nak makanla roti tu, i tak amik breakfast." can u imagine how i felt? walaupun tak susah nak sediakan sandwich tu, tapi terasala bila husband kite ckp mcm tu kan? tapi since saye dah merajuk, dia makan jugakla sandwich tu... hehehehe... lepas tu, memang saye tak buat dah breakfast utk dia, just sediakan air milo je, tu pun upon request... hehehehe...

hopefully, lepas ni semuanya berjalan lancar... walaupun still kekok, tapi saye try jadi yg terbaik utk diri sendiri & opie... doakan yg terbaik ye untuk kami!

new...

i got a new baby! hehehehe... seekor kucing berusia hampir setahun. nama dia sean (or should i spell shawn?)... actually kucing ni belongs to my cousin & his wife. tapi since anak diorg sakit sampai admitted kat hospital 3 hari maybe disebabkan jangkitan virus daripada kucing (tapi sebenarnya tak pun), so diorg tak nak ambil risk bela kucing lagi... nak tak nak terpaksa la i amik bela! hahahaha... it's ok aliya & syamsul, tak burden pun, lagipun sean / shawn tu manja sangat! walaupun dia kucing jantan, tapi manja dia mengalahkan kucing betina...

so, what happened to my other kitten si nicky tu? hehehehe... since aliya & syamsul bagi saye sean / shawn tu, saye & opie pun bagila nicky tu kat haris, cousin opie... bolah lak main pas-pas kan? hehehehe... bukan ape, saye dah tak larat nak bela nicky tu sebab dia bukan anak kucing, tapi anak monyet! hahahaha... tak reti duduk diam, suka panjat sana sini, suka gigit, suka terkam & lompat atas org, suka main rambut dll... pendek kata tak berapa mesra dgn org... nak makan, nak tengok tv semuanya tak aman kalau dia ada... nasib baik haris sanggup amik dia, lagipun rumah haris rumah bawah yg ada laman luas, maybe bila jumpa tanah, nicky akan baik... hopefully... walaupun opie sedih gak nak lepaskan nicky, tapi bila dapat sean / shawn, terus jadi sayang sebab dia baik sangat... dan gemuk, sedap dukung dia! don't worry aliya & syamsul, we all akan jaga baby u all tu baik-baik & yg penting nama tak akan tukar
(bak kata syamsul jgn tukar nama dia)... hehehehe...






P/S : sean / shawn tu macam miko, kucing opie yg mati dulu... :)

Wednesday, January 21, 2009

Misi lelong amal Suria FM berjaya

Oleh Zaidi Mohamad
'Ini kasut but yang dibuat khas untuk saya'. Agaknya itulah yang diperkatakan Dayang Nurfaizah sambil diperhatikan Naim (kanan) dan Zaff.

Engku Emran tidak sangka kutipannya melebihi jumlah yang disasarkan

SEBANYAK RM2,281 berjaya dikumpul pada siri jelajah pertama Lelong Amal Suria FM di Mydin USJ, Subang Jaya Sabtu lalu. Majlis yang bermula seawal jam lapan malam itu berlangsung dengan jayanya diperkuatkan dengan kerjasama pengurusan pasar raya itu sendiri, Secret Garden dan pusat karaoke, Just K. Wang itu akan disalurkan ke Rumah Nur Salam, di Jalan Chow Kit dan usaha murni Suria FM ini wajar dipuji bagi memenuhi entiti tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Selain rumah kebajikan itu, Pusat Perlindungan Pernim yang membela nasib anak-anak penghidap Aids juga terpilih antara penerima sumbangan amal siri jelajah lelongan amal ini. Acara amal ini diadakan dalam usaha merapatkan hubungan pendengar stesen radio itu dengan penyampai radionya, sekali gus memperluaskan lagi kewujudan jenama radio itu sejak hampir tiga tahun beroperasi. Dengan tagline baru, Muzik Terbaik Tanpa Henti diguna pakai sejak Disember tahun lalu, Suria FM dilihat masih tegar mengukuhkan namanya biarpun wujud persaingan di antara stesen radio popular lain.

