Thursday, November 3, 2011

Berdua Bersatu

Jika denganmu salah,
Ku tak mahu yang benar,
Jika denganmu rebah,
Biarlah ku tercalar,
Walau dilanda badai,
Ku sanggup kerna ku mahu,
Kita berdua bersatu


sebelum pegi Bali bulan September, dah dengar lagu ni.. terus dapat tangkap tu mesti lagu artis KRU sebab melodi dia memang ada signature Edry. tapi tak tau sape penyanyi. masa tu malas nak korek dalam-dalam, balik Bali baru amik tau. kumpulan Forteen penyanyinya.. tengok line-up, la.. ku kenal One tu! hehehe.. rezeki dia la dapat masuk group under KRU. lagu tu punyala hits sampai saye & opie selalu ternyanyi-nyanyi lagu tu kat rumah siap menari-nari dengan Rizqy. haha.

kat SuriaFM pun selalu putar lagu tu & during recording carta Suria20, Linda Onn pernah mentioned harap dapat interview group tu. bukan senang tau artis baru nak masuk carta Suria20, selalunya kitorg panggil artis top & A list je. walaupun Forteen tu artis baru, tapi diorg top, so saye deal la dengan PR diorg, maka semalam (Rabu 2 Nov), bertandangla diorg ke SuriaFM.


Ariz, Izzue Islam, Amir & One. empat budak nakal, tak reti duduk diam sepanjang recording


tengah study skrip promo Suria20


Halim Othman cuba jadi remaja macam Forteen. haha


Linda pun cuba jadi remaja pose macam tu! haha


me, Linda ckp memang dah macam remaja, nak-nak dah pakai sweater Adidas tu. yes!!!! haha



bob pun nak amik gambar dengan Forteen


ini bukan anggota tambahan Forteen ye. ni Iqa Mentor atau budak-budak Forteen panggil dia Piqot. saje je datang meriahkan studio SuriaFM

1 comment:

pinkyanie said...

sy sangat suka ngan group forteen nie...dak2 nie sume swet2...pandai KRU pilih...suara pun sedap, lagu fav berdua bersatu...hehehe...