Tuesday, November 29, 2011

Rizqy is 11 months today!

Rizqy Harris genap 11 bulan hari ni. happy 11 months bornday sayang! dia tengah demam+selsema+batuk sekarang, complete set! demam nak besar kot? weekend ni nak cuti-cuti kat PD, harap-harapla dia dah ok. kalau tak, tak bolehla nak swim.. tapi ubat tak nak makan, mcm mana nak baik? sebelum ni, makan ape ubat semua tak nak, siap muntah balik. letak dlm susu pun dia tak nak minum susu tu, mcm tau je ada ubat dlm susu tu.. last resort, mama dah beli ubat serbuk dalam sachet utk Rizqy makan, try letak dlm susu or bubur nasi dia. harap-harapla dia makan..





Sunday, November 27, 2011

1 Muharam 1433H

masa hari ni dihabiskan dengan Opie & Rizqy. of coursela kan? dengan sape lagi? hehe.. breakfast kat rumah, goreng karipap & buat nescafe. satu nescafe tarik, satu nescafe 'o' sebab susu dah abis, sempat buat satu je nescafe tarik. sape yg minum tarik? sape yg minum 'o'? of course la diriku isteri mithali yg minum 'o'! :D

Rizqy batuk teruk. tapi nak bagi makan ubat seksa! sakit hati betul! sampai muntah-muntah. mcm manala nak baik kalau tak makan ubat kan?

lepas Rizqy bangun tido, around 3pm something kitorg ke Carrefour Bandar Tun Hussein Onn. lunch kat kopitiam ape ntah yg duta dia Misbun Sidek tu, then kitorg perabis duit kat situ. beli t-shirt untuk Rizqy (RM10 sehelai), beli singlet untukku 2 helai (RM5 sehelai), beli barang dapur & toilettries. abis shopping, ingat nak bawak Rizqy main kat tasik tepi Carrefour tu, tapi hujan le pulak. so balik terusla kitorg..

sampai rumah, melayan batuk Rizqy, dia sakit tekak kot asyik merengek je.. kesian dia.. bagi dia makan ubat sampai muntah-muntah lagi. tiba-tiba badan dia dedar sikit.. janganla demam Rizqy.. sumbat gak ubat demam & ubat batuk kat dia.. tunggu dia tido, tak tido-tido.. malam, Opie keluar pegi main game dengan kawan dia (dah jadi bapak org pun nak main game lagi kan?), saye kat rumah layan Rizqy, layan bola, layan Vokal Bukan Sekadar Rupa sampai tak mandi-mandi sebab Rizqy tido kejap-kejap sampai ke tengah malam.. sabar jela..

btw, lupa nak share.. sempena Maal Hijrah/Awal Muharam ni, tiga tahun lepas, 1 Muharam, saye selamat diijabkabulkan dengan Opie.. dah 3 tahun dah ye? happy anniversary to us!



misi menyelamat

semalam kitorg buat misi menyelamat! haha. tengah lepak kat rumah, mama called. ingatkan nak report diorg dah sampai PD (abah ada team building kat sana), rupa-rupanya tengah on the way kat Lekas highway, tiba-tiba kereta abah rosak pulak. so, kitorg pegi ke lokasi kejadian satu kereta + kereta Zafrie satu kereta. on the way ke sana, mama called kata kereta boleh jalan sikit-sikit lepas peronda highway repair, so diorg tunggu kat tepi tol Setul. better la tunggu situ, ada pondok rehat daripada tunggu tepi highway, panas tu!

setengah jam lepas tu, kitorg pun sampai tol Setul. sengih je mama & abah lepak bawah pondok rehat. tak lama lepas tu Zafrie pun sampai. plan abah mula-mula, dia nak suruh Zafrie bawak balik kereta dia, me, Opie & Rizqy balik naik kereta Zafrie, dia & mama terus naik my car pegi PD. tapi dah kereta tu tgh rosak, sape berani nak drive balik kan? nanti rosak balik tengah jalan, lagi susah.. abah pun satu, awal tadi dia kata kalau panggil tow truck yg cover insurance, free, so kenapa tak panggil kan? hai la abahku..