Idea melaksanakan acara mulia ini diusulkan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin. Katanya, acara lelongan ini adalah suntikan baru yang diberikan kepada siri jelajah memperkenalkan Suria FM di mata masyarakat demi mensasarkan sejuta pendengar pada tahun ini. Lokasi seterusnya bagi acara ini akan diadakan di Kuala Terengganu penghujung Februari depan.

“Kami gembira dengan sambutan yang diterima untuk lokasi pertama siri jelajah di Pasaraya Mydin ini. Terima kasih kepada penderma yang bermurah hati membeli barangan yang dilelong. Tidak lupa juga kepada pendengar stesen Suria FM kerana sudi memeriahkan acara ini.

“Begitu juga kepada penaja dan artis. Saya sendiri menjangkakan hanya akan berjaya mengutip sekitar RM1,000 saja dan tidak sangka kami berjaya mengutip lebih RM2,000,” katanya bangga.

Usul acara ini dirancang sebelum berlaku kemelut peperangan di Palestin lagi, malah Suria FM melawan arus dengan tidak mengikut jejak pihak lain yang menderma ke saluran Tabung Gaza yang diwujudkan bagi membantu mangsa kekejaman Israel.Sebaliknya, Suria FM mempunyai matlamat membantu masyarakat kurang bernasib baik di negara ini yang ramai lagi tidak terbela.


Artis seronok melelong barangan peribadi

TERDAHULU, majlis amal pada malam itu diacarakan penyampai radio Suria FM, Zizi, Tuah, Zaffrina, Myra, Bob Ringgo, Akhtar dan Naim. Diiringi persembahan nyanyian daripada penyanyi yang undangan dan lelongan milik peribadi mereka, acara ini berjaya menghimpunkan lebih 1,000 orang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dan isterinya, Datin Siti Hawa Mohd.

Selain acara nyanyian, artis yang terbabit beramal melelong barangan peribadi dengan harga permulaan bidaan RM50.Lelongan barangan peribadi Erra Fazira berupa baju jenama Guess, tas tangan Nine West, buku perkahwinannya dan cenderahati dibida menjadi yang tertinggi apabila dibeli sendiri oleh Ameer Ali dengan harga RM500 sebagai hadiah kepada isterinya. Malah, lelongan kedua barangan milik Erra juga terjual pada harga RM350. Apa yang harus dipuji, biarpun sarat mengandung, Erra masih tegar memberikan sokongan kepada acara ini. Sejurus selepas acara ini selesai, dia dan suaminya bergegas ke majlis pelancaran butik dan kafe milik kawan baiknya, Umie Aida iaitu Belicious Boutique & Cafe di Damansara Perdana.

Sebelum itu, Dayang Nurfaizah memulakan persembahan dengan menyanyikan single terbarunya berjudul Luka dan serentak dengan itu Dayang mula melelong kasut but bersaiz 6 yang dibuat khas untuknya dan jam tangan jenama Swatch. Nikki pula menyanyikan lagu Selamat Tinggal dipetik daripada album terbarunya berjudul Hawa. Dia kemudian melelong tas tangan berwarna merah dan rantai lehernya. Kata Nikki, dia memang gemar mengumpul barang daripada rona warna merah yang dibeli satu set dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya pada hari itu.

Liyana Jasmay sudi memberikan dua tas tangan jenama Guess dan Krizia untuk dilelong. Nubhan menghangatkan pentas siri jelajah ini dengan menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta dendangan asal. Selepas itu dia melelong kasutnya yang kemudian dibeli oleh Ameer Ali.

Penyanyi dari Singapura, Imran Ajmain tidak ketinggalan melelong kain songket yang dibelinya untuk melaram di hari raya. Ia dibeli Imran dengan duit cek pertama yang diperoleh selepas bergelar artis. Menurut Imran, dia seorang pengumpul kain songket dan setakat ini sudah ada 12 koleksi yang dimilikinya. Pada acara amal itu, Imran mendendangkan single terbarunya berjudul Selamat Ulang Tahun, Sayang.

