Monday, November 21, 2011

maid=bibik

3 hari rasa lega sangat.. sebab ape? sebab ada maid kat rumah. parentsku pegi bercuti ke Langkawi hari Khamis-Sabtu, so bibik berumahtanggalah kat rumah kitorg. petang Rabu bawak dia balik, dia stay sampai Sabtu malam. actually agak awkward bila ada stranger dalam rumah. tapi saye buat-buat ok je. haha.

since saye kat rumah tak masak & for sure dapur takde benda, so dah pesan awal-awal suruh dia bawak ape-ape yg nak dimasak dari rumah parents. so adala dia bawak carrot, kentang untuk buat bubur Rizqy & untuk dia, first day dia ada bawak bekal sup daging. suruh bawak benda lain nak masak, dia kata "takpelah".. jadinya, untuk Jumaat & Sabtu, saye tapaukan lauk untuk dia lunch.

3 hari dia di rumah, rumah tu bersih sebersih-bersihnya. especially kat dapur & guest room. semua barang yg belum unpack sejak pindah & barang-barang Rizqy, semua dia simpan dalam store room & bilik tu jadi kosong! tinggal katil je..

dapur lak, semua barang-barang yg ada atas cabinet, semua dia simpan masuk dalam cabinet. so atas cabinetku pun kosong! jadi mcm rumah baru masuk je. haha..

hall & dining, dia siap vacuum & mop. Alhamdulillah, lega! tapi our room, dia tak kacau. rasanya masuk pun tak..

actually, jenuh gak mencari barang sebab semua dia simpan masuk cabinet. ape-ape nak cari, semua kena tanya dia mana dia letak.. same goes to Opie, pening gak cari barang-barang dia. haha.

tapi yg paling best, Rizqy.. berkepit je dengan bibik, sampai bila saye balik tak heran langsung kat mama dia! amboi.. lama sikit panggil-panggil dia, baru dia datang kat saye..

selama 3 hari bibik kat rumah, petang bila balik keje, saye takdela terkejar-kejar sangat & still boleh rehat sikit sebab dia tengokkan Rizqy. ada satu malam me & Opie boleh keluar dinner dating berdua sebab dia jaga Rizqy kat rumah. hari Sabtu lepas, rasanya that's my first weekend yang saye boleh bersenang-lenang. bibik kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju & jaga Rizqy. so, i got ME time!


Rizqy & bibik layan bola Malaysia vs Myanmar


memang lega sangat-sangat. suami, nak maid! :D



No comments: