lepas ke Royal Albert Hall, kitorg naik lagi tube, ke area Big Ben. kaki dah letih sangat dah time ni, tapi tetap kugagahkan jugak! keluar station, mata meliar je kiri kanan, mana lak Big Ben ni? sampai adikku cakap, "tu kak tengok atas!" tengok je atas, ha tu dia! betul-betul depan muka Big Ben tu! wahhh... impressed sungguh tengok dari dekat macam tu.. betul-betul depan station tube!
Westminster Abbey dari jauh
untuk yg tak tau Big Ben ni actually clock tower, terletak bersebelahan Palace of Westminster & dah berusia 153 tahun.
orait, now nak berjalan ke London Eye pulak
Palace of Westminster dari atas Westminster Bridge, bersebelahan Sungai Thames
dari sini dah nampak London Eye
hujan sudah mau turun
Palace of Westminster or Westminster Palace or House of Parliament. dulu pernah jadi istana untuk Kings of England, sehingga 1512. selepas terbakar, tukar jadi parlimen sehingga sekarang
London Eye, memang tak la nak naik sebab beratur bagai nak rak. orang punyela ramai
kat area keliling London Eye sangat happening. ada cafe, banyak booth jual macam-macam, ada garden & playground untuk budak-budak. ada gak maskot-maskot, nak suruh diorg buat ape, letak je duit dalam bekas depan diorg
Zorro pun ada
tu maskot ape ntah from Star Wars kot
kitorg lepak jap melepaskan penat & lelah, sambil makan kuih-muih yang ditapau dari Malaysian Hall. then last tempat kitorg ke Kensington Palace. lepas tu, kitorg balik ke Queensway beli souvenirs & tapau kebab for dinner, later terus balik hotel aorund 8.30 malam. there goes our second day di London. esok nak pegi shopping district lak. :)
No comments:
Post a Comment