so bila saye & Zafrie awal-awal dah kata tak nak drive balik kereta dia. dia buat plan lain, semua patah balik ke Cheras, dia drive kereta dia slow-slow. ok fine. tapi, bila nak reverse kereta tu keluar parking, dah tak boleh reverse pulak.. asyik nak ke depan je, tak nak reverse. Zafrie & Opie try tolak pun tak boleh. last-last, nak tak nak kenala call tow truck jugak. see? kalau call dari awal, dah lama sampai Cheras.. hhmm..

jadinya, kitorg semua pun patahla balik ke Cheras & abah tunggu tow truck. pukul 4 petang, abah sampai rumah, lepas dah hantar kereta ke workshop. lepas solat & makan, me, Opie, Rizqy, mama & abah bertolak ke Sungai Long hantar kitorg balik, then diorg straight ke PD guna my car.


Rizqy tertido dengan biskut kat tangan


lepak dalam kereta sementara the boys tengah try tolak kereta




seronok dapat pegang stereng!





tow truck free, just bayar duit tol dia... hhmmm.. kesudahannya, kitorg pun semalam tak ke mana. dah balik rumah, malas nak keluar balik, since me pun tengah period pain.. so, there goes our Saturday. Salam Maal Hijrah!

Thursday, November 24, 2011

perangai Rizqy #2

anakku yang semakin banyak akal. ada je benda baru dia nak buat & nak explore. dari masa ke semasa, ada je benda yang dia fikir ape nak buat next..

masuk sendiri duduk dalam bekas toys dia


muka takde expression lak tu


dah boring duduk dalam, terbalikkan box tu & duduk lak atas box tu!


try berdiri pulak


yeay mama! Rizqy terror!



Tuesday, November 22, 2011

tahniah Harimau Muda

tahniah pasukan U23 Harimau Muda yang dah kalahkan Indonesia semalam & berjaya membawa pulang pingat emas dalam Sukan Sea. balik rumah dalam pukul 8 lebih, kelam kabut bagi Rizqy makan, then saye pun kelam kabut dinner sorang-sorang makan bihun sup beli kat pasar malam.

start bola, saye layan dengan Rizqy kat ruang tamu bawah. agak terkejar-kejarla mana nak makan & mana nak layan perangai Rizqy, tapi yang penting mata tetap melekat kat tv. masa Indonesia masuk first gol, saye tak tengok sebab sibuk kat dapur. tapi terus darah naik kepala sebab cepat sangat diorg score. dalam hati sangat nervous sampai doa-doa masukla gol Malaysia.. dekat nak abis first half baru Malaysia gol kan? Alhamdulillah.. seronok tapi lagi nervous!

masuk second half, me & Rizqy pindah tengok tv kat bilik tido. tak lama lepas tu, Opie pun balik. ok lega. layan Rizqy main sampai dia tido. letak dia kat katil dia, saye & Opie tengok bola sambil lepak-lepak atas katil.. tapi tak puas sebab tak boleh jerit kuat, Rizqy dah tido. hasilnya, Opie la kena pukul-pukul! geram & nervous! hahaha..

ada banyak gakkan gol offside? abisla linesman kena balik naik barachuda semalam. haha. second gol Malaysia, saye & Opie siap dah peluk-peluk lompat-lompat atas katil, tapi offside pulak.

kitorg berdua dahla tak mandi-mandi dari siang, mintak-mintakla berbaloi tunggu sampai abis. bila masuk extra time, nervous bertambah-tambah.. setiap negara masuk gol, tapi semua offside. time penalti lak, masyaAllah berdebar-debar ni! saspen je.. mcm tgk cite hantu lak! tak penah-penahla rasa mcm ni.. dalam hati tak putus-putus doa.

tapi Alhamdulillah, ibu segala pingat akhirnya dalam genggaman. Rizqy lak tiba-tiba bangun duduk terus tgk tv sambil gelak-gelak. mcm tau je dia kite menang & kitorg pun terus berlakon buat-buat tido. nasib dia tido balik. haha. tahniah kepada semua players & coach. tapi yang terbaik tetap Apex! cayalah bro!

malam tido sangat lena walaupun dikacau Rizqy nak susu. tapi bila bangun pagi, lemau, sebab terlebih tido.. *sigh*



Monday, November 21, 2011

maid=bibik

3 hari rasa lega sangat.. sebab ape? sebab ada maid kat rumah. parentsku pegi bercuti ke Langkawi hari Khamis-Sabtu, so bibik berumahtanggalah kat rumah kitorg. petang Rabu bawak dia balik, dia stay sampai Sabtu malam. actually agak awkward bila ada stranger dalam rumah. tapi saye buat-buat ok je. haha.

since saye kat rumah tak masak & for sure dapur takde benda, so dah pesan awal-awal suruh dia bawak ape-ape yg nak dimasak dari rumah parents. so adala dia bawak carrot, kentang untuk buat bubur Rizqy & untuk dia, first day dia ada bawak bekal sup daging. suruh bawak benda lain nak masak, dia kata "takpelah".. jadinya, untuk Jumaat & Sabtu, saye tapaukan lauk untuk dia lunch.

3 hari dia di rumah, rumah tu bersih sebersih-bersihnya. especially kat dapur & guest room. semua barang yg belum unpack sejak pindah & barang-barang Rizqy, semua dia simpan dalam store room & bilik tu jadi kosong! tinggal katil je..

dapur lak, semua barang-barang yg ada atas cabinet, semua dia simpan masuk dalam cabinet. so atas cabinetku pun kosong! jadi mcm rumah baru masuk je. haha..

hall & dining, dia siap vacuum & mop. Alhamdulillah, lega! tapi our room, dia tak kacau. rasanya masuk pun tak..

actually, jenuh gak mencari barang sebab semua dia simpan masuk cabinet. ape-ape nak cari, semua kena tanya dia mana dia letak.. same goes to Opie, pening gak cari barang-barang dia. haha.

tapi yg paling best, Rizqy.. berkepit je dengan bibik, sampai bila saye balik tak heran langsung kat mama dia! amboi.. lama sikit panggil-panggil dia, baru dia datang kat saye..

selama 3 hari bibik kat rumah, petang bila balik keje, saye takdela terkejar-kejar sangat & still boleh rehat sikit sebab dia tengokkan Rizqy. ada satu malam me & Opie boleh keluar dinner dating berdua sebab dia jaga Rizqy kat rumah. hari Sabtu lepas, rasanya that's my first weekend yang saye boleh bersenang-lenang. bibik kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju & jaga Rizqy. so, i got ME time!


Rizqy & bibik layan bola Malaysia vs Myanmar


memang lega sangat-sangat. suami, nak maid! :D



tahniah Naim & Hanie

selepas diriku, semalam ada orang kedua di programming department SuriaFM yang selamat melangsungkan pernikahan iaitu Naim. tarikh cantik 20.11.2011, diorg nikah pagi & reception pada sebelah malam di Golden Cheronese Mediahall, Maju Junction.

so semlm, siang saye tak keluar satu hari sebab opie ada tournament paintball. sepatutnya siang tu ada satu lagi wedding & birthday party, dua-dua tak pegi sebab susahla nak gerak berdua je dengan Rizqy. tunggu opie balik, dekat-dekat pukul 7 malam kitorg gerak ke Maju Junction.


pelamin concept hitam putih


sebelum majlis start, penat kejar Rizqy. dah pandai berjalan, tak nak duduk langsung. nasib baikla table kitorg dekat dengan pintu, so bolehlah lepak-lepak luar bagi dia jalan-jalan




Naim & Hanie tengah bersanding. kitorg dah kelaparan tunggu nak makan. haha


antara staff SuriaFM yg hadir kat wedding tu. pengantin perempuan takde sebab pegi tukar baju


pengantin segak pakai kot! :p


me & tuan kamera, Seri. tumpang kamera dia je sebab kameraku dah rosak


pengantin perempuan dengan dress kedua untuk potong kek


seronok Rizqy kena dukung dgn pengantin. amik berkat ye!


