Thursday, January 6, 2011

before menyerah diri

Meronta-ronta nak blog pasal pengalaman bersalin, lagipun ramai yg bertanya. Cuma sebelum ni tak boleh sebab tak blh duduk lama-lama, but now, I’m ok. :D

Ramai yg tau, my due date was on 19th December. Tap bila sampai harinya, memang takde ape-ape tanda nak bersalin. In fact, on the 19th tu, I boleh lagi keluar lunch dgn family kat Wangsa Walk Mall & jalan-jalan kat situ.. kerja gila kan? Haha

Dalam hati risaula gak, yela dah first baby, kite pun tak tau macam mana. Tapi I memang tak putus-putus doa, mintak baby ok dalam perut & I banyak buat research pasal baby overdue ni. Overdue ni actually keturunan, so maybe I ikut my mum yg pernah overdue 14 hari masa mengandungkan adik I yg ke-3. Overdue memang takde ape-ape masalah, as long setiap hari baby aktif bergerak & Alhamdulillah, my baby memang banyak gerak. Risau gak bila dapat tau, sape-sape yg overdue, hari-hari pegi buat check-up, tapi I tak buat since Prof Hashim takde, dia ke Egypt from 20th-28th.. Tapi, my baby is good, dia tak buat masalah ape-ape pun kat I..

Lepas sehari ke sehari menunggu dgn penuh sabar & nervous, still takde ape-ape. Even I berharap gak baby keluar on 22nd, which was my birthday, tapi takde jugak.. So, sambung la tunggu lagi..

Prof. Hashim bagi date kat I, katanya kalau tak bersalin jugak, by 29th I kena masuk ward, which was “menyerah diri” la. Masa tu dah 40 weeks + 10 days or senang cakap dah 42 weeks.. bila dah “menyerah diri” tu, ada 2 options – induced or c-sect. So? Mana satu nak? Kalau induced, I dah nampak depan mata, my sister sendiri yg kena induced, seksa dia nak bersalin. 24 jam tahan sakit, cervics tak bukak-bukak, last-last kena c-sect jugak. Kalau c-sect pulak, memang kite takkan sakit contraction, serah je diri utk dipotong, sedar-sedar baby dah keluar.

Betulla org cakap penantian itu satu penyiksaan, dari hari ke hari, tunggu rasa sakit, tak datang-datang jugak. So, me & hubby assumed yg baby nak tunggu Prof Hashim jugak sebab on the 29th tu dia dah balik from Egypt.. Selasa malam tu, I dengan rasa tak menentu, sms la Prof Hashim, "hi prof! it's Zafrina. i guess my baby tunggu u jugakla. hehe.. sampai sekarang I tak rasa sakit langsung. so, esok I admitted & I dah called hospital, diorg cakap boleh masuk before 12 pm. I think I go for caesar la prof. dah overdue 10 days & dah jenuh tunggu jugak ni. what do you think? boleh ke? so, tomorrow kalau u ada, we'll see u ya!"

to be continued..


3 comments:

BlueEwoke said...

Wah suspen gile..tak sabar nk tunggu next entry huhuhuhu...

nohafiza said...

congrats sis...hope mama & bb sihat walafiat.

edzlin007 said...

Tahniah Kak Zaff! Alhamdullilah...