Thursday, January 13, 2011

29 Disember 2010 (part 2)

Masuk area OT, I diletakkan kejap kat kaki lima luar OT sementara diorg readykan OT. Datangla assistant pakar bius, dia tanya bila last meal.. so I pun jawab ikut skrip Prof Hashimla.. lagi sekali, terkulat-kulat muka dia.. lebih kurang 10 minit lepas tu, diorg tolak I masuk satu bilik yg sangat terang, sangat luas, sangat bersih & sangat sejuk, then proses bius pun bermula.. Dr. Azmil (pakar bius) bagi I spinal morphin which is cucuk kat tulang belakang & badan akan kebas pinggang ke bawah. Diorg suruh I duduk tegak sambil peluk bantal & dagu rapat ke bawah. Then, dia cucuk pain killer dulu kat area tulang belakang, lepas tu baru dia cucuk ubat bius.. Actually, 3 kali try, baru jumpa space untuk cucuk ubat bius, itu pun setelah puas dia meraba tulang belakang I dari tengkuk sampai ke pinggang. Sakit? Tak langsung! Rasa macam cucuk kat punggung je..

Lepas settle bius, diorg baringkan I, pakaikan I oksigen mask, depangkan kedua-dua tangan I & terus cover depan muka I dgn kain-kain kaler hijau & biru, rupa-rupanya kat situ jugak diorg akan operate. I ingat kena masuk bilik lain, rupa-rupanya itulah OT.. Mana nak tau kan? Tak penah ada experience.. After 5 minit, prof try tekan-tekan hujung pisau kat perut I, masa tu still rasa lagi, punyela nervous! Dalam kepala terfikir, kalaula dia potong perut I, tiba-tiba rasa sakit.. takutnye.. 3 kali jugak dia tekan perut I dengan pisau, I rasa lagi. Then Dr. Azmil (yg rajin entertain I sepanjang operation) cakap, “baca bismillah banyak-banyak, selawat, you’re doing good..” masa tu I fikir, “that’s it, mesti perut aku dah kena potong..”

During the operation, selain Dr. Azmil yang bercakap non-stop dengan I, I was so glad that opie boleh masuk temankan I. nasib baik Prof Hashim bagi dia masuk, siap boleh amik gambar lagi, kalau tak sure lagi nervous & takde sumber kekuatan..



Operation berlangsung dalam masa setengah jam je. Masa operation, memang tak rasa sakit langsung, tapi apa yg diorg buat kat I, korek, seluk, goyang-goyang, gegar-gegar perut semua boleh rasa.. ngeri je dengar kan? Hehe.. tapi yang best, siap boleh sembang-sembang dengan prof, ala-ala macam kat dapur, sambil buat keje, sambil bergosip! Haha.. ada satu masa yang I tak blh lupa sampai sekarang, I dengar prof mintak forcep kat nurse.. La.. dah operate pun, kena guna forcep ke? Rupa-rupanya my baby tersorok kat bawah or senang ckp baby actually tak engaged betul, so kenala guna forcep..

Sebelum baby ditarik keluar, I dapat rasa diorg tekan perut I kat bawah dada 3 kali, punyela kuat, then lepas tu rasa baby ditarik, terus I rasa perut kosong & kempis. Masa tu I gengam tangan opie punyela kuat & bila dengar je suara baby menangis, terus meleleh-leleh airmata ni.. tak habis-habis I tanya opie, baby ok ke tak, dah lupa dah yang prof dok jahit-jahit perut I masa tu.. that was the unforgettable moment masa dalam OT.. opie dapat tengok baby ‘live’ masa dia keluar dari perut, tapi I dapat tengok baby bila dia dah dibersihkan, bila nurse tunjuk kat I.. touchingnya masa tu, mcm tak percaya that is my baby.. yang comelnya, mata baby terbukak & terkebil-kebil pandang I, macam nampak je.. :D


kaki baby dah terjulur keluar & tali pusat nampak tergantung tu



Prof Hashim dgn senang hati tunjuk baby kat opie


nurse tgh cuci baby



first proper photo of my son



Lepas settle jahit & cuci semua, diorg pun dah pasang tiub air kencing kat I, then I ditolak masuk ke recovery room. Masa masuk bilik tu, badan baru rasa sejuk sampai menggigil-gigil.. diorg letak blower kat celah peha, then balut badan dgn selimut, I lepak kat situ dalam 20 minit..

