Now, it’s the day that we’ve waiting for.. Rabu, 29 Disember 2010, pukul 7.30 pagi dah bangun. Malam tu tido tetap lena mcm biasa, takde rasa nervous pun.. Me & opie amik mama dulu, then we all ke Bandar Tun Razak for breakfast. Ingat nak makan roti canai Melayu, tapi dah abis pulak, so I makanla nasi lemak bungkus.
Elok habis je makan, I dapat sms from Prof Hashim. Dia cakap kalau nak Caesar I kena puasa sejak pukul 12 tengah malam tadi. What!!!! I baru je abis makan, nasi lemak lak tu! Prof ni pun, kot ye nak suruh puasa pukul 12 tgh malam, yg dia reply sms pukul 8.30 pagi apsal? Still jetlag kot? Hahaha..
Disebabkan dah makan, I gamble je la pegi hospital. Settle registration & dah masuk ward dalam pukul 10 pagi, nurse tanya bila last meal. So I pun terus terangla bagitau baru je makan tadi. Muka nurse tu dah terkulat-kulat.. lepas tu dia cakap, “okla, takpe.. tapi kalau nak Caesar, kena tunggu selepas 6 jam, sebab takut nanti muntah lepas operation”. I replied back, “ok je, tak kesah petang atau malam, janji baby keluar arini sebab kitorg punye anniversary”. :D
Pukul 11 lebih, Prof Hashim sampai dengan t-shirt bodoh dia & rambut agak berserabai. Hehe. Rupa-rupanya dia cuti aritu & malam tadi flight dia delayed, tu yg dia reply lambat my sms. First question, “nak normal ke Caesar?” I dengan lajunye jawab, “Caesar la prof”. Tapi hakikat sebenarnya, pendirian ni tak tetap lagi & perasaan memang tak menentu sama ada nak bersalin normal or Caesar. Tapi bila mulut dah laju jawab nak Caesar, so I ikut kata mulut..
Second time Prof Hashim masuk bilik, dia cakap, “I nak buat cepatla, so bila pakar bius tanya bila last meal, u cakap pukul 9 pagi, then pukul 10 you tumpah darah (bila tumpah darah, maknanya emergency, so diorg tak blh ckp ape).” Dengar macam tu, I tergelak & confuse, siap tanya lagi boleh ke sebab I baru makan & dia jawab dengan senang hati, “boleh..” lepas tu, nurse pun bagitau my blood pressure tinggi, dia jawab, “memang tinggi, org nak bersalin..” hahaha.. cool la my gynae tu! Selamba je sambil tersenyum simpul..
I dengan rasa tak percaya, still relaks-relaks lagi atas katil, then nurse masuk tanya, “dah nak masuk OT kan?” Ha?? Dah tak senang duduk.. biar betul nak pegi OT dah ni? Mental tak prepare pun sebab semuanya cepat sangat. So, I pun terus la tukar uniform untuk operation procedure, lepas tu duduk melengung atas kerusi tepi toilet, still berfikir betul ke apa yang aku buat ni? Sempatla termenung kejap, sampai Prof masuk tanya I dah ready ke belum. Seterusnya, naikla I atas katil & ditolak ke OT.. Dalam masa yg sama, I dengar Prof tanya opie nak masuk OT tak & opie tanya balik boleh ke? Jugak dengan senang hati dia jawab, “boleh, apa lak tak boleh..” :D
Opie, my mum, my in-laws & prof ke OT ikut jalan lain, I pulak baring atas katil ditolak nurse ikut jalan lain.. masa on the way ke OT tu, baru start rasa nervous, tapi rasanya still nervous yg mild lagi. Entahla tak tau kenapa, I agak kuat semangat aritu.. semangat nak keluarkan anak sendiri, sebab I rasa takut macam mana pun, kite kena lalui jugak benda tu, takkan nak biar baby tu dalam perut je kan?
1 comment:
bagus2, happy je :D
Post a Comment