goodies daripada pengantin. ada talkum & cleanser Safi Balqis, Noraini's cookies, muffin, surah yasin & cd gambar diorg. meletop!


tahniah Naim & Hanie. welcome to the club! selamat melayari bahtera perkahwinan & banyak-banyak bersabar dengan dugaan alam perkahwinan. aku doakan korg bahagia sampai ke hujung nyawa ye! :D



Friday, November 18, 2011

birthdays & anniversary

my birthday, Rizqy's birthday, Opie's birthday & our 3rd anniversary are just around the corner. as for now kitorg takde plan lagi, cuma on 3rd December kitorg akan ke PD & stay kat Avillion Admiral Cove. bolehla kata advance celebration for us, combine semua sekali. just the three of us, saje-saje weekend getaway merapatkan silaturahim.. hehe.. now dah ada Rizqy seronok lak nak bawak dia jalan-jalan, tapi jalan dalam Malaysia jela. kalau oversea, tunggu hujung tahun depan dia masuk 2 tahun baru nak bawak..

untuk my birthday, I already rewarded myself an advance birthday gift. ape dia? *sengih lebar* nak harap laki, takde kot.. so hadiahkanlah untuk diri sendiri. haha


untuk first birthday Rizqy lak, takde plan nak celebrate birthday dia. yg penting memang kitorg takkan buat birthday party untuk dia sebab dia tak paham ape lagi, so duduk diam-diam takyah membazir duit. tapi maybe ajak my family & family opie gather makan-makan jela kot. nanti Rizqy dah besar, dah pandai tiup candle, dah paham & dah tau appreciate things baru mama papa buat birthday party ye sayang!


untuk our anniversary yg ketiga yg sama date dengan tarikh lahir Rizqy pun takde plan. kot-kot Opie nak buat surprise for me?? how i wish.. *wink wink*


on January, a few days after birthday Opie (12 January) kitorg akan ke Phuket & Krabi. tu lak boleh consider celebrate birthday Opie. kelas celebrate kat oversea! :p

p/s: me, opie & Rizqy - 3 beranak berbintang Capricorn. pandai budget kan? :p



merah jambu

my lappy, mouse & earphone..


all pink!
baru je ditegur my officemate.
katanya, nasib Rizqy lelaki, kalau tak sure semua pink!
eh adala! t-shirt dia colour pink.. haha!



Tuesday, November 15, 2011

adakah saye diet?

saye sebelum kawen.. berat = 50kg





saye selepas kawen.. berat = 52-54kg



saye beberapa hari sebelum bersalin. berat = 70kg




saye abis pantang.. berat turun 14 kg



saye dua, tiga minggu lepas.. berat = 49kg



lately ni ramai sangat yang tegur saye sangat kurus! yup, saye sendiri realized that sebab seluar jeans sebelum kawen semua boleh pakai balik, in fact lagi longgar! to tell u guys frankly, saye tak diet ape pun. maybe sebab tak cukup tido, still breastfeeding & also stress jaga Rizqy yang semakin lasak & sangat lasak kot! haha. tapi syukur Alhamdulillah, sangat lega dapat kurus balik sebab knowing my keturunan family semua badan besar-besar..

semoga entry kali ni menjawab semua soalan daripada anda semua ye! sumpah saye tak diet! :D


perangai Rizqy

Rizqy dah 10 bulan lebih. dah boleh jalan, dah ada 5 batang gigi & sangat lasak. suka turun naik tangga & perangai lain pun dah macam-macam keluar sampai mama stress! :p


playpen, bath tub or swimming pool?


kemas almari


pinjam jap mama, nak buat keje jap


sibuk baca buku

layan Upin Ipin sebelum tido


penat duduk, baring lak


semua nak sibuk!


kacau papa unpacked video monitor dia


ha.. kacau mama punye toys


abis hidung momo kena gigit


dah penat main, nangis ngendeng-ngendeng mama. tak nak layan.. :p


cheese! :D