Monday, January 17, 2011

rasa sakit pulak (part 1)

Experience masa bersalin, dah pun I shared dalam my previous entry. This time I nak share lak experience rasa sakit lepas ubat bius abis lebih kurang 4 jam lepas operation. Sebelum tu masa kat recovery room, nurse datang dua tiga kali check darah nifas yg keluar. Actually I pun baru tau, it’s either kite bersalin normal or c-sect, darah nifas tu keluar sama je, mcm darah period, so kenala pakai pad, yg bertali lagi! Ikat kat pinggang, sangat old school kan? Hehe..

Masa nurse datang utk pertama kali, dia mcm terkejut sebab darah tu banyak sampai basah pad & kena bed sheet. So, dia pun tukarkan pad, tukar cadar katil, then I ditukarkan ke katil lain & ditolak masuk ward balik..

Pukul 3 lebih, datang lagi nurse, pun mcm terkejut & dari ape yg dia ckp dgn sorg lagi nurse, darah I banyak keluar. So I tanyala, normal ke kalau darah byk? Dia ckp darah keluar memang normal, tapi kalau dah banyak sgt, maknanya ada benda tak kena & diorg akan refer dgn Prof Hashim. I dah tak senang duduk dah.. Masa tu pulak ubat bius dah abis, so masa diorg tukar cadar katil & I kena pusing badan ke kiri & kanan utk diorg tukar cadar, masa tu dah rasa sakit gile perut ni.. Sampai menggigil-gigil la badan tahan sakit. Sakit tu tak tau nak ckp mcm mana, Allah je tau, tapi memang sakit.. I ingat lagi masa pusing badan kanan kiri tu, I pegang kat handle katil punyela kuat sebab nak tahan sakit. Bila my mum masuk balik bilik ward, dia tanya kenapa sebab agaknya dia tengok muka I dah pucat & semacam je. I cakap dah start rasa sakit.. So terusla mintak pain killer kat nurse.. Alhamdulillah, pain killer tu cepat buat keje dia, dalam masa 5-10 minit dah kurang sikit sakit.. Nak kata tak sakit langsung takdela, still rasa sakit yg mild, kena tahan je la..

Dalam pukul 5 petang, datang sorg doctor ganti Prof Hashim (prof tgh ada satu lagi operation) utk check darah I ok ke tak.. Ha, this comes the best part. Mula-mula dia tengok kuantiti darah, then dia mintak torchlight kat nurse. Lepas tu dia pegang ada satu benda besi yg mcm pengorek.. Then, ape dia buat ntah dgn benda alah tu, dgn torchlight & bila dah settle, I tengok tangan dia segengam penumbuk tu penuh darah. I tak tau dia buat ape dgn my *tut*! Sebab I still rasa kebas kat area tu! Katanya dia korek buang blood clot (darah beku) & I bleeding sebab takde contraction. So bila dah buang blood clot tu, darah akan keluar macam biasa, tak banyak macam sebelumnya yang sampai kena tukar cadar 2, 3 kali!

So, lepas tu, nurse datang dalam 3, 4 jam sekali tukar pad & diorg still pantau kuantiti darah. I pulak, satu hari satu malam la terbaring tegak menahan sakit, tapi Alhamdulillah, for me, I rasa sakit tu masih lagi boleh ditahan compared tu sakit yg petang tu.. Hari tu jugak, I tak breastfeed my baby, even nurse pun tak advice sbb susah & sakit, insyaAllah esok I akan start breastfeeding.

Malam, me & opie lepak kat bilik ward sambil layan final Piala Suzuki, Malaysia vs Indonesia & Alhamdulillah jugak, tripple celebration ukt kitorg – our anniversary, baby Rizqy lahir & Malaysia jadi juara. Kat ward tu, punyela happening, nurse-nurse pun pakat bersorak bila gol. Sape kata tgk bola kat hospital senyap je? Hehehe.. And malam tu jugak, first time kitorg tido bertiga. Kalau ikutkan I, I nak biar je baby kat nursery bagi nurse jaga, tapi opie tak nak sebab katanya kesian anak dia tinggal sorg, baby yg lain masuk bilik.. So, satu malam la opie berjaga sebab Rizqy pun kejap-kejap terjaga.. I? Tido tak sedar diri! Walaupun sakit! Haha..


immediately lepas keluar dari recovery room











6 comments:

CT said...

congrats dh dpt baby....sonoknya

atenzone said...

comeynya rizqi.
bilalah nak melawat ni.

Wahida Shukeri said...

sakit yg x tertahan tu sebab blood clot tu ke??
thanks for the comment in previous entry..good info untuk i yg xde keyakinan sgt ni..sebab i skrg mengalami senggugut yg amat sakit mcm contraction plak rasanya...sampai masuk wad sebab dia punya rasa sakit tu..tu yg takot nk go for normal birth...

Zaff Zafrina said...

CT - tq dear!

aten - nak dtg bgtau je ye

wahida - sakit bukan sebab blood clot, yg tu tak sakit langsung. yg i rasa sakit tu sakit kat tempat operation.. biasala, sape2 lepas operation akan sakit bila ubat bius abis, tapi ada pain killer. yup, org ckp contraction mcm senggugut, tapi lagi teruk. so kalau tak nak rasa sakit tu semua, once baby dah 38 weeks ke atas, dah boleh set date & time utk buat c-sect. one more thing, kalau normal birth, i think sakit berganda - sakit contraction, sakit koyak kat bawah tu, sakit lepas jahit lagi.. so, all the best & fikir yg terbaik je ye

Wahida Shukeri said...

thanks...will think bout this n thanks for the info...share lagi ye...:)

edzlin007 said...

Seronok baca cerita kak zaff. boleh jadi panduan tuk saya masa depan. hehe... comel sgt baby :)