tau tak patung kertas tu apa? cuba fikir.... okla, kalau taktau, it's PAPERDOLLS!!!! direct translation kan? hehehehe... tau tak paperdolls tu ape? ok, kalau tak tau gak... tengok gambar kat bawah ni... ;D
still tak dapat tangkap? okla... paperdolls tu persembahan lelaki yg berpakaian perempuan la! hehehehe... saye tak tau kat tempat lain, tapi kalau kat kl ni memang byk la show2 yg diorg perform... ari rabu (30/04/08) sehari sebelum kita cuti hari pekerja, me, opie, shahnaz & her boyfriend went to watch the theatre called Patung Kertas kat Matic. jgn tak tau kaum2 ni dah maju setapak tau, dah ada teater lagi sekarang... hehehehe.... masa kitorg pegi tu dah last day... punyela ramai org! kitorg pun nyaris2 tak dapat seat, tapi nasib baik pegi under nama Suria FM, so, dapatla privilege kan? hehehehe...
"Teater muzikal ini mengisahkan tentang dunia pahit, manis, pahit dan kelat sekumpulan manusia yang digelar sebagai patung kertas atau lebih dikenali sebagai “Paper Doll”. Ia bermula dengan perhubungan akrab antara Abang Long (lakonan Dato’ Jalaludin Hassan) dengan Adik Chu, Kerry, Syam dan ramai lagi. Mereka melakukan kebajikan dalam kumpulan ‘Patung Kertas’ yang mempromosikan primadona hitam putih dalam setiap persembahan mereka.
Pergolakan dunia patung kertas yang penuh dengan suka duka ini bagaimana pun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang penari baru dari dalam kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang. Bukan setakat itu sahaja, perebutan kawasan ‘berniaga’ juga menjadikan suasana tegang dan ada antara golongan patung kertas ini tidak ’sebulu’ malah adegan cabar mencabar berebutkan kawasan juga berlaku.
Di sebalik kekalutan itu, Ebby Yus, seorang pemuda yang berniaga secara kecil-kecilan di siar kaki kawasan ‘perniagaan’ patung kertas ini turut dibabitkan oleh kumpulan terbabit. Kenapa Ebby pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya yang akan dirungkaikan.
Teater muzikal ini juga menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long yang ingin berkahwin dengan kekasih lamanya. Apakah kebajikan yang dilakukan oleh patung kertas kepada seorang kanak-kanak yang mengidap kanser?
Teater yang membariskan pelakon terhebat tanahair seperti Dato Jalaluddin Hassan sebagai Abang Long, Adik Chu dilakonkan oleh Along Fariz, sementara pelakon kacak Ashraff Muslim membawakan watak Kerry sementara dibantu oleh Zuhairi Ibrahim, Aishah Atan (satu-satunya pelakon wanita tulen), Ebby Yus, Syed Wafa, Shajiry dan ramai lagi serta penampilan khas oleh Ika Fancy Group, pasti meruntun perasaan dan jiwa anda bila menontonnya." - dipetik daripada www.budiey.com
apa yg saye boleh cakap, saye cukup enjoy la dgn teater ni... maybe separuh org yg tak biasa dgn dunia "adik-adik" (satu istilah utk mereka), akan rasa pelik & tak paham ada sesetengah perkataan yg diorg cakap... tapi saye enjoy sbb dari kecik dah bercampur dgn mereka... yg tak tahan tgk lakonan Dato' Jalalludin Hassan, Along Fariz & Ashraff Muslim... satu lakonan yg mantap la kalau ikutkan mereka yg semulajadi "jantan"... ingat senang ke nak jadi mak nyah? hehehehe... satu lagi yg best, masa diorg menari & menyanyi utk kutip derma tu, tiba2 ebby yus keluar menyanyi lagu dangdut pakai baju pompuan siap make up lagi! hahahahaha... part tu memang tak tahan gelak la...
syed wafa abg long... Dato' Jalaluddin Hassan time ni ok lagi... just make up sikit2 & pakai wig pendek je... ha... yg ni betul2 transform! tak sangka Dato' sanggup melakonkan watak seorg mak nyah... ni la dikatakan pelakon berkaliber! Ashraff Muslim... "cantik" kan dia? hehehehe...
ebby yus.. berapa kilo make up la kena taruk kat muka dia nak bagi jadi macam ni! ;D * photos taken from sam kassim's facebook
No comments:
Post a Comment