Dafi mengakhiri majlis dengan menyanyikan lagu terbarunya sebelum menghadiahkan albumnya kepada pembida tertinggi ketika melelong kemeja T dan seluar jeans miliknya.
* dipetik daripada Berita Harian

Tuesday, January 20, 2009

hadiah

sejak2 balik bekerja ni, takde masa la nak update blog... pindah ke rumah baru, still takde wifi or broadband, just harapkan kat ofis. tapi bile masuk ofis, dah banyak keje lak... so mcm mana?

tapi sebelum ape-ape, saye nak mengucapkan terima kasih kepada semua yg bagi hadiah yg best-best for my wedding. macam-macam hadiah saye dapat, benda biasala kalau kawin kan? pinggan mangkuk, cawan gelas memang banyak... duit ada & barang elektrik pun ada mcm oven (dapat 2 lagi), sandwich maker, toaster, coffee maker, kettle, tapi microwave je takde... anyone still interested nak bagi? hehehehe... kalau nak bagi, washing machine pun ok ataupun blender... hahahaha... demand lak kan?

tapi dalam banyak-banyak hadiah, benda ni la yg paling best saye dapat... :)


diberi oleh pendengar saye, namanya abg lan... walaupun dia tak dapat datang masa wedding saye sebab bapak mertua dia sakit, tapi dia pass lesung batu ni kat bob... ni nampaknya kena masak la macam ni kan? hehehehe... masa dapat benda ni, opie punye la suka siap nak buat hiasan... dia cakap klasik... eh? org nak buat masak, dia nak buat hiasan lak! anyway, abg lan, terima kasih banyak-banyak ye! :)

Monday, January 12, 2009

langkawi day 4

last day kitorg kat sini sebelum balik ke kl esok pagi… ala sedihnye… rasa tak best je dah nak balik… walaupun dah last day, kitorg still ada byk lagi aktiviti… :)


Pilot kitorg sampai tepat pukul 10 pagi… hehehehe… dgn bayaran RM150 utk 2 org, kitorg dpt kereta Avanza & seorang tourist guide cum pilot… hehehehe… nama dia Mazuan atau kitorg panggil dia Jan… punyela peramah, sesuai la dgn keje dia kan yg kena ckp byk… masuk je kereta dia tanya mana nak pegi. Terus kitorg pelik sbb patutnya dia mesti dah tau nak bawak kitorg ke mana kalau ikut package… tapi rupanya, dia ikut je mana kitorg nak pegi, tak kesah kalau tak ikut dalam jadual… hehehehe… senang la mcm ni! :)


First location, kitorg ke cable car, tapi pagi tu cable car tutup sebab angin kuat. So, kitorg ke telaga tujuh… sampai sana, baru tau rupanya nak ke telaga tujuh tu kena daki bukit… again???? Semlm masa pegi island hopping dah ada org bgtau, tp tak sangka lagi tinggi… dah la semlm dah daki bukit kat tasik dayang bunting. Betis pun dah start sakit ni… tapi disebabkan dah sampai, kugagahkan juga la diri ini! Hehehehe… daki la bukit & naikla 600 lebih anak tangga… fuh gila wei! Tapi pemandangan sangat cantik & angin pun sejuk je… rasa berbaloila naik ke atas tu…







Lepas turun & lepas kaki dah rasa sengal2, lepak jap minum air kelapa kat kaki bukit tu, then kitorg gerak ke Kompleks Kraf. Kat situ ada muzium & bolehla beli barangan kraf. Semuanya santek!


