Monday, July 23, 2012

Paris : Place de la Concorde, Champs-Élysées & Arc de Triomphe

lepas Louvre, kitorg naik metro ke Concorde. keluar station, at first cari gak apartment Coco Chanel sebab my brother dah pernah pegi, tapi tak jumpa pulak. so, kitorg terus ke Place de la Concorde. kat area ni ada dataran untuk lepak-lepak, palace, fountains, luxor & tempat ni dulu dijadikan tempat pancung kepala orang menggunakan guillotine. antara orang yang dipancung kepala di khalayak ramai ialah Queen Marie Antoinette.  




 The Obelisk of Luxor berlatarkan Eiffle Tower



 tak sure belakang tu palace or hotel

 The Obelisk of Luxor. hadiah daripada kerajaan Mesir ke France di abad ke-19. ketika dihadiahkan ke France, luxor ni dah berusia 3300 tahun. sekarang tak taula dah berapa umur luxor ni

 nun hujung sana, Champs-Élysées. jom jalan!

 belakang tu Grand Palais des Champs-Elysée . sebelah palace tu ada Golden Bridge atau Pont Alexandre III Bridge, tapi tak pegi sebab dulu tahun 2000 dah pegi. kalau nak tengok bridge tu mcm mana, tgk je bridge kat depan PICC Putrajaya. bridge tu inspired from Golden Bridge Paris ni. :)


dari Place de la Concorde, lintas jalan, terus jalan straight je Champs-Élysées, dalam 20 minit jalan kaki. yg best kat Paris ni, jalan dia semua selari & straight, & hujung jalan mesti ada famous landmark. macam kat Champs-Élysées ni, hujung sini ada Place de la Concorde, hujung sana ada Arc de Triomphe. sampai area Champs-Élysées ni, nak pegi toilet pulak.. jenuh kan jalan-jalan bila nak pegi toilet? disebabkan tak blh tahan dah, masukla jugak toilet berbayar kat satu shopping arcade tu, 2 euro! alahai..

 ok dah sampai Champs-Élysées. sepanjang jalan ni semua tempat shopping




 tutup pulak Laduree ni


 ape ada kat dalam tu?

walaupun main shop tutup, depan ni diorg bukak kedai kecik. walaupun kecik, interior tetap grand ye. lepak depan kedai kecik tu sambil makan & melepaskan lelah.. adoi kaki ni dah tercabut dah sebab jalan non-stop



 macaroons! 5 bijik dalam 8 euro. manis sangat!

 headquarters LV


masa kat sini, kitorg ditegur oleh 2 org chinese. diorg from China & excitedla jumpa org Malaysia yg boleh ckp english. ape diorg nak tau? diorg mintak kitorg masuk LV belikan beg utk diorg. ha tu mesti nak bawak balik China then nak immitate la tu! agaknya diorg dah beli banyak sampai tak dibenarkan masuk butik tu lagi. terus my brother cakap, "oh it's ok, we don't do that". bila dia explain why, barula ku faham.. kalau bagi upah kitorg dapat satu beg, nak la jugak belikan. hahaha




 hujung Champs-Élysées, the famous monument in Paris, Arc de Triomphe

 Arc de Triomphe mula dibina pada 15 Ogos 1806. kat bawah arch tu ada kubur askar yg tak dikenali masa WWI. keliling arch tu penuh dgn ukiran pasal perang dulu-dulu. masa French Revolution & masa era Napolean



roundabout ni merupakan jalan terbesar di dunia. memang susah nak lintas & tak dibenarkan lintas kat situ. kalau nak lintas, kena lalu terowong bawah tanah. adikku cerita, masa first time dia & kawan dia sampai sini, tak tau nak lintas kat mana, gigihla jugak lintas, tapi memang macam org gile la nak sampai bawah arch tu. hahaha.. sampai bawah arch tu, tak lama, polis pun sampai.. nasib tak kena saman! hahaha



Champs-Élysées dari Arch de Triomphe


No comments: