Sunday, July 8, 2012

London : Tower of London, Tower Bridge & London Bridge

setelah 13 jam flight dari KL & sorang-sorang travel, selamatla ku sampai ke Heathrow Terminal 4. keluar je pintu departure, mama & adikku dah ada menyambut ketibaanku,. cewah! lepas dah salam-salam, peluk-peluk, tukar simcard sana masuk tab (adikku dah belikan awal-awal), then kitorg naik tube ke hotel. heretla beg naik tube & lepas tukar 2 lines, sampaila kitorg kat Tune Hotel Liverpool Street. hotel tak jauh dari station, dalam 10 minit berjalan (depends laju mana kite jalan). lepas checked-in, freshen-up & dinner makan maggi, ingat malas nak keluar. tapi kalau lepak bilik, sure tidur sebab kalau ikut time KL, dah tengah malam & kat London baru pukul 7 malam. so alang-alang, apa kata keluar merayau, then tidur terus ikut time London. so ku & adikku je yang keluar. kitorg ke Tower of London & Tower Bridge.

tepi station ni ada serpihan fort lama yg dulu bersambung dengan Tower of London, tapi tak amik gambar pun kat situ

 terowong ke Tower of London. sepanjang terowong tu kiri kanan ada cerita serba sikit pasal istana lama tu

Her Majesty's Royal Palace & Fortress atau lebih senang dipanggil Tower of London, mula digunakan di penghujung tahun 1066. pernah jadi penjara pada tahun 1100 dan ada 3 raja pernah tinggal kat sini pada abad ke 12 & 13. pada abad ke 16 & 17, istana ni kembali menjadi penjara.

 Tower Bridge dari Tower of London, dekat je boleh jalan kaki

 lagi pemandangan Tower Bridge dari Tower of London

 ok, nak nangis! sebab dari kecik mengidam nak ke sini

 sangat melampau ye senibina jambatan ni! padahal dia jambatan biasa je. tapi dulu UK nak tunjukkan kekayaan empayar diorg, thats why diorg bina jambatan yg grand mcm ni. bila jalan kaki bawah jambatan ni & belek-belek senibina dia, susah nak percaya jambatan ni dah beratus-ratus tahun

 Tower Bridge yg selalu org silap dgn London Bridge. ia 2 jambatan yang berbeza ye





 Thames River


 orait dah sampai seberang. amik gambar lagi



 lepak jap menikmati keindahan Tower Bridge. masa ni dah pukul 8 malam lebih, tapi still terang lagi


 belakang tu Tower of London dari seberang sungai Thames




 Tower of London diambil namanya daripada White Tower ni. dibina oleh William the Conquerer pada tahun 1078.




kedudukan Tower of London & Tower Bridge


 belakang tu baru the real London Bridge. jambatan biasa je, tak grand macam Tower Bridge. fyi jugak, that's the new London Bridge. the old London Bridge telah dijual kepada Robert P. McCullogh pada tahun 1971 dan diletakkan di Lake Havasu City, Arizona. nak tau lebih lanjut, google jela ye


 lalu kat sini asyik nyanyi je "London bridge is falling down, falling down!" hahaha

 Tower Bridge dari atas London Bridge


lepas tu kitorg ingat nak ke St. Paul's Cathedral, tempat Charles & Diana kawin. tapi nak amik gambar lampu-lampu, masa tu belum gelap lagi. malasla nak tunggu lagipun mata ni pun dah nak terpejam je.. maka, kitorg pun balikla terus..

3 comments:

zila said...

Salam perkenalan..

saya teringin tgk tower of london waktu mlm..tp xberkesempatan time tu.. :(

Zaff Zafrina said...

zila - hi! selamat berkenalan. :) saye lak tak pegi time siang sebab time tight. :)

Kak Mahh said...

Sangat menyeronokkan lokasi I pain ramai.