Friday, June 3, 2011

stroller

bila dah ada baby, nak gerak ke mana-mana, macam-macam fikir.. tempat tu ada baby room ke, sesuai utk bawak stroller ke, pack ke tak tempat tu, panas ke tak & lain-lain la.. to tell u the truth, now kitorg memang dah kurang ke wedding or tempat-tempat yang outdoor sebab kesian kat rizqy panas nanti. dahla pakcik tu kuat peluh. kalau nak makan pun, kitorg mesti ke tempat yang ada aircond, selesa sikit utk semua.. actually leceh ye bila dah ada baby! tapi itula dia, kat situla tahap kesabaran kite sebagai parents diuji..

me nak cerita pasal stroller. masuk bulan ni dah 5 bulanla gerak ke mana-mana berstroller. for me, lagi selesa bile gerak bawak stroller daripada pakai baby sling or carrier. tak larat kot nak bawak baby mcm tu, bukannya ringan, nak-nak kalau lama.. ada separuh kawan-kawan, takut nak keluar sorang-sorang bawak baby, tapi me selalu keluar sorang-sorang dgn rizqy. that's why penting beli stroller yg ringan, so bile kite sorang-sorang pun, senang nak handle stroller tu, nak angkat simpan keluar masuk kereta.. me dah ke curve, midvalley, giant kinrara, semua sorang-sorang dgn rizqy je! hehehe

ok ckp pasal stroller, actually kena sabar banyak-banyak bile ke mall bawak stroller. yela, orang tak macam kite.. mesti akan jumpa org tak boleh tolerate dgn stroller ni. kat escallator, kat lif, even tengah-tengah jalan pun, kalau dia nak langgar, dia langgar je stroller. pendek kata, boleh buat gaduhla kalau pasal stroller ni!

penah jadi, masa tu kat carrefour alamanda. pegi baby department, ada la sorg minah ni, tengah tengok bouncer, maybe dia nak beli utk anak dia or nak bagi hadiah. me pun ada kat the same lorong tgh tgk frame buaian. then bila me nak gerak, yang dia tu boleh berdiri tegak mcm tiang bendera kat situ without bergerak sikit pun nak bagi laluan kat me & stroller. bukanla nak suruh org respect kite mcm mana, just bila nampak kite nak gerak, some more lorong tu sempit, guna common sensela kan? tolongla gerak sikit ke tepi.. ni tak, sampai me kena mintak excuse, baru dia gerak sikit, tu pun dgn muka hidung yg tak cantik. tapi still tak lepas, sebab tayar belakang stroller tu besar & dia lak keras lagi kat situ. me dah hangin dah! last-last me lalu gak depan dia, sambil tayar belakang stroller melenyek kaki dia! ha kan dah kena?! sambil lalu depan dia, me sempat lagi sound tepat kat dia, "padan muka, kan dah kena?" muka dia agak terkulat-kulat tapi still bodoh sombong muka tu.. some people.. please la.. takyahla nak berlagak. nanti sampai time awak, barula paham macam mana perasaan org yg berstroller ni.. give and take la kan? bukannya susah pun & tak lama pun nak tunggu stroller tu lepas depan awak..

lagi satu agak tension kalau ke kedai yang lorong dia sempit ya amat.. terpaksala lupakan niat nak masuk ke kedai mcm tu. me perasan, cotton on, kedai dia memang sempit. so kalau sorang-sorang, memang tak masuk le kedai tu. kalau berdua, sorang kena tunggu kat luar.. jadi, kalau ke kedai yang amat luas & stroller lepas masuk, memang rasa seronok sangat-sangat & rasa appreciated!

rasanya semua tempat kena mesra stroller. me rasa semua parents setuju kan? yela, semua oarang akan ada baby one day & of course nak berjalan-jalan dengan baby. bila berjalan dgn baby, kena bawak stroller, even yg anak dah 3, 4 tahun pun still bawak stroller..

lagi satu, untuk semua orang, please consider & tolerate dengan stroller ye.. just respect with each other, give & take.. tak susah pun benda tu, tak perlu diajar, guna common sense je.. nanti bila dah kena bawak stroller ke hulu hilir, baru tau mcm mana perasaan mak-mak & bapak-bapak semua! masa tu baru tau langit tinggi rendah! :D





6 comments:

Nur Raihana Abd Rahim said...

betul kak zaf ckp mcm tu kat pompuan tu??so berani la akak cayalah!!!hehhehe...mmg patut pun buat gitu kan.dgn baby kecik pun tak nak mengalah

Ely Hasrul said...

skang skin lagik rajin bwk stroller sbb kalu sami sleep.. mmg xkuasa lah makcik nk mengcarrynye.. hihihi

goblogbyfarah said...

setuju2. pada yang belum kawin dan beranak tu silalah memahami kami yang beranak dan berstroller ni yaaa. that's whylah i beli stroller yg ringan and tayar kecik, jimat space ;)

edzlin007 said...

ada juga org mcm tu rupanya. isk.. mmg tak patut.

**YaNa YassiN** said...

wah,.. panjang nyer bebelan,.. tp mmg benar, sangat ramai yg x prihatin sekarang niee,.. pentingkan diri sendirik jaaa

Zaff Zafrina said...

nur raihana - yup, mmg kak zaff ckp mcm tu kat dia. padan muka dia!

skin - yup, lagi besar lagi nak bawak stroller. tak larat kot kalau baby nak tido, takkan nak dukung kan?

goblogbyfarah - dah jadi mak baru tau kan?

yana - luahan hati & utk org lain sedar gak. :)