Wednesday, March 3, 2010

Koleksi merah jambu Zaff

HIDUP Zaff bagaikan tidak bosan atau sepi gara-gara 'ditemani' pelbagai gajet yang boleh menghubungkannya secara terus dengan hiburan, kenangan dan orang kesayangan.

MINAT mendalam terhadap seni fotografi sejak di sekolah menengah mendorong penyampai radio Suria FM, Zafrina Abd. Rahman atau lebih dikenali DJ Zaff berjinak-jinak mendalami fungsi kamera digital.

Pengalaman sebagai penyampai radio hampir lima tahun telah memberi peluang kepada Zaff untuk merantau ke seluruh negara dalam siri jelajah. Secara tidak langsung, rakaman kamera sebagai kenangan tugas telah mendalamkan minatnya terhadap seni fotografi.

Langkah ke dunia fotografi ibarat terbuka buat Zaff pada 2009 apabila dia dan suami, Suffian Harris Mustapa, 32, bercuti di Hong Kong. Dia tidak berfikir panjang untuk membeli sebuah kamera SLR Canon EOS 40D.

"Sejak kecil, saya memang minat bergambar dan akan mengabadikan setiap kenangan khususnya ketika bercuti bersama keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan.

"Pada waktu itu, kamera masih menggunakan filem. Saya akan pastikan filem itu disimpan dengan rapi agar ia tidak rosak untuk diabadikan," katanya.

Zaff menambah, beliau masih mempelajari cara-cara mengambil gambar menggunakan Canon EOS 40D tersebut kerana terdapat banyak skil teknik manual yang perlu diperkemaskan olehnya.

Bagi setiap gambar yang diambil, resolusi pengimejan kameranya itu yang mencecah sehingga 10 megapiksel begitu mengujakan.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berkata, kerana selalu berpeluang mengembara di dalam dan luar negara, kamera digital itu sudah menjadi gajet penting buatnya.

"Selain mempelajari teknik fotografi, saya juga sedang berusaha menggunakan aplikasi menyunting gambar iaitu Adobe Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom.

"Seni fotografi sebenarnya mampu menggilap seni kreativiti di dalam diri kerana penggunanya berkarya melalui gambar," ujarnya.

Meski gajet itu kini dibawa dan ditatang ke sana sini umpama anak kesayangan, dia tidak lupa pada kamera lamanya. Model Nikon Coolpix S5 yang dimiliki sejak empat tahun lalu masih disimpan dengan baik dan masih digunakan apabila perlu.

"Saya biasakan juga membawanya ke mana pun saya pergi. Kadangkala, kalau terdapat acara mengejut yang dianjurkan stesen Suria FM, kamera digital itulah yang akan digunakan," katanya.



ZAFF mahu mendalami kemahiran menggunakan fungsi manual pada kamera kesayangannya.

Nilai sentimental iPod

Zaff yang mengendalikan segmen 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti bersama rakan setugas, Tuah Zoqarnain Idris, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, berkata, selain Canon EOS 40D beliau juga menggemari gajet Apple iPod Touch.

Tambahnya, gajet comel itu merupakan hantaran perkahwinannya dan mempunyai nilai sentimental.

"Disebabkan selalu mengembara, ia akan menjadi teman setia saya apabila berjauhan dengan suami lebih-lebih lagi ia merupakan pemberian hantaran perkahwinan kami.

"Apa yang menarik tentang iPod Touch ini adalah ia mempunyai kapasiti storan yang besar sehingga lapan megabit yang lebih daripada cukup untuk menyimpan data format muzik, gambar, permainan dan lain-lain lagi," katanya.

Jelas Zaff, setiap kali terdapat siri jelajah SuriaFM, iPod Touch itulah yang akan menjadi pengubat kebosanan.

Antara lagu kegemaraan yang akan diputarkan ketika berada di dalam bas atau kapal terbang termasuklah lagu Jennifer Lopez atau lagu dengan genre muzik R&B.

Katanya, ia juga dapat melepaskan rindunya terhadap suami kerana terdapat banyak gambar perkahwinan, pertunangan dan percutian bersama disimpan dalam iPod Touch tersebut.

Sedang rancak berbicara mengenai gajet miliknya, beliau sempat memberitahu warna merah jambu merupakan warna kegemarannya.

"Kalau dilihat hampir semua gajet yang dimiliki berwarna merah jambu kerana saya amat menggemari warna tersebut," katanya sambil tersenyum. - NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


p/s : terima kasih daun keladi kepada wartawan Kosmo yg malu-malu kucing, Amir, yg sanggup datang dari Seremban ke studio SuriaFM masa cuti Maulidur Rasul Jumaat lepas untuk photoshoot ni.. :)

6 comments:

Biqque said...

eh bila gi HK??? mana gambar??? nak tgkkkkk!

Zafrina said...

mana ada gi HK.. reporter tu silap, i ckp uncle i yg HK belikan camera tu.. :)

Ely Hasrul said...

ntah! cam xpuas ati xdek gambo HK poonnn hahahhaa .. tu yg kaler pink tu xtulis ke hubby kasik hadiah hehehe comel aje..

Zafrina said...

kalau pegi HK, confirm balik je trus upload gambar.. hehehe.. ada ckp skin, tp dia tak highlight pun sbb katanya laptop dah selalu cite, dia nak highlight camera lak

Biqque said...

kussss semangat! ingatkan dah pegi! :D ok, if pegi, jgn lupa amik gambo...rugi tu camera best giles!

(bila la nak beli dslr nihhhhh...)

Edzlin said...

berkenan dgn camera DSLR itu