Friday, February 26, 2010

Nabi pun sayang kucing

Tahukah anda Nabi Muhammad saw juga membela kucing?

Salah satu kucing kesayangan baginda ialah Muezza. Diriwayatkan, suatu ketika Nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan, tetapi Muezza sedang nyenyak tidur di atas jubahnnya. Oleh kerana baginda tidak mahu mengganggu tidur Muezza, maka baginda memotong bahagian yang digunakan oleh Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Nabi kembali ke rumah, dilihat Muezza kelihatan kesal dengan perbuatannya dan dilihat cuba memohon maaf atas perbuatannya.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi suka ialah, dia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan ada masanya suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Beberapa orang terdekat Nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, isteri Nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan ketika kucingnya mati. Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi, digelar sebagai Abu Huruyrah yang bermaksud bapa kucing jantan kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Mekah, pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap kali masuk waktu solat, kucing akan berkumpul di situ. Malah ada pernah terdengar cerita, sesetengah orang semasa menunaikan haji ternampak kucing mengadap kiblat seolah-olah sedang bersolat . Wallahualam...

Di bawah ni merupakan gambar yang Kak Lin ambil di Tanah Suci Mekah masa dia buat umrah baru-baru ini. Dikatakan kucing ni merupakan suku sakat kucing Nabi Muhammad saw iaitu Muezza. Comel kan? Telinga dia besar.. Rasanya dah takde spesis kucing yang telinga macam tu sekarang..




Selamat menyambut Maulidur Rasul! Mari sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.. :)

Thursday, February 25, 2010

dengar SuriaFM boleh menang duit lagi!!!!!


SuriaFM nak bagi duit lagi!!!!! kalau tahun lepas dah ada yg menang RM10,000 & RM50,000 dalam Lagu Berduit. tahun ni Lagu Berduit kembali lagi! wang tunai sehingga RM75,000 boleh korg menangi bila dengar SuriaFM. baru-baru ni dah pun diadakan sidang akhbar tentang Lagu Berduit ni kat StudioV, One Utama.

bermula 1 Mac sampai 28 Mac, setiap hari korg boleh menang wang tunai tersebut. dengar Breakfast@Suria bersama Halim Othman & Zizi di mana tiap-tiap pagi diorg akna bgtau ape lagu berduit untuk hari tu. sebagai contoh, lets say diorg cakap lagu aritu lagu Hanya Di Mata nyanyian Erra Fazira, jadi bila korg dengar SuriaFM & dengar lagu tu diputarkan bila-bila masa, terus hantar sms taip suria (jarak) lagu ke 33988. kemudian, kalau sms korg terpilih, penyampai akan call korg & korg bgtau nama lagu & penyanyi dgn betul, terus korg dapat RM250. ada certain-certain masa lak, kalau lagu berduit tu lagu nyanyian "live" artis, wang tunai meningkat lagi menjadi RM5000! dan jumlah itu untuk pengetahuan korg akan meningkat lagi dari masa ke semasa sampaila ke hujung peraduan Lagu Berduit tu. yg penting korg dengar je SuriaFM kalau nak menang duit..

oh ye, lagi satu, dah daftar jadi VIP SuriaFM? kalau belum, tak boleh menang. so daftar la sekarang, taip vip (jarak) nama penuh (jarak) no ic hantar ke 33988. pendaftaran hanya sekali seumur hidup! :)


our Programme Director, Hawa meng"explain"kan tentang Lagu Berduit

masa PC tu, Halim & Zizi paksa semua yg datang daftar jadi VIP SuriaFM time-time tu jugak




special performance from Mila. dia nyanyi 2 lagu & salah satu lagu Mila akan jadi Lagu Berduit. bila & lagu ape? dengar je SuriaFM


Tuesday, February 23, 2010

Hari Ahad di Taiping

tido malam tu kat SSL Traders Taiping, lagi sekali tido dgn tak sedar diri sampai ke pagi! rasanya Zaff tido tak beralih kedudukan pun, mengiring je belah kanan. sedar-sedar pagi tu, boleh terblur jap, "eh aku kat mana ni?" boleh tak????? hehehehe..

Myra ajak gi breakfast pukul 9 pagi, mula-mula tu tak nak pegi sebab rasa mata ni berat sangat nak bukak. so dia pun turunla sorg-sorg.. after half-an-hour try sambung tido balik, tapi tak boleh, Zaff turunla gak gi breakfast. semua org terkejut Zaff turun sebab dalam sejarah pegi mana-mana sebelum ni, Zaff memang tak pernah bangun pagi semata-mata nak breakfast! hehehehe.. tapi lepas breakfast, kitorg sambung tido balik sampai pukul 12 tgh hari.. :D

call time ke Taiping Central pukul 12.30 pm. sebelum gerak ke sana, kitorg ada shoot video klip dalam bas.. video klip lagu ape? haa.. nanti tunggu kitorg announce kat radio, then boleh tengok kat website SuriaFM ye.. tapi yg penting, time shoot tu memang kelakar gile.. :D

show kat Taiping Central, mcm last year memang happening gile. crowd sporting & riuh rendah! sebelum pukul 3 pm, dah ramai yg amik tempat depan stage.. the show went very well & org Taiping sangat best!




dengan kawan yg dah kenal sebelum popular.. Eira Syazira

abis show, makan lagi.. Restoran Selera Malam kat situ sponsor hi-tea. then, makan lagi.. nasib baikla roadtour ni sebulan sekali je, kalau tak jenuh badan naik, asyik makan je.. kali ni kitorg dinner terus kat ape nama ntah restoran kat area Taiping tu.. okla makanan dia.. kat situ Zaff tak makan pun, curi makanan org sana sini je, tu pun dah kenyang.. tapi sebenarnya silapla.. kenapala sape pun tak teringat pegi makan mee udang yg famous kat Taiping tu???






lepas makan, bergerak pulang ke KL dalam pukul 7.30 malam. dalam bas, bermulala sesi karaoke, siap menari-nari lagi. walaupun takde vcd karaoke, sanggup ni pasang minus-one Mimi Mystarz LG & Vince yg ikut naik bas dgn kitorg.. last-last bila Vince nyanyi, lepas tu dah takde sape nak sambung nyanyi sebab semuanya sedar diri, rasa tak sedap je suara compared to the real singer kan? hahahaha..



settle nyanyi-nyanyi, Halim lak dah pegang mic.. bukan nak nyanyi, tapi dia start cerita hantu.. boleh tak???? dalam bas, lampu semua dah tutup, jalan pun gelap.. semua concentrate je dengar dia cerita.. semua senyap sunyi, nafas pun tak dengar! hehehehe.. seram gile, nak-nak lak dengan cara penyampaian Halim.. bila Halim dah abis story, Bob lak sambung, then Naim lak, lepas satu-satu cerita hantu keluar. memang feel la dengar cerita diorg, kena lak dengan keadaan masa tu yg gelap, sampaikan nak stop pegi toilet pun tak jadi sebab hentian yg kitorg masuk tu toilet dia kat atas, tinggi daripada tempat parking. nak jalan naik tangga gelap-gelap tu semua takut, dah bas kena keluar balik cari hentian lain. hahahaha..

kitorg sampai KL pukul 11.30 malam, Alhamdulillah tak diganggu oleh hantu Red Kebaya! hehehehe..