Tuesday, February 16, 2010

makan besar CNY

Cuti panjang sempena CNY.. tapi Zaff takdela cuti panjang.. just dapat cuti pada hari Ahad & Isnin. Sabtu (13 Feb) Zaff keje, on air dari pukul 6 pagi – 10 pagi. Malam tu tak blh tido sampaila pukul 4 lebih baru terlelap kot.. Bangun tido nak pegi ofis, tengok my husband still tak tido-tido, layan Astro ada banyak cite best katanye.. Dah siap mandi sume, tiba-tiba Opie cakap dia nak temankan Zaff ke ofis.. Yang kite ni dok la cakap tak payah, tido je la, tapi dia still nak ikut jugak..

Lepas on air pukul 10 pagi, ingatkan nak lepak-lepak breakfast, tapi masing-masing dah ngantuk, terus kitorg pun balik je rumah.. zzzzzzz… sampai pukul 4 petang! :)

Around 5 petang, kitorg ke rumah parents Zaff, malam tu ada makan-makan sikit. Ingatkan kitorg yg awal, rupanya Angah dah berkampung dari pagi lagi.. Her daughter, Zarra yg tomey sgt tu pun sibuk memasak! Hehehehe.. Makan-makan tu sempena birthday & convocation my brother, sempena my sister dapat keje baru & sempena my parents nak berangkat ke UK bulan 3 nanti.. Semuanya sempena itu inilah! :)

Btw, Udin, we missed u! how we wish u were there! :(

Jemputan just di kalangan family & neighbours – family Pakki, Pakcik, Maksu, family my cousin Syamsul & Famila, famila mertua my sister & my MIL.. ada lebih kurang dlm 50-60 orang.. Menu? My mum masak laksa, nasi ayam, karipap sardin, agar-agar ice-cream & ada birthday cake also cupcakes.. Semuanya sodap!

Actually, birthday my brother tu on 14th Feb, tapi we all saje buat awal sikit.. Dia pun balik bercuti kat KL (my bro tu engineer kat JKR Kuantan). Surprise yang menjadi, just candles tak menyala (sebab angin from ceiling fan padamkan lilin tu) & icing cake Chelsea (Zafrie penyokong tegar Chelsea!) dia cair! Dah hilang logo singa Chelsea tu.. Yg kitorg ni punyela pulun pasang lilin satu-satu (ada 24 batang semuanya) kat dapur sampai berpeluh-peluh, sampai ke luar terus padam! Hahahaha.. Sabar jelah! Icing cake tu lak, agaknya cair sebab cuaca panas sgt kot (walaupun dah letak dlm freezer), sekarang ni cuaca panas gile kan?

Jamuan selesai around 12.30 midnite dengan tetamu terakhir berangkat pulang – family Opie, his parents, cousins & Pak Itam.. sementara diorg melepak, Zaff & mama sempat kemas-kemas sikit, basuh itu ini, so that esok bila tinggal mama, abah & Zafrie je, takdela banyak sgt nak kemas.. Selamat semuanya.. and Selamat Hari Jadi Zafrie! :)


cake sebelum cair

Opie with my niece, Zarra Sophea

semua org nak dukung Zarra! dia pun seronok tak nak tido.. walaupun dah ngantuk, bawak masuk bilik, nangis tengok pintu nak keluar. comel!

Dato' Su ngan cucu! Zarra tak boleh panggil toksu. hahahaha

cupcakes & lilin yg menyebabkan peluh menitik!


gambar tuan rumah nampak sipi-sipi je..










family my-in-laws

Zarra dah nantok

adik bongsu Zaff dgn my mum. 1st, 2nd & 3rd generation

Zarra yg suka gadget - remote tv, handphone semua dia suka



1 comment:

edzlin007 said...

comel gilos zarra ni!!! geramnya tgk