Then, kitorg ke Pantai Pasir Hitam (pantai kat situ memang kaler hitam pasir dia) & Pantai Tanjung Rhu, lunch kat situ. Nasib baik pantai dia cukup cantik, so kurangla marah kitorg time lunch tu sebab nak tunggu makanan siap, adala dalam 45 minit! Hampeh tul! Kalau ikut opie, dia nak cancel je, tapi org tu ckp dah siap.. nasib baik betul dah siap setelah 45 minit… kesian Jan tunggu kitorg lama…


Pantai Pasir Hitam yg pantainya pasir kaler hitam. macam kena tumpahan minyak je...


Pantai Tanjung Rhu


Sementara tunggu cable car bukak balik, Jan bawak kitorg ke pekan Kuah untuk beli kacang-kacang, sotong kering & ikan kering. Kalau ikut memang kitorg dah pegi Kuah, tapi tak jumpa tempat jual benda-benda tu semua… so, kitorg pun borongla gajus, pistachio, sotong kering & macam-macam lagila…


Lepas settle shopping, Jan call org cable car tu, then kitorg dapat info yg cable car tu dah bukak… so, patahla balik kitorg ke sana… bayar RM15 utk pemegang MyKad, naikla kitorg cable car tu… mak ai, punyela tinggi cable car tu naik gunung Mat Chincang tu! Tapi pemandangan dia cantik sgt… u all boleh tgkla gambar-gambar ni ye… saye tak payah nak explain dgn panjang lebar… :)





Jambatan gantung yg masa kitorg naik rasa bergoyang sebab angin kuat. ngeri betul!



stesen kat atas gunung yg bulat kat belakang, yg mcm kapal angkasa tu la yg kena daki tangga sampai sakit betis ku!


pemandangan dari first stesen.. kena sambung naik cable car utk sampai ke situ...




Kalau pagi tadi dah daki tangga dan bukit kat telaga tujuh, kat gunung mat chincang ni pun turun naik tangga lagi! Fuh, betul-betul mencabar la aktiviti kitorg hari ni… :)


Setelah satu hari penuh dgn aktiviti lasak, petang kitorg gi lepak kat pantai chenang utk hari terakhir… sempat berendam jap, the baring kat pantai sampai la matahari tenggelam. FYI, saye & opie first time berbaring kat pantai mcm mat saleh tu… hehehehe… dah kata pelancong kan? Hehehehe… tapi sebenarnya baru saye tau kenapa mat saleh suka berbaring kat pantai. Sanggup berpanas, sebab suasana dia damai sekali. Pandang atas nampak langit biru & awan, memang best, rasa tenang je… bila bangun memang rasa fresh badan… tapi badan jadi tan la… hehehehe… malam, we all dinner lagi sekali kat DiFiqa restoran. Kali ni makan ikan bakar cicah air asam & sup campur… fuh! Sodap gile! Tapi esok dah nak balik dah… flight pukul 9.50 pagi… tak bestnye… :(









Sunday, January 11, 2009

langkawi day 3

Third day, pukul 7.30 pagi dah bangun… buat breakfast sikit2 (roti & kaya & air milo je).. 8.30 dah tercongok kat depan lobby. Hari ni aktiviti kitorg island hopping. Bayar RM50 sorg dapat naik boat ke tiga pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa (bagi makan burung helang) dan Pulau Beras Basah…


Dalam 8.40 pagi transport sampai amik kitorg ke jeti kat Pantai Tengah. Selain kitorg, ada lagi org lain yg join, adala dlm 8 org termasuk 2 org pelancong dari Jerman…


Sampai jeti, lepak jap dalam 9.30 baru naik boat… agak nervous naik boat tu, dia ala-ala boat nelayan, tapi lawa skitla siap ada seat panjang… saye dok ingat kitorg naik boat besar atau ala-ala feri kecik, rupa-rupanya boat mcm tu… tapi best sebab laju & betul-betul dekat dengan air laut, rasa seram je bila memikirkan berapa dalam laut yg kitorg lalu tu… saye ni dah la fobia dgn laut dalam…


