Sunday, November 27, 2011

misi menyelamat

semalam kitorg buat misi menyelamat! haha. tengah lepak kat rumah, mama called. ingatkan nak report diorg dah sampai PD (abah ada team building kat sana), rupa-rupanya tengah on the way kat Lekas highway, tiba-tiba kereta abah rosak pulak. so, kitorg pegi ke lokasi kejadian satu kereta + kereta Zafrie satu kereta. on the way ke sana, mama called kata kereta boleh jalan sikit-sikit lepas peronda highway repair, so diorg tunggu kat tepi tol Setul. better la tunggu situ, ada pondok rehat daripada tunggu tepi highway, panas tu!

setengah jam lepas tu, kitorg pun sampai tol Setul. sengih je mama & abah lepak bawah pondok rehat. tak lama lepas tu Zafrie pun sampai. plan abah mula-mula, dia nak suruh Zafrie bawak balik kereta dia, me, Opie & Rizqy balik naik kereta Zafrie, dia & mama terus naik my car pegi PD. tapi dah kereta tu tgh rosak, sape berani nak drive balik kan? nanti rosak balik tengah jalan, lagi susah.. abah pun satu, awal tadi dia kata kalau panggil tow truck yg cover insurance, free, so kenapa tak panggil kan? hai la abahku..

so bila saye & Zafrie awal-awal dah kata tak nak drive balik kereta dia. dia buat plan lain, semua patah balik ke Cheras, dia drive kereta dia slow-slow. ok fine. tapi, bila nak reverse kereta tu keluar parking, dah tak boleh reverse pulak.. asyik nak ke depan je, tak nak reverse. Zafrie & Opie try tolak pun tak boleh. last-last, nak tak nak kenala call tow truck jugak. see? kalau call dari awal, dah lama sampai Cheras.. hhmm..

jadinya, kitorg semua pun patahla balik ke Cheras & abah tunggu tow truck. pukul 4 petang, abah sampai rumah, lepas dah hantar kereta ke workshop. lepas solat & makan, me, Opie, Rizqy, mama & abah bertolak ke Sungai Long hantar kitorg balik, then diorg straight ke PD guna my car.


Rizqy tertido dengan biskut kat tangan


lepak dalam kereta sementara the boys tengah try tolak kereta




seronok dapat pegang stereng!





tow truck free, just bayar duit tol dia... hhmmm.. kesudahannya, kitorg pun semalam tak ke mana. dah balik rumah, malas nak keluar balik, since me pun tengah period pain.. so, there goes our Saturday. Salam Maal Hijrah!

2 comments:

BlueEwoke said...

Hahahah kalau Rizqy yg tolak keta, mesti jalan terus huhuhuhu..

Zaff Zafrina said...

tu pegang stereng, rasa mcm bawak kereta tok ayah dia la tu.. hehe.. tapi tak menjadi gak, still tak blh reverse kereta tu