1.10pm, I ditolak masuk ke bilik ward. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, family pun dah start datang tengok baby Rizqy Harris bin Suffian Harris, yang lahir tepat pukul 12.33 tgh hari dengan berat 3kg di Pusat Pakar UKM.

14 comments:

FaiHash said...

congrats sis :) nama baby pun sedap :)

Biqque said...

huh kalo sharul ni, mau pengsan dah baca hahaha! bab pisau kat perut 3 kali tu tak bleh blah! ngiluuuuuuuuuuuu sgt i baca! terus takut nak branak! hahaha! plg lawak, sume dok tanya bila last makan, bila last makan, mcm nak kasi makanan special je kat u hehehe :D

pandai baby tgk camera walaupun tak nampak lagi :D

Ely Hasrul said...

comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee congrats korang!! tak sabo sami nk play ngan rizky!

Aiydalela said...

congrats dah dapat baby :)

Marsha~ said...

hehehe.. tak mcm baby baru lahir je muka.. muka matured siap pandang camera! congrats!! ngeri tgk baby dgn darah, mcm licin je nak pegang...

dialicious said...

besnye..ngam2 3kg!!mak ai..mata dia terbukak je siap pandang camera tu..hehe..congrats zaff!takot jgk dgr cucuk2 ni..huhuhu

Little BlueBird said...

yes..!! betul kan..Baby Boy...I pun crazy with ice cream during preggy...

Suzie said...

very detailed n baru tau mcm mana situasi c-sect dlm OT.congrats!

Wahida Shukeri said...

kak zaff, tahnsk for the info...i'll opt for ceaser jugak la klu nk bersalin....confident x tinggi nak bersalin normal...ade ape2 effect x after deliver kak??

edzlin007 said...

bergenang mata baca pengalaman kak zaff. terharu. :) Congrats Kak Zaff dan abg Opie. dan baby sangat comels

Biqque said...

nah hadiah utk baby :D

http://biqque.blogspot.com/2011/01/gifts-i-love-click-my-best-travel.html

Zaff Zafrina said...

faihash - tq dear!

biq - mana tau nanti masa u sharul dah kuat semangat? mcm opie, everytime tanya nak masuk labor room or OT ke, dia tak penah jawab, agaknya dia pun cuak. tapi hari bersalin, dia yg tanya prof boleh masuk ke tak.. i dah tgk blog u, ada hadiah utk rizqy ke? tentiu aunty biq!! muah. :D

skin - tq! bila rizqy dah blh main nanti, sami dah big brother. hahaha

aiydalela - tq dear!

marsha - ramai yg ckp mcm tu! dia dah overdue 10 hari, tu yg matured je bila keluar. dah mcm budak umur 10 hari. baby tu memang licin kot, tu yg prof cekak kat leher tu

diah - 2 jam dia lepak je mata terbukak, nangis pun tak.. agaknya betul2 nak menikmati pemandangan kot? hahaha.. takut mmg takut diah, but when the time comes, semua tu redha je.. tak kuasa nak takut dah..

hana - yesza, it's a boy! :D

wahida - i sebenarnya dari sebelum pregnant dah set kepala nak c-sect, tapi biladah pregnant 7 bulan, tiba-tiba semangat nak normal birth. tapi i think sebab dari awal mmg dah niat nak c-sect, tu yg c-sect jugak akhirnya, nak-nak lak dah overdue 10 hari. so, kalau u betul2 nak c-sect, once baby dah cukup minggu, terus pilih tarikh je utk c-sect, tak payah tunggu sakit contraction, sebab sakit tu yg seksa (ramai yg ckp mcm tu).. for me, after deliver, takde ape2 effect pun. lagipun ramai yg dah c-sect, semua takde masalah. after 2 weeks, u dah kuat utk berjalan, luka pun dah kering

edzlin - *sob sob* tq dear

acer said...

saling follow dunk
kalu mw http://easyonlinex.blogspot.com/ follow
nanti q balik follow

acer said...

saling follow dunk
kalu mw http://easyonlinex.blogspot.com/ follow
nanti q balik follow