First pulau, kitorg ke Pulau Dayang Bunting yg ada Tasik Dayang Bunting. Pulau tu berbentuk perempuan mengandung tgh baring. Memang nampak tau bentuk dia… bila boat stop kat satu spot tu,nampak bentuk kepala, breast, tangan atas perut & perut perempuan tgh mengandung… kuasa Allah kan?


nampak pulau yg tengah tu? tu la pulau dayang bunting. nampak bentuk org mengandung tgh baring. belah kanan tu kepala dia, breast, tangan atas perut & perut mengandung...






kat belakang tu la tasik dayang bunting







Sampai pulau tu, nak ke tasik, kena mendaki agak banyak la anak tangga sebab tasik tu kat sebelah tempat yg boat berhenti… agak jenuh la nak sampai tasik tu… bila sampai tasik tu, suasana sungguh tenang sekali. Kebetulan kitorg org pertama yg sampai… rasa berdiri bulu roma pun ada gak… menurut legenda, kat pulau tu dulu ada puteri kayangan yg kematian anak sulungnya dan anak tu ditanam kat pulau tu. Lepas tu puteri tu berdoa kalau siapa yg dah berkahwin, tapi takde anak, bila minum air kat tasik tu, insyaAllah boleh dapat anak… saye tak minum air tasik tu, setakat celup kaki je… okla kan? Nak mandi jgn harap sebab kedalaman tasik tu 30 kaki… opie yg terer berenang pun takut nak mandi… tasik tu dikelilingi bukit bukau yg menjadikan air laut tak dapat masuk ke tasik tu.. jadi tasik tu merupakan antara tasik air tawar semulajadi yg terbesar di Malaysia


Lepas pulau dayang bunting, kitorg ke pulau singa. Kat situ port burung helang, so bolehla bagi helang makan kat situ… tp sebenarnya boatman tu la yg lontar kulit ayam utk helang tu makan. Bila dia lontar je, sikit punye banyak helabg datang, sungguh menakjubkan… boatman tu ckp, kalau musim cuti helang tak banyak sebab dia kenyang. Yela, tiap kali ada boat datang mesti bwk makanan, so dia pun tak larat nak makan! Tapi time kitorg pegi bukan time cuti, so bykla helang yg keluar makan…


Next island, pulau beras basah. Kat sini takde ape2 aktiviti, just mandi manda je… pulau ni sikit punya cantik! Pasir dia putih & air laut sikit punya jernih… boleh gak stay kat sini kalau nak, ada resort… lebih kurang sejam kitorg berjemur & mandi, then dalam pukul 1 lebih, kitorg patah balik ke jeti…








Sampai hotel, bilas badan then keluar lunch kat restoran Hj. Ramli kat pantai chenang. Then, balik bilik, lepak-lepak je sebab badan ni penat lepas swimming & berendam… tido sampai ke pukul 6.30 petang, keluar balik gi makan laksa & cendol kat tepi laut cum tepi jalan kat area airport… punyela best, sebab angn laut sepoi-sepoi bahasa… kalaula kat kl ada tempat mcm tu… tepi jalan memang la byk gerai kan? Tapi laut je takde… hehehehe…



ni pantai kat hotel kitorg, Langkasuka Beach Resort

ni pun kat hotel kitorg


booking bilik hotel, dapat free kereta ni!

rojak, laksa & cendol... what a nice combination ha?


Lepas makan, nak balik bilik still awal, kitorg saje je pegi ke area Pantai Kok atas dari hotel kitorg… sampai sana, amik-amik gambar je kat Marina Bay yg ada banyak kapal layar tu… lawa gile tempat tu, siap ada 2 pulau buatan yg diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohamed… tempat tu menurut plan, nak dijadikan ala Monte Carlo… so, sekarang ni dah adala bangunan-bangunan berbentuk Eropah kat situ…




Malam, lepak bilik je, recover energy utk esok lak. Esok, kitorg chartered satu kereta siap dgn tourist guide bawak kitorg jalan-jalan kat tempat-tempat yg belum kitorg discover…