Ahad (03/08/08)… sehari selepas majlis pertunangan kitorg… saye & opie gi honeymoon kat melaka! Baru bertunang dah honeymoon nih! Berangan la… Hehehehe… bukanla honeymoon berdua je… kitorg pegi beramai-ramai actually… family saye & family opie, family kawan baba opie, family uncle2 opie pun ada gak… adala dalam 7 kereta semuanya! Kitorg nak gi makan ikan bakar kat sana… pak itam opie nak belanja…
Kitorg janji jumpa kat hentian nilai kul 3 petang… masa tu 3 kereta je… our car, opie’s car & kereta uncle hamid (kawan baba opie)… yg lain jumpa terus kat melaka…
Sampai bandar hilir melaka, kul 5 petang… kitorg yg muda2 pegi berjalan-jalan kat area A-Famosa & yg veteran2 pegi dataran pahlawan, minum sambil shopping… whoa!!! Lamanya tak datang melaka… seronok gak jalan2 kat sini… ramai 2 lak tu dgn opie, iskandar (adik opie), udin, afan, amar & amir (anak uncle hamid)… saye suka pegi melaka… saye ni suka sejarah… sambil jalan2 tu suka membayangkan keadaan masa dulu kat tempat tu… kitorg sempatla bergambar kat depan istana melaka… tapi frust tak dapat masuk sebab baru je tutup… isyh! Everytime datang je mesti tutup! Punyela merayu kat org jaga gate supaya kitorg dapat masuk kat perkarangan nak amik gambar… hehehe… dapat gak akhirnya…
Then kitorg naikla bukit melaka tu, amik gambar kat keliling tu… turun balik, pegi stadhuys lak amik gambar kat situ… sempat masuk muzium kat bangunan stadhuys tu… bayar sorg RM2… opie banje! Hehehehe…
Pastu, kitorg pegi berkumpul kat depan muzium TLDM (yg ada kapal portugis tu!)… separuh gi toilet, separuh lepak je tepi jalan, tunggu ahli rombongan yg lain…
Sampai je semua, kitorg konvoi ke Alai… kira2 15 minit dari bandar hilir… kebetulan semua dah lapar… sampai je makanan dah terhidang, apa lagi serang le… hehehe… sodap betul makan seafood kat situ. Org pun tak ramai… seronok makan ramai2 mcm tu… tima kasih pak itam…
kepah masak ape tak tau...
ikan kerapu bakar ketam bakar... tapi tak best sebab isi sikit... bulan tak mengambang la... ape nama saye tak tau... ada org panggil pahat... ni pun sodap... muka selepas kekonyangan!
masyaAllah... anak sapala yg makan sampai jadi macam ni???
my parents & bakal mertuaku...
pukul 10.30 malam kitorg bertolak balik ke kl… tu pun family opie yg lain singgah lagi minum kat R&R Seremban… kitorg tak la… terus balik rumah, abah nak keje esok… walaupun penat, but we had fun! Tapi bila fikir esok dah nak keje… isyh! Potongla!...
* For more photos, click here.
No comments:
Post a Comment