hari kelima Euro trip, keluar pukul 10 pagi lepas breakfast kat hotel. makan croissant je, tapi masyaAllah sedapnya croissant diorg.. of coursela sedapkan? orang perancis kan memang particular kalau bab-bab roti ni.. first stop, me & Udin pegi area Lourve. tak ingatla stop kat metro station yg mana. entah kenapa kat Paris tak amik port pun pasal metro.. sebab penat kot?
office Tourism Malaysia, bangga tengok
luar Louvre Palace
this time ke sini excited sebab dulu masa datang tahun 2000, tak bergambar kat sini. masa tu budak lagi, lepas tu tourist guide cakap ape tak paham, bila dah balik Malaysia baru tau Louvre ni popular! boleh tak?? tapi masa ni backlight lak gambar, petang datang baliklah
ok still backlight
belakang tu Arc de Triomphe du Carrousel. actually tu pintu gerbang masuk ke Tuileries Palace, tapi sekarang palace tu dah takde, diruntuhkan pada tahun 1871
nampak tak orang beratur bagai nak rak nak masuk Louvre Museum belah kanan tu ? sebab tula kitorg tak masuk.. semua yg masuk tu nak tengok Monalisa je semata-mata..
buang tebiat nak gak berdiri atas tu
besar gile palace ni. dikatakan kalau pergi setiap hari selama seminggu pun tak abis explore. ni dah masuk ke bahagian lain. nampak Louvre Pyramid kat tengah pintu tu?
Perrault's Colonnade, east wing of the Louvre Palace, one of the most influential classical facades ever built in Europe
disebabkan pagi nak amik gambar backlight, so petang lepas dah round satu Paris, kitorg patah balik ke Louvre. dah naik Metro free kan? so tak kesahlah patah balik berapa kali pun.. sanggup ni! hahaha.. kitorg lepak-lepak kat Starbucks bawah Louvre, amik-amik gambar, then kitorg pun balik..
The Inverted Pyramid. tengok tak filem The Da Vinci Code? hahaha. sebenarnya sini shopping mall, kat depan sikit dari sini, kitorg lepak kat Starbucks. :)
No comments:
Post a Comment